BAB 25

5.7K 112 0
                                    

Seperti yang dijanjikan, Daniel dan Elina sudah berada di pejabat milik papa Zarul. Daniel menguak kasar pintu bilik Zarul tanpa menghiraukan pekerja yang ada di sekelilingnya. Hatinya begitu panas sekarang ini.

"Hoi, kau apahal? Tiba-tiba datang masuk bilik aku ni?"tempik Zarul yang kelihatan bengang dengan Daniel. Dia melihat Elina mengekori Daniel sedari tadi.

"You nak apa lagi Elina?"sergah Zarul. Elina hanya menunduk seperti tahu apa yang bakal berlaku di antara mereka nanti.

"Kau yang buat dia sampai mengandung kan?Aku nak kau bertanggungjawab."jerkah Daniel lagi.

"Hahaha. Apa bukti kau yang aku buat dia?"sengaja Zarul menaikkan kemarahan Daniel.

"Kalau betul pun aku yang buat, kau rasa aku kena ke kahwin dengan dia? Kau pun tak nak kan kahwin dengan sisa orang?"kata-kata Zarul membuatkan Daniel naik angin dan terus menumbuk Zarul. Elina tidak berani untuk masuk campur kerana kudratnya pun tidak sekuat mana.

Seketika kemudian, Dato' Haris meluru masuk ke bilik Zarul dengan beberapa orang pekerja lelaki. Mereka telah membantu meleraikan Zarul dan Daniel.

"Apa yang kecoh-kecoh ni Zarul, Daniel?"tengkingnya kepada mereka.

"Tak tahulah pa. Ni ha tiba-tiba datang nak claim yang Zarul mengandungkan Elina."luah Zarul tidak puas hati.

"Papa tahu kan Zarul macam mana? Mana pernah Zarul buat macam tu walaupun orang panggil Zarul ni playboy."dalih Zarul. Elina menggeleng menafikan pernyataan Zarul.

"Maaf lah ya Elina. Saya rasa lebih baik Elina cari bapa budak tu yang sebenarnya. Jangan kerana duit, Elina nak perangkap anak saya ni."jelas Dato' Haris seakan termakan kata-kata anaknya sebentar tadi.

"No! Memang you yang buat Zarul! I tak pernah tidur dengan lelaki lain."Elina menangis lagi.

"Hahaha. Elina..Elina. You ingat I percaya ke dekat you? Berapa lama you dekat UK? You dengan siapa masa tu? Tak mustahil ini benih dia tau?"tempelak Zarul lagi.

Pangggg!

"Sampai hati you tuduh I macam tu. I tau I sosial, tapi I masih tahu jaga diri I."balasnya lagi. Ternyata dia begitu kecewa dengan sikap Zarul. Daniel sudah meninggalkan mereka sendirian. Tidak mampu lagi dia hendak berkata apa-apa. Esok hari pernikahannya tetapi Elina...Argghhh..

Kereta dipandu laju tanpa hala tuju. Lampu isyarat bertukar merah dipandang sepi sebelum sebuah lori di lorong bertentangan membuat pusingan U. Daniel sudah tidak dapat mengawal sterengnya lalu dia terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum keretanya berpusing beberapa kali. 

Daniel sudah tidak sedarkan diri. Kepalanya penuh darah. Dia dibawa ke hospital menaiki ambulan. 

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now