BAB 66

3.6K 81 2
                                    

"Mari Dhia. Kita bincang di luar." Dania akan cuba memulihkan kembali hubungan mereka.

"Eh, umi, ayah, mama dan papa ada juga?"semakin pelik Dhia melihat keluarga dan keluarga mertuanya ada sekali dalam chalet itu. Daniel hanya meraup wajahnya berkali-kali. Buntu sungguh dia kerana Dhia masih tidak percaya dengan kata-katanya.

"Dhia, umi dan ayah tak ada masalah untuk Dhia berbaik semula dengan Daniel. Umi tahu kamu tak bahagia bila berjauhan dengan suami. Umi tahu kamu rindu sangat dengan suami kamu. Balik lah pada Daniel nak. Umi dan ayah tahu Daniel dah banyak berubah."panjang lebar uminya memujuk Dhia.

"Tapi umi, Daniel dah kahwin. Dengan Dania ni,"pantas tangannya memegang tangan Dania.

"Tak Dhia. Mama tak pernah benarkan Daniel kahwin lain dan ceraikan Dhia. Mama minta maaf atas kesilapan yang mama pernah buat dulu. Mama menyesal kerana tidak pernah menghargai menantu perempuan mama ni. Ampunkan mama kerana ego mama, kamu dilayan kasar oleh Daniel."setitik demi setitik air matanya jatuh jua. Sungguh terkilan dia kerana egonya, anaknya juga tidak bahagia.

"Betul tu Dhia. Saya dan Daniel tak pernah berkahwin. Selepas kejadian tu, saya ditangkap khalwat bersama Zarul. Jadi, anak saya ini adalah anak saya dan Zarul. Saya harap awak dapat sayang dan terima Daniel semula. Percayalah, Daniel tak bersalah. Silap dia hanya kerana termakan kata-kata orang jahat seperti kami berdua. Maafkan saya sekali lagi."kini giliran Dania pula membuka bicara. Harapan dia hanyalah untuk menyatukan dua hati yang telah retak angkaranya.

"Jadi, papa harap Dhia dapat pertimbangkan keputusan Dhia balik ya. Daniel perlukan kamu. Farish juga perlukan ayah kandung dia. Perlahan-lahan terima Daniel seadanya ya."Encik Kamal yang menjadi pemerhati dan pendengar sedari tadi juga menyuarakan pendapatnya.

Kini, mata Dhia tertumpu pada Daniel yang sedang bersandar di kabinet dapur chalet tersebut. Kakinya di atur ke arah Daniel. Berdebar hati Daniel melihat pergerakan isterinya itu.

"Abang, Dhia maafkan abang. Dhia juga minta maaf kerana pisahkan kasih sayang abang dekat anak kita. Dhia nak jadi isteri yang baik untuk abang selepas ini. Dhia dah penat nak lari dan padam perasaan sayang Dhia terhadap abang. Dhia tak boleh hidup tanpa abang. Dhia tahu Dhia juga ego."tangan Daniel diraih dan dicium berkali-kali. Pantas badannya ditarik Daniel dan dipeluk.

"Dhia tak salah sayang. Syukur Ya Allah kerana Engkau telah mengembalikan isteriku. Abang janji tak akan sakitkan hati sayang lagi. Isteri abang baik, comel dan cantik." dahi isterinya dikucup lama. Wajah isterinya yang putih bersih itu ditenung lama.

"Ehem...kitorang balik bilik dulu lah. Jangan lupa malam ni ada makan-makan. Jumpa kat tepi pantai."celah mama Daniel sambil menunjukkan thumbs up kepada mereka berdua. Lega hatinya kerana Dhia dapat menerima Daniel kembali. Mereka semua beredar meninggalkan mereka berdua. Terasa bahang wajah Dhia saat itu.

"Ha! Sayang nak kemana tu?"sengaja Daniel mengikut Dhia dari belakang. Lega hatinya akhirnya dia dapat balik cinta hatinya itu.

"Sa..sa..saya nak balik bilik Elina. Farish mesti ada kat sana."belum sempat tangannya memulas tombol pintu, pinggangnya ditarik dan dipeluk kejap oleh Daniel. Dhia hanya diam tak berkutik, malu sebenarnya.

"Siapa yang benarkan Dhia ke sana. Lagi-lagi bila Syafiq ada dekat bilik tu. No way. Punya lah susah abang nak dapatkan Dhia. Abang nak spend time dengan Dhia berdua macam ni. Farish tu abang dah minta papa dan mama tengok kan. "Daniel sengaja mengenakan Dhia. Wajah putih Dhia itu memerah tatkala pelukan di pinggangnya diketatkan lagi oleh Daniel. Dan akhirnya dia membiarkannya sahaja. Dia juga selesa dengan pelukan suaminya.


SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now