BAB 64

3.4K 79 3
                                    

"Tak mungkin!!"teriak Dhia selepas dia membuka mata. 'Betulkah apa yang dia mimpi tadi? Gelapnya. Dia ada di mana ni? Kenapa dia ada di bilik ni?'getus hatinya sendiri. Bingung dia memikirkannya. Pakaiannya juga masih tersarung elok di tubuh badannya.

"Hai sayang,,dah bangun pun sayang abang ni."Daniel menguak pintu bilik Dhia sambil menatang makanan di tangan kanannya. Daniel membuka lampu bilik lalu berjalan ke katil Dhia. Dia meletakkan dulang makanan yang dibawanya tadi ke atas meja sisi katil.

"Apa awak buat kat sini? Mana abang Hakimi? Elina? Farish anak saya?"tanya Dhia sambil matanya melilau ke sekeliling bilik itu. Hatinya jadi tidak sedap. Belum sempat kakinya ingin melangkah pergi, tangannya sudah ditarik lembut oleh Daniel. Malangnya, dia jatuh terduduk atas paha Daniel.

"Aduh, apa awak buat ni? Lepaskan saya la!"marah Dhia tapi disambut gelak tawa sahaja oleh Daniel.

"Sayang abang ni..kalau marah pun still cantik and cute, hahahaha"Daniel menghabiskan sisa tawanya. Dunianya seakan bersinar kembali dengan kehadiran Dhia di situ.

"Auchhh,,sakit la sayang.. tak sayang abang dah ke?"Daniel mengusap perutnya yang pedih setelah disepit oleh jari ketam Dhia.hahaha

"Awak boleh tak jangan nak merepek? Saya tanyakan mana abang Hakimi dan semua  orang?"Dhia bingkas bangun dan berdiri di hadapan Daniel.

"Hmmm, abang Hakimi,,abang Hakimi. He's not even your  real brother honey. Why did u keep calling him 'abang'?"suara Daniel sedikit mendatar menegur Dhia. Sakit juga hatinya bila isterinya asyik memanggil kawannya itu dengan panggilan 'abang'. Dhia sudah mula membuat muka bosan tanda malas ingin melayan rajuk Daniel. Dia cepat-cepat ingin mengatur langkahnya tapi Daniel sudah memeluknya dari belakang.

"Stay with me for a while if u want our son back,"membahang muka Dhia apabila Daniel berkelakuan sebegitu. Ingin sahaja dia menyiku lagi perut Daniel tapi dibiarkannya sahaja demi anaknya.

"Jom, abang suap sayang makan. Dari tadi sayang tak jamah apa-apa. Sebab tu pengsan tadi."Daniel sudah menarik Dhia ke kerusi. Dhia hanya membuntuti langkah kaki lelaki itu. 'Saya pengsan sebab awak la!'bisik Dhia dalam hatinya.

"Tapi, saya tak lapar. Saya nak anak saya. Saya nak balik. Tolong lah."rayu Dhia seperti hendak menangis saat itu.

"Buka mulut sayang. Aaa..."Daniel sudah menyua bubur yang dibelinya tadi. Dhia masih kaku, masih membiarkan sepi tindakan Daniel.

"Sayang...ok abang minta maaf sebab buat macam ni. Makan sikit ya, nanti boleh jumpa dengan anak kita yang comel tu"pujuk Daniel lagi.

Suapan demi suapan disambut Dhia. Memang dia lapar pun sebab tak dapat makan dari tengahari tadi. Selesai makan, Daniel menghantar dulang makanan ke dapur. Dhia hanya membiarkan sahaja.

'Aku kena selesaikan hari ni juga.'gumam Dhia sendirian. Pantas beg tangannya di ambil dan mencari beberapa helai kertas yang dibawanya pagi tadi.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now