BAB 6

5.3K 116 0
                                    

'Aduhai, ni syarikat bapa Zarul ke?Tapi, kenapa Daniel kat sini?'desis hati kecil Dhia. Sedari tadi Dhia perasan ada sepasang mata yang memandangnya dari jauh. Dhia sengaja menyibukkan dirinya. 'Apalah nasib jadi budak intern ni. Dhia datang nak praktikkan apa yang dia belajar. Sekali kerja lain dibuatnya termasuklah buat air untuk anak bos. Siapa lagi kalau bukan Zarul. Nasib lah intern, kalau kerja dah lama Dhia berhenti. Dhia memang tidak mahu bersua muka dengan Zarul dan Daniel lagi tapi apakan dayanya.

"Hai Dhia. Lama tak jumpa awak. Dhia cantik hari ni."kata-kata lelaki itu telah membuatkannya tersedak. 'Ish, aku nak minum air pon tak senang'bisik hati Dhia. 'Demam ke apa mamat ni'.Dhia hanya memandang sepi ucapan Daniel dan berlalu ke meja kerjanya.

"Berapa kau nak? Aku boleh tolong kau tapi dengan 1 syarat,"kata-kata Zarul terhenti di situ apabila tangannya sibuk membelek galeri handphone miliknya. Daniel hanya meraup wajahnya beberapa kali. Tiba-tiba Zarul menunjukkan gambar Dhia kepada Daniel. Daniel sedikit terkejut.

"Kenapa dengan budak ni?"tanya Daniel bingung.

"Kau kahwin dengan Dhia dan aku akan tunaikan permintaan kau."balas Zarul lagi. 'Sorry bro, ini saja peluang aku untuk membalas dendam',bisik hati Zarul.

Kenangan bulan lalu terlayar di mindanya. Waktu itu, dia telah diperangkap oleh Zarul sendiri tanpa dia sedar. Walaupun diri Zarul dianggap playboy  suatu masa dahulu, tapi cintanya terhadap Elina sangat mendalam. Tetapi, Elina lebih memilih Daniel setelah Zarul memperkenalkannya kepada Daniel.

Sudahlah cintanya tidak berbalas oleh Dhia, kini Elina pula berpaling daripadanya. Sikap prihatin Daniel membuatkan Elina jatuh hati kepadanya. Sejak itu, sikap playboy Zarul semakin menjadi-jadi hingga papanya sendiri mengugut untuk memotong elaun bulanannya sekiranya Zarul masih tidak berubah. Baginya, setakat muka handsome tapi poket kosong pun tidak guna juga. 

"Hoi, termenung apa kau ni Daniel? Macam mana deal kita hari tu?"tanya Zarul kepada Daniel.

"Aku setuju!"jawab Daniel sepatah. Sebenarnya hatinya berat untuk meninggalkan Elina tapi apakan daya, cabaran dari rakan-rakannya lebih diutamakan. Tanpa Dhia sedar, dirinya menjadi mangsa pertaruhan Daniel dan rakan-rakannya. Daniel juga mempunyai sebab tersendiri dan dia juga memerlukan wang sekarang ini.



SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now