"Asslamualaikum kak Intan, hari ni Dhia tak masuk kerja ya. Farish demam la."tiba-tiba sahaja anaknya demam hari ni. Risau pula Dhia nak tinggalkan dengan uminya.
"Waalaikumussalam. Ok Dhia, Dhia settle la dulu ya. Dah ok nanti, baru masuk kerja. Akak faham."balas kak Intan.
Sesungguhnya Dhia bersyukur kerana dibelakangnya ramai yang memberi sokongan moral kepadanya. Tak lupa juga kepada keluarga abang Hakimi. Hah siapa Hakimi tu? Mesti readers nak tau kan?hehe
Hakimi tu........
"So, what's your next plan?"soalnya kepada Dhia.
"My first plan is to remove all the memories and peoples during my pregnancy period.I want build a new life with my baby and families only. That's it."Dhia bertekad untuk melupakan segala yang terjadi dalam hidupnya sepanjang mengandungkan Farish.
"Including me? Seriously?Mama and papa too?"terkejut Syafiq dengan pernyataan Dhia tu.
"Yes, I knew you for the past but now I know you as abang Hakimi. Can I use that name?"semakin pelik dengan kenyataan Dhia kali ni.
"Hmm okay, as you wish Dhia." Mengapa perlu bersusah-susah untuk menggantikan panggilannya sedangkan dua-dua nama untuk orang yang sama. Namun, dia akur, mungkin itu cara terbaik untuk Dhia melupakan kisah silamnya.
Ha tulah kisahnya. Syafiq Hakimi. Anak Puan Sri Zila la tu. Kira keluarga angkat Dhia la masa di KL dulu.
Farish di bawa ke klinik ditemani ayahnya. Ya, ayahnya la yang banyak membantu Dhia selama ini. Dia tidak akan sesekali lupa jasa dan pengorbanan ayahnya sampai dia menutup mata.
*****
"Hai Bella, abang you mana? Tak masuk ke hari ni?"tanya Dania. Dia tidak dapat apa-apa info pasal Daniel cuti ke outstation ke.
"Ow, abang demam la kak. Dia MC hari ni."Bella yang baru sampai di meja terus membalas pertanyaan Dania.
"La yeke. Hari ni ada meeting penting pula tu."gelisah Dania apabila buah hatinya tiada. Tapi, meeting dengan Dato' Haris pula tu.
Dia menghubungi syarikat Dato' Haris untuk membatalkan mesyuarat. Nasibnya baik kerana Dato' juga ada hal kecemasan. Mungkin Zarul yang akan pergi meeting mewakili Dato' Haris. Dania telah menghubungi Daniel untuk memberitahunya tentang mesyuarat dengan syarikat Dato' Haris.
Daniel telah bersetuju dengan syarat Zafran yang akan menemani Dania. Dania hanya mengiyakan tetapi pastinya dia akan pergi sendiri. Inilah peluangnya untuk Daniel melepaskan Dhia. Dia akan gunakan Zarul sebaiknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
SELAMANYA MENCINTAIMU
Non-Fiction"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omeln...