Bab 3

63 4 0
                                    

Suasana meja makan ketika itu auranya amat menggerunkan. Muka Tuan Pengarah tiada tercalit segaris senyuman. Bunyi jari jemari kepunyaan Tuan Pengarah yang mengetuk ngetuk meja makan tersebut menambahkan lagi kedinginan suhu di ruang itu.

Tuan Pengarah melihat ke arah meja yang panjang itu. Di sebelah kanannya duduk Empat jejaka tampan dengan riak malas nak ambil tahu.

Manakala sebelah kiri pula kosong. Hmm. Mana cucu kesayangannya ni? Takkan lah sesat.

Bunyi hentakan tumit kasut kedengaran jelas di telinganya. Barulah senyuman terukir di wajahnya.

Cucunya yang berbaju tidur satin berwarna pink itu dipandang sayang olehnya.

Dia berdiri, diikuti oleh Empat jejaka tampan tadi. Brianda yang tahu dia lewat, lantas menayangkan senyuman serba salah kerana membuat mereka menunggu.

Apabila Brianda melihat ke arah hidangan di atas meja makan yang masih elok rupanya tahulah dia mereka sedang menunggu dirinya. Ini menyebabkan dia tambah berasa serba salah.

Brianda melangkah ke arah sebelah kiri atuk nya lalu ingin mengambil tempat di kerusi kedua kerana masih tidak selesa dengan atuknya itu.

Mia yang melihat kelakuan Brianda lantas menahan Brianda berdiri jauh dari atuknya. Dia lantas mencekam tangan Brianda lalu di bawa dekat dengan Tuan Pengarah.

Brianda hanya ikut sahaja memandangkan Mia yang menyuruhnya. Brianda melihat ke arah atuknya.

" Mari kita duduk dan menjamu selera."

Mereka semua duduk apabila mendengar Tuan Pengarah berkata demikian. Brianda yang tidak tahu mengunakan sudu dengan pisau kecil yang berada di sebelah pinggannya hanya memandang ke arah atuk nya dan empat jejaka tampan itu.

Mereka makan dengan sopan sekali. Hanya bunyi dentingan sudu dan pisau kecil sahaja yang kedengaran tiada seorang pun yang bersuara.

Melihat tiada sesiapa yang ambil peduli tentangnya dan sepertinya mereka berada di dunia lain, Brianda terus menadah tangan untuk membaca doa makan lalu menyuap nasi menggunakan tangannya.

Mata mata yang memandangnya dengan pandangan pelik tidak diperdulikannya. Lapar mengatasi segalanya. Tuan Pengarah hanya tersenyum melihat gelagat Brianda begitu juga Mia.

Empat jejaka itu pula masing masing memandang tangan kanan mereka. Mereka sudah terbiasa makan menggunakan sudu dari kecil lagi. Melihat Brianda yang makan menggunakan tangan bagi mereka amat pelik.

Brianda mengumpulkan nasi yang berada di pinggannya lalu menyuap ke mulutnya. Dia lantas mengambil gelas yang berdekatan dengannya. Apabila dilihat isinya, ianya adalah jus buah. Dia mengerutkan dahinya.

Brianda memandang ke arah Mia yang sedang berdiri jauh sikit dari meja makan.

" Anty."

Mia yang mendengar suara itu, lantas mengangkat kepalanya tahu tiada orang lain yang memanggilnya dengan panggilan anty kecuali Brianda.

Mia menuju ke arah Brianda. Keningnya dinaikkan tanda menanya akan kemahuan Brianda.

" Anty, kat mana ya nak ambil air? Brianda tak nak jus buah tak biasa. Nak minum air biasa ja."

Brianda menayangkan muka tidak bersalah.

" Dah. Biar saya ambilkan."

Sementara menunggu kedatangan Mia kembali, Brianda mengambil ayam goreng yang belum disentuh lalu disuakan ke mulutnya.

Dia makan tanpa memperdulikan pandangan jelik Empat jejaka di depannya. Manakala atuknya hanya senyum melihat tingkah lakunya.

Mia kembali bersama segelas air biasa.

Don't Judge Me ( Discontinue )Where stories live. Discover now