Sedar tak sedar sudah 4 bulan lebih dia menjalani intern di syarikat papa Zarul. Dan selama itulah Dhia rapat dengan Daniel. Bahagia rasanya bila cintanya selama ini berbalas.
Hati Daniel berbunga bila melihat cinta hatinya kini di depan mata.'Cantik.'bisik hati Daniel tatkala melihat Dhia yang hanya memakai blouse labuh paras peha yang berwarna biru itu. Dhia hanya memilih seluar jeans putih dan mengenakan tudung bawal berwarna biru tua. Hari ni, dia akan keluar berdua mencari barang untuk majlis mereka nanti.
"So, Dhia dah bincang dengan umi ke pasal hal ni?"tanya Daniel sekilas memandang wajah putih Dhia.
"Dhia dah bincang dengan umi dan keluarga. Apa pun keputusan Dhia, mereka setuju. Dhia pon tak ada kawan lelaki lain selain Daniel."jawab Dhia lagi. 'Nampaknya aku akan menang pertaruhan ini.'desis hati Daniel lagi.
"Weyh Maya, cantikkan Dhia?"kata Shima sebaik melangkah ke bilik pengantin.
"Haah la. Tak sangka aku akhirnya Dhia kahwin juga dengan crush dia."kata-kata Maya disambut oleh gelak tawa saudara Daniel yang ada sama dalam bilik pengantin.
Dengan sekali lafaz, Dhia sah menjadi isteri Daniel Irfan. Bahagia rasanya walaupun majlis diadakan secara kecil-kecilan. Puan Rohana hanya memandang Dhia dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Sakit hatinya bila dia teringatkan kata-kata anak lelakinya tempoh hari.
"Ma, Daniel nak kahwin. Tapi bukan dengan Elina."Daniel berhenti seketika cuba mencari riak wajah mama kesayangannya.
"What?Stop joking Daniel!"jerkah Puan Rohana. Mengapa anaknya tiba-tiba berubah fikiran.
"Persiapan semua dah buat. Lagi 2 bulan je lagi. Semua mama dah siapkan, tunggu Elina balik saja"tambah Puan Rohana. Dulu, Daniel selalu membawa Elina berjumpa mamanya tapi semenjak dia sambung belajar di UK, dia hanya ditemankan anak perempuannya, Bella, adik kepada Daniel jika ingin ke mana-mana.
"Ma, please. Daniel sayangkan dia."serentak itu dia terkenangkan kata-kata Elina kepadanya 3 bulan lalu. Sakit betul hatinya cintanya dipersiakan.
Elina telah menghantar gambarnya bersama seorang lelaki yang dikenalinya di tempat belajarnya di UK melalui email. Kelihatan Elina agak seksi dalam gambar itu. Yelah, jauh dari keluarga kan. Apa pun yang dipakainya tidak menjadi masalah. Lain benar penampilan buah hatinya jika dibandingkan dengan Dhia.
YOU ARE READING
SELAMANYA MENCINTAIMU
No Ficción"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omeln...