Pagi itu Daniel pulang lewat ke rumahnya. Sesampainya di rumah, Daniel memandang kosong jam di dinding. 'Sudah pukul 4 pagi rupanya.'mengeluh dia sendirian. Daniel berjalan lemah mendaki satu persatu anak tangga rumahnya itu menuju ke biliknya. Tiba-tiba dia terkenangkan perbualannya bersama Elina semasa di club tadi.
"Hai sayang," peluk Elina yang tak tahu dari mana munculnya. Serentak Daniel dan kawannya, Syafiq terkejut.
"Eh, you bila balik ni?"sambil tangannya meleraikan pelukan Elina. Elina sedikit terasa dengan reaksi Daniel.
"Dah sebulan lebih la I kat KL ni. Mana bini you? Tak join sekali ke?"tanya Elina sambil tersenyum sinis.
Daniel bingkas bangun untuk meninggalkan club itu tetapi tangannya sudah dipaut Elina sekali lagi.
"I nak balik lah Elina. I penat,"rungut Daniel lagi sambil menarik kembali tangannya. Syafiq yang sedari tadi menjadi pemerhati turut bangun untuk pulang bersama Daniel.
"Wait, Zarul mana? Dia yang panggil I datang sini."jerit Elina kepada mereka berdua. Suasana di club yang sangat bingit itu memaksa mereka untuk bercakap kuat sedikit daripada biasa.
Daniel malas menjawab pertanyaan Elina lalu kakinya diatur hingga ke kereta. Sejak peristiwa Zarul memfitnah Dhia, dia langsung tidak bertemu lagi dengan Zarul. Elina mengekori bekas kekasihnya itu.
"Sayang, please. Zarul yang buatkan I tolak you."kata-kata Elina terhenti cuba mencari reaksi Daniel.
"Dia janji dengan I, kalau I tak kahwin dengan you, dia boleh bagi kemewahan pada I sampailah dia kenalkan dengan lelaki kaya. You ingat gambar yang I email pada you sebelum kita kahwin dulu? Lelaki itulah."sambung Elina lagi.
"So, you dah bahagiakan sekarang? Kenapa cari I yang tak berapa kaya ni?"tempik Daniel kerana baginya Elina hanya memandang harta saja selama ini.
"I tahu I silap. I terlalu percayakan dia. Lelaki yang selama ini I kejar rupanya sudah berkahwin dan duit yang selama ini dia bagi I adalah duit isterinya. I tertipu,"nangis Elina mencari simpati Daniel.
Daniel sudah malas mahu melayan Elina terus enjin keretanya dihidupkan lalu berdesup meninggalkan Elina sendirian. Kepala sudah cukup berat memikirkan masalah Dhia. Setelah menghantar Syafiq pulang, Daniel pulang ke rumahnya.
YOU ARE READING
SELAMANYA MENCINTAIMU
Non-Fiction"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omeln...