BAB 63

3.4K 89 3
                                    

"Wahhh, seronoknya buat majlis dekat pantai. Sweet sangat..kan abang?"Elina sedikit teruja dengan majlis kawannya itu. Dhia juga kelihatan tenang saat ini.

"Amboi, sayang nak jugak ke?"Hakimi tersenyum melihat isterinya yang terlebih excited itu mengangguk berkali-kali. Memang romantik habis lah kalau pasangan kita nak buat wedding kat pantai ni...alang-alang boleh la honeymoon sekali..hehe

"Eh, dah sampai pon korang semua. Kenapa tak duduk kat sana tu?"suara Daniel menyapa gegendang telinga Dhia dan semua mereka menoleh ke belakang. Allah, sungguh indah ciptaan Mu ya Allah. Daniel terpegun melihat kecantikan isterinya. Mahu saja dipeluknya Dhia saat itu.

"Ehem...dah-dah la tu nak tengok adik angkat aku tu lama-lama cik abang."gurau Hakimi sebelum menyiku lengan Daniel yang tidak berkelip memandang Dhia. Tersentak Daniel dengan teguran Hakimi dan tersenyum manis kepada isterinya.

"Dipersilakan para tetamu untuk mengambil tempat di sini ya. Pengantin akan sampai tak lama lagi."kedengaran suara MC bergema di pentas sana.

Cepat-cepat Dhia mengatur langkah bersama yang lain untuk mengambil tempat. Tidak pula Daniel, entah ke mana dia menghilang semasa MC bercakap tadi.

5 minit kemudian....

Kedengaran lagu Selamat Pengantin Baru dimainkan tatkala pasangan dua sejoli sedang berarak dari hujung sana. Dhia yang sedang ralit menyuap anaknya makan mencuri pandang gerangan yang sedang berarak.

Alangkah terkejutnya dia apabila terpandangkan Daniel yang sedang memegang payung di sebelah pengantin lelaki sambil mengipas pengantin tersebut. Sempat lagi Daniel menghadiahkan kenyitan matanya sambil tersenyum memandang isterinya itu. Pantas Dhia melarikan pandangannya kepada gerangan pengantin perempuan disebelah pengantin lelaki itu,, dan perempuan itu adalah Bella? Adik iparnya yang kahwin?

"Mana Dania?"ucapnya perlahan. Bingung dia rasa detik itu.

"Hai, I ada kat sini la"Dania yang baru saja muncul menarik kerusi bersebelahan Dhia. Senyuman manis dihadiahkan kepada Dhia yang terpinga-pinga dengan kehadirannya.

"Ke..ke..kenapa awak ada dekat sini? Bukan ke awak dengan Daniel yang..."Dhia tidak dapat menghabiskan ayatnya tatkala pipinya dicium dari arah belakang. Pantas Dhia menoleh untuk melihat gerangan di belakangnya.

"Yang apa sayang? Yang kahwin?"gembira betul bila dia dapat mengenakan isterinya itu. Dhia hanya mengangguk perlahan sebelum Dania menariknya jauh sedikit dari situ.

"Look, Dhia..I nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas apa kesalahan yang I dah pernah buat dekat U dan Daniel. I tahu I terlalu pentingkan diri I sampai I tergamak lukakan hati dan perasaan kaum wanita seperti I ni." Dhia hanya beriak tenang mendengarkan butir bicara Dania. Sejujurnya sudah lama dia memaafkan kesalahan Dania kerana hatinya lebih tenang selama ini.

"Malam tu, memang I rancang untuk perangkap Daniel. I rancang dengan Zarul tapi percayalah.. semua tu hanya untuk sakitkan hati U. Gambar-gambar tu Zarul yang tolong tangkap. Sebaliknya, I dengan Zarul yang dah ter..."hatinya sebak bila teringatkan peristiwa hitam malam itu. Dia tidak dapat menghabiskan ayatnya. Air matanya sudah menitik. Dhia faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh Dania. Tangannya menggenggam tangan Dania supaya lega sedikit perasaan Dania.

"Saya dah lama maafkan awak Dania. Saya redha dengan semua ketentuan-Nya. Cuma, saya nak tanya, kalau awak tak kahwin dengan Daniel, budak kecik yang awak bawa tu anak awak dengan siapa? Mana suami awak?"balas Dhia seraya ingin memastikan yang Daniel bukan suami Dania.

"Siapa kata dia tak kahwin? Suami dia ada je kat sini.."Daniel yang sedang menjadi pemerhati sedari tadi tiba-tiba mencelah dari arah belakang.

Dhia terasa seakan jantungnya berhenti berdegup dengan kejutan yang diberikan oleh Daniel. Tak mungkin...sakit sungguh dadanya saat ini bila Daniel mengatur langkahnya ke sebelah Dania. Tiba-tiba, penglihatan Dhia terasa kabur dek air mata yang berlinang di tubir matanya dan akhirnya Dhia pitam tapi sempat disambut oleh Daniel.



SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now