Rengekan Farish mengejutkan tidur Dhia. Dikerling jam disebelah. 'Oh, sudah pukul 6.30 pagi' bisik hatinya. Farish dikendong keluar dari bilik dan diletakkan di ruang tamu sebentar. Adiknya, Maira sudah bersiap untuk ke sekolah bersama abangnya. Sempat mereka membelai anak buah barunya itu.
Selesai Dhia menyiapkan keperluan mandi Farish, dia mandikan anaknya dengan bantuan uminya. Ayahnya telah keluar menghantar adik-adiknya ke sekolah. Selesai menyiapkan Farish, Dhia pula membersihkan diri dan turut serta bersarapan bersama umi dan ayahnya.
"Kamu ada masalah dengan Daniel ke Dhia?"soal uminya. Lama Dhia senyap sebelum menceritakan kisah sebenar. Dia sebolehnya tidak mahu mengingati perkara itu.
"Tak apalah, Dhia sabar ya nak. Ayah dan umi masih ada. Biar kami tengok-tengok kan kamu."sebak Encik Hamid mendengar cerita perkahwinan anaknya itu. Tapi apakan daya, itu memang pilihan hati anaknya sedari dulu.
"Hai Dhia, mak ngah ada?"abang Fathi sampai dengan barang hantaran untuk digubah.
"Oh, abang Fathi. Umi ke kedai sekejap. Kita duduk sini jelah ya."ajak Dhia ke beranda rumah. Beranda yang terbuka luas memang direka ayahnya supaya dapat menghabiskan masa berborak dan bersantai diluar jika ada tetamu datang. Lagipun tak manis jika Dhia berdua dengan Fathi. Apa kata orang kampung nanti jika terlihat kelibat mereka.
"Dhia, semalam Syafiq ada call abang. Dia cakap tak dapat call Dhia. Tapi abang dah bagi tahu Kita dah sampai kampung pun."adu Fathi sambil meletakkan plastik barang hantaran.
"Oh, phone Dhia Ada problem sikit. Thanks ya abang. Banyak Kali Dhia susahkan abang. Malu pulak."Dhia menghulurkan air teh o panas kepada Fathi.
"Tak apa lah Dhia. Abang dah anggap Dhia macam adik abang sendiri. Kalau ada apa-apa masalah, boleh cerita pada abang." Fathi masih tidak tahu kisah di sebalik rumah tangga Dhia.
"Assalamualaikum. Ha, Fathi! Bila kamu sampai?"puan Khadijah Naik ke beranda dan meletakkan barang yang dibelinya di kedai tadi.
"Waalaikumussalam mak ngah. Adalah 10 minit. Ni ha barang hantaran untuk digubah tu." Puan Khadijah hanya mengangguk sambil memeriksa barang-barang tersebut.
YOU ARE READING
SELAMANYA MENCINTAIMU
Non-Fiction"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omeln...