Masuk kali ni, entah berapa kali Elina memuntahkan isi daripada perutnya. Dia sudah tidak bermaya. Seingatnya, dia sudah seminggu lewat datang period.
"Ah, tak mungkin!"jeritnya di dalam tandas. Segera dia membersihkan sinki itu dan bersiap untuk berjumpa Daniel.
"You ok ke tak ni Elina? Kalau you tak ok, kita tak payah pergi la."ujar Daniel. Dia juga pelik akhir-akhir ni kelihatan Elina seperti tidak bermaya, sering muntah bila keluar dengannya.
"I ok la Daniel sayang. Kita kan nak nikah lagi 2 hari. Ada lagi i nak kena beli ni. I nak majlis kita ni akan kita ingat sampai bila-bila."terang Elina cuba untuk menyembunyikan sesuatu.
"okay then. So, kita nak pergi mana dulu ni?"sayangnya pada Elina masih sama. Tiba-tiba, dia teringatkan Dhia. Ya, Dhia akan bersalin sama dengan tarikh majlis dia. Terbit sedikit rasa bersalah dalam dirinya.
"Elina, bangun. Kita dah sampai ni. Jom!" mereka beriringan masuk ke shopping mall itu.
"Sayang, baju ni ok tak?"tanya Elina sambil mengenakan baju itu ke badannya yang langsing itu. Daniel sekadar mengangguk dan menyuruh Elina mencubanya. Elina tersenyum dan mencari fitting room.
Tiba-tiba pandangannya berpinar dan terus pengsan tidak sedarkan diri. Daniel yang sedang leka melihat barisan baju yang tergantung terus menoleh ke arah Elina dan berlari mendapatkannya. Segera tubuh langsing Elina itu dicempung dan berjalan ke arah kereta.
Kini, mereka sudah berada di hadapan sebuah klinik swasta. Elina masih tidak sedarkan diri. Sekali lagi, Daniel terpaksa mengangkat Elina dan terus masuk ke dalam klinik meminta bantuan staff di situ.
Hampir 20 minit Daniel menunggu keputusan dari doktor. Elina kini sudah sedar tetapi kelihatan sedikit lemah.
"Tahniah encik. Puan Elina mengandung."beritahu doktor tersebut. "Tapi, puan kena banyak berehat sebab kandungan puan masih di peringkat awal dan sedikit lemah."sambung doktor itu lagi.
Bagaikan hendak tercabut nyawa Daniel saat itu. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi sebaliknya hanya memandang Elina meminta penjelasan. Gadis itu hanya menunduk kerana takut dengan pandangan tajam Daniel.
"Argghhh!"jerit Daniel menumbuk stereng keretanya. Hatinya begitu sakit saat ini. Dia tidak menyangka Elina akan membuatnya begitu. Elina yang duduk di sebelah Daniel nyata terkejut dengan perubahan Daniel. Dia terus menangis.
"Why Elina? Tell me who's behind all of this jerk?!"teriak Daniel dalam kereta. Elina sangat takut sekarang ni. Dia tidak mahu menjawab soalan lelaki itu.
"Daniel, forgive me! I love you so much! I was trapped and I'm his victim."terang Elina dengan tangisan yang masih bersisa.
"Who the hell he is?"I'll make sure that he will pay for his wrongdoings towards you Elina." jerkah Daniel inginkan kepastian. Elina hanya menggeleng sambil mengelap air matanya.
YOU ARE READING
SELAMANYA MENCINTAIMU
Non-Fiction"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omeln...