BAB 61

9.9K 167 56
                                    

"Kita nak pergi kenduri kahwin siapa ni abang Kimi?"soal Dhia pelik. Tiba-tiba sahaja Hakimi menghubunginya 2 hari lepas untuk mengajaknya ke kenduri kahwin kawannya tetapi enggan memberitahu siapa gerangannya.

Isterinya, Elina tidak dapat mengikutnya ke majlis itu kerana ada hal lain. Dia yang menyuruh Hakimi membawa Dhia menemaninya.

"Ada la. Dah sampai nanti Dhia tengok la puas-puas ya."ujar Hakimi yang begitu fokus dengan pemanduannya. Dhia hanya menjulingkan matanya tanda protes.

Farish awal-awal lagi sudah terlena di pangkuan Dhia. Comel betul anaknya sekarang ini.

Sesampainya mereka di perkarangan masjid, Dhia terlihat sesusuk tubuh yang sangat dikenalinya. Segak benar suaminya berbaju melayu warna putih dipadankan dengan kain songket keemasan. Makin terserlah kekacakannya apabila dia bergelak ketawa ketika berbual dengan rakannya di situ.

"Abang Kimi, Daniel ke yang nak kahwin ni? Dhia tak nak masuk boleh?"ucap Dhia perlahan.

"La, kenapa pulak ni? Kita dah sampai ni. Kesian Farish tu macam tak selesa je tidur macam tu." ujar Hakimi lagi.

"Urm..Dhia tak nak kecewa lagi. Abang pergi jela tengok diorang nikah. Dah selesai nanti, kita balik ya."balas Dhia pula. Air mata yang ingin jatuh ditahan semahunya. Memang benar dia kecewa dengan apa yang bakal berlaku nanti.

"Dhia tak nak tahu ke pengantin perempuannya siapa?"duga Hakimi. Dia tahu yang Dhia pasti sedih jika mengetahui gerangan pengantin perempuan itu.

"Hmm, tak apalah. Dhia rasa Dhia tahu siapa. Abang tolong sampaikan pesan selamat pengantin baru kat diorang ya."hanya itu yang mampu diluahkan saat ini.

"Hmm ok lah macam tu. Abang janji abang tak duduk lama-lama kat situ. Dah selesai nanti, abang keluar ya." balas Hakimi lagi.

Sejam kemudian.....

Tok, tok, tok,

Dhia yang sedang bermain dengan Farish terkejut saat tingkap keretanya diketuk.

"Daniel..hmm"ujar Dhia dengan sedikit perlahan. Saat itu, jantungnya berdegup laju memandang wajah Daniel. Di belakangnya, kelihatan Dania yang memakai baju pengantin perempuan berwarna putih sama seperti Daniel. 'Dah agak dah mesti Dania yang menjadi madunya'.omelnya dalam hati.

"Kenapa tak masuk?"tanya Daniel setelah tingkap kereta diturunkan. Dania juga melemparkan senyuman manis buat Dhia.

"Eh, tak apa la. Tadi Farish tidur. Tak nak la kejutkan dia, nanti meragam pulak. Habis rosak majlis nikah awak dengan Dania nanti."balas Dhia sekadar untutk menutup kecewa di hati.

"Err, Dhia...a..wak..."Dania yang ingin membalas pernyataan Dhia dihalang oleh Daniel dengan lirikan matanya. Terbantut niat Dania ingin memberitahu.

"Eh, apa korang buat kat sini? Tetamu semua kat dalam", tegur Hakimi yang baru sahaja muncul. Lega hati Dhia kerana dia sebolehnya ingin balik sekarang ini. Tidak tahan lagi melihat Daniel dan Dania di situ. Cukuplah dia tahu bahawa Daniel sudah berkahwin dengan Dania.

"Oh, tak ada apa. Saja nak melawat anak bini aku yang sorang ni. Ok lah, thanks bro sudi datang majlis hari ni."Daniel segera menyalami Hakimi sebelum beredar meninggalkan mereka di kereta. Dania yang hanya membuntuti langkah Daniel agak terpinga-pinga dengan perlakuan Daniel sebentar tadi.




p/s : hai readers semua,, sorry ya buat korang tertunggu-tunggu update.. ingat nak update lagi masa dalam pantang nanti..tapi kesian korang kena tunggu lama..

sempat update yang ini je dulu.. rajin nanti saya update lagi ea...sorrryyyy tau..

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now