"Dania, Bella adik I ni akan bekerja di sini. Nanti you boleh tolong guide dia ya."lembut sahaja suara Daniel bercakap dengan Dania.
"Baik Encik Daniel. Hi Bella."bukan mereka tidak saling mengenali, Dania selalu sahaja ke rumah mamanya sejak berkenalan rapat dengan Daniel.
Bella hanya tersenyum memandang Dania. 'Tebal gila make up minah ni' kutuk Bella sebelum berjalan ke meja yang disediakan oleh Daniel. Sungguh kemas syarikat abangnya itu.
Dania baru sahaja menjadi penolong peribadi Daniel beberapa bulan tetapi kerana kecekapan bekerjanya, Daniel senang melantiknya menjadi setiausaha di situ. Meja Bella berhadapan dengan meja Zafran. Ya, kawan Daniel la tu. Sebelum ni, dia menyambung pelajarannya dalam bidang Master, sekarang dia bekerja dengan kawan baiknya itu sebelum mengusahakan bisnes sendiri.
"Hi Bella, kenal abang tak?"Zafran menegur Bella yang baru melabuhkan punggungnya.
"Eh, abang Zaf pun kerja sini ke? Garang tak abang Daniel."balas Bella mesra.
"Ala, berani dia garang, abang berhenti nanti baru dia tahu."Bella tergelak mendengar celoteh Zafran. Dia tahu Zafran bukan takut sangat pun dengan Daniel. Mereka berkawan sudah lama.
"Dania, masuk."suara Daniel di interkom kedengaran. Laju sahaja Dania berjalan ke bilik Daniel dengan senyuman lebarnya.
"Hai sayang, ada apa ya?"Daniel hanya beriak selamba.
"So, apa program I hari ni?"soal Daniel.
"Urm, pukul 10 pagi ni u ada short meeting dengan syarikat Dato' Haris. Pukul 3 petang pula meeting dengan Puan Intan." Terang Dania dengan panjang lebar.
"Ok you boleh keluar. Hmm, wait darling. Can you make me a cup coffee?"makin melebar senyuman Dania bila dipanggil begitu.
"Sure my man. Anything for you." Balas Dania sambil menghadiahkan flying kiss untuk kekasih hatinya itu.
'Ah, Dato' Haris lagi.' Kalau ikutkan hatinya, malas dia hendak berjumpa dengan orang tua tu. Mesti si Zarul tu ada. Mahu sahaja dia menumbuk muka Zarul. Elina? Ke mana lah dia sekarang. Sejak kejadian dia kemalangan tu, memang dia tidak pernah berjumpa lagi dengan Elina. Elina pun tidak ada menghubunginya lagi.
"Maafkan I Daniel. Bagi I peluang untuk hidup dengan you. I boleh gugurkan anak ni. I nak kahwin dengan you, I janji I akan berubah. Please sayang..."masih dia teringat kata-kata dan pujuk rayu Elina waktu itu.
"Eh you ni dah tak ada otak ke? You dah buat perkara terkutuk tu, sekarang you nak jadi pembunuh? Manusia jenis apa you ni?"marah Daniel. Dia tidak tahu mengapa Elina sanggup bercakap sebegitu. Ditingglakan Elina menangis sendirian di tasik.
"Sayang, coffee you dah siap."dulang yang ditatang ke meja Daniel diletakkan perlahan-lahan. Lamunannya terhenti apabila suara Dania menerjah telinganya.
"Thanks baby. Nanti you teman I pergi meeting ya."kopinya dihirup. 'Hmm, not bad.'
"Ok baby. I prepare dulu dokumen untuk meeting nanti ya."segera Dania melangkah keluar dan menyiapkan apa yang patut untuk meeting nanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
SELAMANYA MENCINTAIMU
Non-Fiction"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omeln...