BAB 44

5.6K 99 0
                                    

Dari jauh sudah kelihatan lenggok gaya Dania yang begitu mengujakan mana-mana lelaki. Zarul sudah sampai awal daripada yang dijanjikan. Terpegun dengan lenggok tubuh Dania yang sedang berjalan ke arahnya. Ternyata sikap playboynya masih terlekat di dirinya.

"Hi, am I late?"Dania menghadiahkan senyuman menggoda kepada Zarul.

"A few minutes maybe."balasnya sambil melihat jam di tangannya. Dania hanya tergelak kecil melihat gaya Zarul memandang jam di tangannya.

"So, kita nak discuss dulu ke nak makan dulu?"tanya Dania. Dia perasan yang Zarul sedang memerhatikannya daripada tadi.

"You are so beautiful you know?"lain yang ditanya lain yang dijawab. Tangan putih mulus Dania dielus lembut.

"Ya, I know."pegangan tangan Zarul dibiarkan sahaja.

"Mana bos you? Dia tak join meeting sekali ke?"tanya Zarul lagi.

"Ow, Daniel demam la you. Tu yang I gantikan meeting ni. Dapat la I jumpa you. Tak rindu I ke?"sengaja tangannya bermain-main dengan lengan Zarul yang duduk bertentangan dengannya.

"Mestilah rindu. Tapi orang tu kan kesayangan bos, mana nak pandang kita yang duduk bawah ketiak papa,"selorohnya pula. Zarul seakan memahami niat perempuan seperti Dania. Dia hanya membalas perlakuan Dania.

"Haha, pandai je la you ni. Tak kan I nak approach you dulu."kali ni pipi mulus Zarul diusap berkali-kali.

"Tak salah kan. Macam sekarang ni."tangan Dania ditarik ke mulutnya sebelum diciumnya.

Habis mereka meeting, Dania meminta diri untuk pulang ke pejabat. Sebelum itu, mereka sempat bertukar nombor telefon dan gambar. Bukannya meeting sangat pon. Lebih kepada dating. Banyak juga baju yang dibelikan Zarul untuk Dania.

                                                                                    *****

"Eh Dhia, dah masuk kerja ke? Farish dah baik demam ke?"soal kak Intan pelik.

"Ala kak, demam nak tumbuh gigi lagi. Tengok tadi dah boleh main dengan Maira. Tu yang masuk petang ni."jelasnya lagi. Dia sebenarnya masih belum membahagikan tugas untuk family day nanti.

Kak Intan hanya mengangguk mendengar celoteh Dhia. Dhia segera memanggil pasukannya untuk pembahagian tugas. Hampir 7 orang kesemuanya.

"Ok, Dhia panggil kamu semua sebab lagi 2 minggu chalet kita akan ada customer dari KL nak buat family day kat sini. Jadi, Puan Intan dah arahkan Dhia dan pasukan kita untuk handle program ni."kesemua rakannya mengangguk tanda faham.

"Ina dan Hani, tolong sediakan menu untuk 25 orang makan. Breakfast 3 kali, lunch 2 kali and dinner 1 kali."jelas Dhia.

"Dinner sekali je kak?"tanya Ina kebingungan.

"Yup, sebab malam kedua mereka nak buat BBQ sendiri."terang Dhia lagi. Giliran Hani pula mengangguk faham.

"Naim, Bob dan Zaki, tolong cek setiap bilik yang mereka booking supaya keadaan bilik bersih dan kemas sebelum mereka masuk ya. Pastikan kelengkapan dalam bilik tu lengkap."arahan seterusnya di beri kepada kumpulan lelaki sado.hehehe...

"Ok mem."Zaki menunjuk gaya askarnya kepada Dhia. Rakan yang lain hanya mampu ketawa melihat gelagat Zaki.

"Zul dan Sham pula kena sediakan barang untuk BBQ nanti."giliran mereka pula ditugaskan.

"Ok kak."jawab mereka serentak.

Selesai Dhia mengagihkan tugas, Dhia kembali ke kaunter untuk menyambung kerjanya di bahagian receptionist. Entah mengapa tiba-tiba hatinya tidak sedap. Mungkinkah kerana Farish atau...

Gambar perkahwinannya dengan Daniel masih tersimpan rapi di galeri handphonenya. Walaupun Dhia bertekad untuk melupakan Daniel, tetapi wajah Daniel selalu bermain di ruang mindanya. Sungguh, Dhia belum sempat membahagiakan Daniel sepanjang perkahwinan mereka. 

Hatinya sudah tidak sesakit dulu lagi. Mungkin kehadiran Farish telah memulihkan hatinya yang terluka. Mampukah Dhia berpeluang membahagiakan Daniel sekali lagi. Hatinya tiba-tiba sebak. Dibiarkan sahaja air matanya jatuh saat itu.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now