BAB 26

5.7K 108 0
                                    

Pranggg!

"Eyh, kenapa ni Dhia? Dhia nak apa-apa ke? Biar Mak Ani tolong."cemas dia mendengar bunyi bising dari dapur. Syafiq dan Puan Sri Zila juga meluru ke arah dapur.

"Ermm..ma..mama,  Dhia minta maaf sangat-sangat. Dhia tak sengaja terpecahkan cawan mama ni. Nanti Dhia ganti balik ya."ucap Dhia. Dia pun tidak tahu kenapa dia begitu cuai.

"Tak apa lah Dhia. Tak payah ganti. Ni Dhia ada luka tak?"periksa Puan Sri Zila sambil menarik Dhia ke tepi. Syafiq pula sudah membantu Mak Ani mengemaskan serpihan cawan yang pecah tadi.

'Uwekk!Uwekkk!!

Kedengaran suara tangisan Farish dari dalam bilik Dhia. Segera Puan Sri Zila mendapatkan cucu kesayangannya itu dan cuba untuk memujuknya. Dhia hanya mengikut langkah mamanya perlahan. Walaupun sudah seminggu lebih dia bersalin, dia tetap kena berjaga-jaga dengan langkahnya takut terjadi apa-apa yang memudaratkan dirinya kelak.

Kini Farish bertukar tangan kepada Dhia. "Anak mummy haus ya. Jom kita minum susu ya."pujuk Dhia sebaik sahaja mengendong anaknya itu. Puan Sri Zila hanya tersenyum dan membiarkan mereka berdua.

"Hello aunty. Elina ni. Daniel...."segera dia menghubungi Puan Rohana untuk memberitahu keadaan Daniel. 

"Ya Elina, kenapa dengan Daniel?"resah dia menanti ayat yang akan keluar dari mulut Elina. Hatinya sudah dari pagi tidak sedap memikirkan Daniel. Ah, mungkin kerana esok hari pernikahan mereka. Pantas dia membuang perasaan aneh itu.

"Daniel kemalangan aunty."sambung Elina dengan tangisan yang kuat. Ya, dia nampak kereta yang tersadai di tepi jalan dan mangamati kereta itu. Alangkah terkejutnya dia tatkala nombor kenderaan tersebut milik kereta Daniel. Tetapi dia tidak melihat Daniel di situ, Mungkin dia sudah dibawa ke hospital yang berdekatan. 

"Apa?"jerit mama Daniel lantas dia jatuh terduduk di lantai. Dia menangis semahunya. Encik Kamal yang baru menuruni tangga terakhir segera mendapatkan isterinya yang sudah terkulai itu. Dia memandang skrin telefon milik isterinya dan ia masih di dalam talian. Telefon kini bertukar tangan.

"Hello, Elina ke?"segera dia bertanya lanjut mengenai Daniel. Elina menceritakan semula kepada Encik Kamal. 

Sesampainya di hospital berdekatan, Elina cuba mencari maklumat tentang Daniel. Dia bersyukur kerana masih berpeluang untuk berjumpa Daniel apabila pegawai di sana mengesahkan bahawa memang Daniel Irfan ada di rawat di situ. Segera dia menghantar mesej kepada mama Daniel berkenaan hospital yang menempatkan Daniel.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now