Selepas Yedam umumkan pasal itu, aku terus keluar dari dewan itu. Gila kau nak tunggu. Memang tak lah aku nak tayang muka aku dalam hall tu. Aku cakap dekat parents aku nak pergi toilet tapi aku menuju ke water fountain hotel ini. Ada bangku disitu. Jadi aku duduk situ sambil melihat lampu yang berwarna warni keliling water fountain.
Terkenang nasib sendiri. Kenapa lah takdir aku sampai macam ni sekali. Orang selalu mainkan perasaan aku. Aku rasa hidup aku sedih sangat. Maybe dalam hal lain, aku diberi kesenangan tapi tidak dalam bab cinta.
Aku gembira Yedam pilih aku daripada Stella. Tapi pada masa yang sama aku takut perkara lama akan berulang lagi. Bukan senang untuk aku percayakan dia semula. Rasa sakit hati dengan perbuatan dia yang dulu, masih terasa.
"May I sit babygirl?"
Orang yang aku tengah fikir sudah pun muncul. Walaupun tiada jawapan yang keluar dari mulut aku, dia tetap duduk disebelah ku.
"I guess we need some talk"
Tahu pun. Tolonglah jangan buat aku tertanya tanya lagi.
"Your reason?" soalku.
Dia menghembuskan nafasnya sebelum pandang aku. Tapi aku still pandang kedepan. Tak ada niat nak pandang dia langsung.
"Okay first of all i'm sorry. Saya tak ada niat nak belakangkan awak babygirl. Saya rasa ini masa yang sesuai untuk bagitahu semua orang. Saya tak nak lagi pura pura cintakan Stella. Saya perlu bagitahu kebenaran pada semua orang"
Aku hanya diam dan mendengar.
"Dan lagi satu, mummy tiri saya nak bolot semua harta daddy. Jadi untuk dapatkan company, saya perlu bertunang dengan Stella. Saya terpaksa sebab saya tak nak mummy tiri saya ambil apa yang mummy saya usahakan dengan titik peluh dia sendiri"
Kali ni aku pandang dia. Lepas dia explain semua, terus rasa kecewa hilang.
"Saya dah plan semua babygirl. Lepas saya dapat company daddy, saya akan putus tunang dengan Stella. Hati saya ada awak seorang je babygirl"
Aku mengeluh. Kali ni aku memang susah nak percaya dia walaupun aku nampak yang dia betul betul maksudkan. Dia berjaya buktikan yang dia tak main main dengan kata kata dia.
"Saya tahu awak belum percayakan saya. Saya faham itu. Hati awak pernah hancur berkeping keping disebabkan saya. Dan saya sudah janji dengan diri saya sendiri yang saya akan cantumkan semula hati awak"
Tanganku digenggam olehnya. Matanya penuh berharap supaya aku percayakan dia.
"Saya tak perlukan kata kata awak. Saya nak awak sendiri yang buktikan yang awak tak main main"
Aku juga serius kali ni. Aku nak dia buktikan walau dengan apa cara sekalipun.
"Sure. You asked for it babygirl"
Dengan sekelip mata bibirku bertemu dengan bibirnya. Kali ini feel dia lain. Dan yang peliknya aku suka. Hatiku terima dia buat macam ini. Inikah cara dia buktikan untuk aku?
...
YOU ARE READING
Babygirl | BANG YEDAM
Fanfiction"Let's date again. Bring back our memory" "What if I won't?" "I'll do everything to make you say yes" "Let's see then" "You play hard huh" "I'm not the old Ningning, Mr Player" START - 06.08.21 END - 07.09.21 ©wifejunkyu