Ruang Tamu Istana.
Bulu bulu ayam yang digunakan untuk menghilangkan habuk dilempar ke lantai. Dia segera duduk di sofa.
" Haik, dah penat dah, baru sikit ja pun."
" Kau diam lah bahlul."
" Eh eh marah pula dia. Kau yang nak sangat buat deal dengan betina tu kan, ha tengok, sampai kami pun kena."
Kedengaran bunyi kasut tumit dari kejauhan. Faiz sangka Mia, tapi tekaannya meleset apabila mendengar suara itu.
" Tsk tsk, kesian nya."
Faiz yang tadinya duduk, kini berdiri ingin menghamburkan marahnya kepada betina yang berada di hadapannya ni.
" Apa lagi kau nak ha?! Tak puas lagi ka seksa kami?" - Faiz
" Dah lah Iz, baik kau sambung kerja daripada layan betina tu takda faedah pun. Buatnya dia mengadu pergi Tuan Pengarah, kita pun kena disqualify haru ja jadinya." - Ismail.
" Hrmm. Takda apa apa. Cuma hairan apa yang kau orang benci sangat dengan Aku?" - Brianda.
" Suka hati aku lah nak benci siapa, nak sayang siapa yang kau menyibuk kenapa?" - Faiz.
" Baiklah. Erm, Tuan Pengarah panggil korang ke office dia sekarang." - Brianda.
Brianda pun berlalu setelah selesai mengumumkan kepada empat jejaka tampan tu. Dirinya pun turut diminta hadir dalam office tu nanti. Dia hanya perlu minta pertolongan pembantu untuk menuju ke ruangan office Atuknya.
Kalau minta tolong dengan jejaka empat tu, belum lagi tanya pun dia sudah agak apa jawapan yang akan dibagi. So, baik minta tolong dengan orang lain ja.
" Kau ni, tak baik buat begitu. Dia kan baru lagi kat sini."
" Eleh macam lah kau tu baik sangat Ridwan." - Faqrul.
" Perangai aku ada masalah ka?"- Ridwan.
" Jadi perangai kau tukar tukar perempuan tu macam tukar baju apa? Kena AIDS baru tahu." - Faqrul.
Ridwan hanya tersengih beruk. Tahu dengan kasanova nya. Bukan setakat dia, yang tiga orang tu pun dua kali lima ja.
" Dah lah. Jom pergi pejabat Tuan Pengarah. Entah apa lagi betina tu bodek Tuan Pengarah."- Ismail.
**mα¥£!πdα**
Bilik Kerja Tuan Pengarah.
Aku duduk di kerusi yang berada di hadapan Atuk manakala empat jejaka tampan tu, duduk di kusyien yang terdapat dalam bilik kerja Atuk.
Tiada sesiapa pun yang bersuara. Atuk fokus membaca sebuah fail yang terdapat di tangannya. Tidak lama, dia meletakkan fail itu ke atas mejanya.
Atuk menutupnya dengan kasar lalu meletaknya kembali di tempat fail tersebut. Terdapat empat buah fail yang berwarna putih berada di tepi meja Atuk.
" You making me very dissapoint young men." - Tuan Pengarah.
Matanya memandang tajam ke arah jejaka tampan empat orang tu. Aku melihat pula ke arah mereka. Semua menundukkan kepala. Apa yang Atuk marahkan terhadap mereka sangat?
" Brianda yang belajar di sekolah biasa pun boleh cemerlang tau yang hanya menggunakan guru guru biasa sahaja."
Jari telunjuk Atuk menunjuk akan diriku. Aku hairan. Aik pasal apa ni? Takkan lah result SPM? Setahu Aku dia orang ni dah dua puluhan dah. Am I wrong?
YOU ARE READING
Don't Judge Me ( Discontinue )
RandomQarlisha Dilla. Perempuan yang dahulunya hidup dengan susah. Saat hadirnya seorang lelaki tua yang mengaku bahwa dia adalah cucu kerabat Diraja yang dicari selama ini, telah mengubah hidupnya ke 360°. Dengan kehadiran empat orang lagi abang sepupuny...