Sedang leka Dhia berjalan dengan Farish di beberapa deretan kedai di situ, tiba-tiba anaknya terlanggar dengan kaki seseorang. Terus terduduk si kecil disitu mengaduh kesakitan.
"Eh, anak mummy langgar siapa ni? Maaf ya encik.."ujar Dhia sambil membantu anaknya berdiri.
"No, it's okay."balas jejaka itu sambil membuka kaca mata hitamnya dan menghadiahkan senyuman manis buat dua beranak itu.
"A...awak??"alangkah terkejutnya Dhia tatkala jejaka yang berdiri di hadapannya sekarang adalah Daniel. Rupanya yang kacak dan nampak semakin matang membuatkan hati Dhia terusik.
"Hei, kenapa tenung saya lama-lama ni? Rindu saya ke sayang?"jari nya laju mencuit hidung Dhia sedikit apabila Dhia memandangnya lama. Dhia hanya tertunduk malu bila Daniel menyentuhnya.
"Daniel, I dah siap. Jom."sapa Dania yang baru keluar dari ladies berhampiran tanpa perasan kelibat perempuan di hadapan Daniel.
"Hmm, ok la. Saya gerak dulu. Sorry pasal tadi."Dhia mahu meneruskan aktivitinya namun laju sahaja lengannya disambar Daniel.
"Wait, tunggu dulu. Boleh bagi I peluang untuk explain?"Dania yang sudah berdiri di sebelah Daniel dipandang sekilas.
Lain benar penampilannya sekarang. Sudah bertudung dan nampak manis sekali. Seorang budak dalam lingkungan setahun masih setia dalam pelukan Dania.
'Tak mungkin mereka dah berkahwin'gerutu Dhia dalam hatinya.
"Jom, kita minum dulu,"pelawa Daniel lagi. Dengan langkah kaki dan hati yang berat, Dhia hanya menurut. Baginya, sudah lama dia menyembunyikan dirinya daripada Daniel. Sudah tiba masa dia untuk mengetahui hal yang sebenar daripada mulut mereka sendiri.
"So, apa yang awak nak explain?"soal Dhia setelah mereka sampai di kedai makan. Dania hanya mendiamkan diri di sebelah Daniel.
"I dengan Dania bukan macam apa yang awak sangka, sayang."Daniel memulakan bicara.
'Sayang?? Daniel, Daniel. Depan bini baru pun nak bersayang-sayang dengan Dhia'.
"Then?"soal Dhia malas.
YOU ARE READING
SELAMANYA MENCINTAIMU
No Ficción"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omeln...