ENDING

4.5K 77 5
                                    

" Ya Allah, terima kasih kerana menyatukan kembali hatiku dengan isteriku. Aku akan mendidik amanahMu ini dengan sebaiknya. Jangan sesekali Engkau biarkan aku mengabaikannya. Aku bersyukur dapat memilikinya dan akan bersama mengukuhkan mahligai ini sehingga ke Jannah. Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui atas setiap apa yang terjadi. Aku sayang isteriku keranaMu Ya Allah. Amiinn."selesai sahaja menunaikan solat isyak dan berdoa, dia bersalaman dengan isterinya di belakang. Lama dia mengucup dahi Dhia.

"Dhia sayang abang. Terima kasih atas doa abang tadi."Dhia tersenyum manis.

"Mari sini ikut abang."Daniel menarik tangan Dhia untuk ke katil. Dhia malu-malu untuk mengikut suaminya.

"Jangan takut, abang tak akan apa-apakan Dhia. Abang nak tidur dengan Dhia je."lucu hatinya bila melihat Dhia seperti ketakutan.

"Baringlah sini,"Daniel menepuk-nepuk ruangan kosong di sebelahnya.

"Dhia.."

Dummmm!!!

Guruh kuat tiba-tiba kedengaran. Pantas Dhia naik ke atas badan Daniel gara-gara terkejut. Jantungnya bergerak laju saat matanya bertembung dengan mata Daniel.

"Shhhh, jangan gerak sayang. Abang lagi selesa macam ni."Dhia seakan terpukau dengan suara Daniel dan membiarkan dirinya melekap dengan tubuh Daniel. Sesungguhnya Dhia juga rindukan belaian dari suaminya.

Beberapa ketika kemudian, masing-masing hanyut dibuai perasaan yang lama terpendam. Dhia hanya merelakan suaminya memanjakan dirinya sekali lagi. Dia selesa dengan perlakuan Daniel malam itu. Malam itu dirasakan nikmat sekali layanan suaminya.

"Thanks sayang. You are so sexy tonight. You are mine forever."Dhia hanya membalas dengan senyuman. Malu juga dia dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi.

"Dhia sayang abang sangat-sangat. Jangan tinggalkan sayang lagi ya."Dhia berharap tidak ada lagi badai yang akan melanda rumah tangganya bersama Daniel.

"Ya, sayang..abang janji tak akan tinggalkan Dhia melainkan ajal sahaja."ucap Daniel sambil mengucup wajah Dhia berkali-kali.

'Ya Allah, Kau peliharalah rumah tanggaku daripada segala aniaya manusia dan apa sahaja. Aku sayang suamiku keranaMu Ya Allah. Semoga kami diberi kesihatan, kebahagian dan RahmatMu Ya Allah.' doa tulus Dhia di dalam hatinya.

"Akanku mencintaimu selamanya abang."Dhia mengucup pipi Daniel. Dhia memeluk erat tubuh badan suaminya sebelum masing-masing terlena dibuai mimpi indah.


                                                 *****THE END*****



SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now