BAB 19

37 3 0
                                    

Brianda merenung dirinya yang berada dalam cermin. Kalau dibandingkan dirinya yang sebenar dengan imej yang terpampang di cermin tersebut agak jauh bezanya. Tapi dua figura itu adalah orang yang sama, cuma yang dalam cermin itu nampak lebih menyerlah, berketerampilan and semestinya cantik.

Brianda tidak pernah ambil tahu tentang peralatan solek menyolek ni, tapi melihat dirinya jadi seperti patung hidup dengan berwajah seperti Puteri eh memang pun Puteri, dia ingin minta tunjuk ajar dengan Cik Mia kalau ada masa nanti. Brianda memerhatikan segenap wajah dan tubuhnya daripada ruang cermin tersebut.

Baju gaun yang membalut tubuhnya adalah sangat bukan citarasanya terasa macam budak budak pula. Namun majlis ni adalah majlis di mana dia di umumkan sebagai Puteri, di sebabkan itulah dia ikuti kehendak Cik Mia. Baju gaun itu berwarna peach pudar, sangat kontra dengan warna kulitnya yang berwarna kekuningan langsat tapi tidak lah kuning sangat seperti kulit langsat.

Gaun itu tidak seberapa kembang tapi boleh lah buat kedua kakinya bernafas, sampai sahaja bahagian pinggang, gaun tersebut ketat hingga ke paras dada dan berlengan panjang. Brianda melihat ke arah jarinya yang bersih mengkilat. Satu hari Aunty Deajilla membawanya ke Spa untuk rawatan kulit serta kuku. Penat tapi seronok.

Dia melihat pula ke arah wajahnya yang di kek kan oleh Cik Mia serta penolong penolongnya tadi. Cantik. Perkataan itu yang terdetik di hati Brianda sempat lagi memuji diri sendiri. Alis keningnya yang terukir rapi, bulu matanya kelihatan tebal serta panjang selepas dipakaikan maskara, tulang pipinya terlihat menonjol disebabkan blusher, serta bibirnya yang dicatkan berwarna nude.

Akhir sekali, rambutnya yang berwarna keperangan tersebut di gelung hanya bahagian bawah dan bahagian hadapan saja manakala kepalanya di hiasi dengan mahkota kecil yang terukir cantik serta simple bagi Brianda.

Huh. Keluhan keluar daripada bibir Brianda. Dia bukannya tidak bersyukur dengan kehidupan serta kemewahan yang dia alami sekarang tapi, dia masih belum bersedia lagi untuk menjadi seorang Puteri. Dia rasa hidupnya tak ada privasi dengan wartawan di luar sana. Apa yang dia lakukan pasti dibualkan oleh mereka. Tak apalah juga kalau spekulasi mereka benar, tapi kalau yang buat buat spekulasi sendiri haru jadinya.

Terasa bahunya disentuh oleh seseorang. Brianda melihat ke arah orang itu.

"Oh, Cik Mia. Ingatkan siapa lah tadi."- Brianda.

" Brianda okey, kenapa muka tu muram jak. Ini ceremony untuk Brianda tau, sepatutnya Brianda gembira."-Cik Mia.

" Bukannya apa Cik Mia, Cik Mia tahukan Brianda belum bersedia lagi nak hadap dan tanggung semua ni."- Brianda berkata sambil menundukkan kepalanya.

Cik Mia mengangkat dagu Brianda menggunakan jari telunjuknya sehinggalah mata mereka bertemu pandang.

" Brianda, ini adalah takdir Brianda. Jadi, Brianda kena terima. Tidak salah kalau kita buat kesilapan walaupun ia berkali kali. Kita manusia, dan setiap manusia belajar daripada kesilapan yang telah dia lakukan untuk membina semangat baru. Always remember that. Walau apapun yang terjadi, Cik Mia percayakan Brianda. Dan, Cik Mia berharap ke atas Brianda."- Cik Mia berkata sedemikian dengan penuh keyakinan membuat keyakinan Brianda juga bertambah.

Brianda tersenyum tenang. Sambil mengucapkan terima kasih di atas kata kata tadi. Mereka berdua saling membalas senyuman. Situasi mereka diganggu dengan kedatangan dua orang pengawal yang lengkap dengan senjata membuatkan Brianda berfikir perlu kah sampai macam tu tapi dibiarkan sahaja soalan itu terpendam dalam hatinya.

" Cik Muda, masanya untuk menghadap para tetamu." - Pengawal itu berkata tanpa reaksi dengan nada yang serius. Brianda hanya menganggukan kepalanya kepada pengawal tersebut lalu melihat kembali kepada Cik Mia. Cik Mia memberikan senyuman kepada Brianda lalu menggenggam tangan Brianda sebagai menyalurkan semangat dan melepaskan kembali tautan tangan mereka apabila Brianda melangkah ke arah pengawal tadi.

Don't Judge Me ( Discontinue )Where stories live. Discover now