"Hmm..penatnya. Kesian anak mummy dah tertidur ya."Farish yang sedang lena di riba Dhia dipandang penuh kasih. Dhia bersyukur kerana Allah telah melembutkan hatinya untuk menerima Daniel kembali.
"Sayang, jom balik bilik. Nanti semua ni pihak chalet akan uruskan."dengan perlahan Daniel mengambil Farish dari riba Dhia. Terasa kekok Dhia perlakuan Daniel.
"Mmmm, macam nak hujan pulak malam ni kan? Sejuknya angin malam ni."muncul Elina di sebelah Dhia.
"Eh, akak tak balik bilik lagi rupanya. Jom balik dengan Dhia."pantas dia melajukan langkahnya meninggalkan Daniel.
"Amboi, sayang jangan nak lari ya. Malam ni dan malam seterusnya Dhia hanya akan ikut abang saja ke mana pon abang pergi."seloroh Daniel.
"Hisshhh, tak kan lah ke toilet pon kena ikut jugak?"balas Dhia selamba.
"Depends"ringkas sahaja jawapannya. Senyuman penuh makna diberikan kepada Dhia.
Di depan chalet Daniel...
"Ha masuklah sayang. Kenapa tercegat lagi kat situ?"Daniel pelik dengan isterinya itu.
"Hmm, saya nak pergi ambil baju dekat bilik Elina. Terlupa tadi."sengaja Dhia mencari alasan untuk melepaskan dirinya.
"Hahaha. Tak payah. Abang dah suruh Syafiq hantarkan tadi. Dah masuk sini. Sejuk kat luar tu."sudah dia agak yang Dhia akan mencari alasan untuk tidak tidur sebilik dengan dia. Terkumat kamit mulut Dhia seakan tidak berpuas hati dengan Daniel.
Farish diletakkan di atas katil. Lena betul anaknya tidur. Mungkin kepenatan kerana bermain pasir pantai tadi.
"Sayang ok?"Daniel mendekati Dhia lalu memeluknya dari belakang.
"Ha? Err..saya okay"sedaya upaya ingin melepaskan pelukan Daniel tapi malangnya pelukan makin kuat.
"Terima kasih sudi terima abang kembali. Abang betul-betul menyesal dengan semua yang terjadi. Lepas je sayang menghilang, hati abang jadi kosong. Abang tak boleh nak fikir yang mana betul atau tak sebab abang terlalu sayangkan Dhia. Abang takut sangat bila Zarul cerita yang bukan-bukan pasal Dhia."luahannya terhenti disitu tatkala Dhia menghadapnya.
"Hmm Zarul mana? Dari tadi tak nampak dia?"tiba-tiba dia teringatkan Zarul setelah Dania memberitahunya tentang perkahwinan mereka.
"Zarul dah meninggal. Dia sakit Dhia. Dia juga minta maaf dekat abang dan bagi pihak Dhia."sungguh hatinya juga sedih dengan pemergian sahabatnya itu.
"Innalillahi wa inna ilaihi roji'un"ucap Dhia. "Tapi, bukan abang cakap dia ada ke tadi?"sambung Dhia lagi.
"Ya, memang ada. Ada di sini"Daniel melekapkan tangan Dhia di dadanya. Kesian pula dia dengan nasib Dania dan anaknya. Dhia tahu sakitnya kehilangan orang yang kita sayang kerana dia sendiri merasainya. Semoga Dania dapat berjumpa lelaki yang menerima dia seadanya.
"Haip, mengelamun pulak dia. Jom masuk dalam..sejuk ni"hidungnya dicuit lembut Daniel lantas mematikan lamunannya.
"Auch, sakit."tiba-tiba Dhia mengadu sakit di kakinya.
"Kenapa ni sayang? Kenapa kaki ni?"panik Daniel mencari punca kaki isterinya sakit.
"Hahahahaha,,nothing." Dhia sudah berlari meninggalkan Daniel. Dan acara kejar-mengejar pon berlangsung..hahaha pandai dia mengenakan Daniel.
YOU ARE READING
SELAMANYA MENCINTAIMU
Non-Fiction"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omeln...