Aku dengan parents ku sampai disebuah restoran mewah. Ya cuma aku dengan parents aku sebab abangku awal awal lagi cabut. Tak guna punya abang. Krik krik aku malam ni dekat meja makan nanti. Semuanya kawan kawan daddy. Kalau ikut tu aku tak nak datang tapi daddy paksa jugak.
Sampai aje dimakan mataku terus bertentangan dengan seorang perempuan yang memakai dress merah. Aku tahan tawaku. Siapa lagi kalau bukan Stella. Bila tengok muka dia terus teringat kejadian dekat U tengah hari tadi. Aku rasa dia tak tahu pelakunya itu aku.
"Wah! Cantik anak kau Tiffany"
Aku dengar mummy Stella pujiku. Terus rasa bangga sebab Stella tengah pandang aku dengan muka tak puas hati dia. Suka aku tengok dia geram macam tu.
"Tengoklah mummy nya siapa" balas mummyku.
Terus aku rasa nak tepuk tangan. Tak sangka mummy aku akan balas macam tu. Aku ingat mummy ku nak balas puji si Stella pulak. Rupanya tak.
"So you Nayeon kan? Wife baru Jinhwan?" soal mummy ku.
Yes bukan family Stella je dekat sini, ada satu lagi family. Ada seorang lelaki. Kalau tengok dari rupa macam tengah sekolah lagi. Tapi hensem budak ni.
"Exactly. And this is my son, Ayden namanya"
Nama budak tu Ayden. Sedap. Muka dia pun nampak cute je. Aku rasa dua family ni memang sahabat baik daddy. Maybe masing masing lama tak jumpa. Malam ni baru ada time.
"Dan saya pula Yedam, anak kandung daddy"
Terkejut aku tengok dia muncul dengan pakai suit all black macam tu. Sangat lain imej dia malam ni. Nampak extra cool. Tapi si Stella ni nampak tak terkejut langsung. Macam dia tahu yang Yedam akan datang.
Aku perasan Aunty Nayeon menjeling Ayden. Macam nak bagitahu something pada si Ayden. Muka dia juga berubah lain bila Yedam muncul.
"Datang pun. Uncle ingat tak datang dah tadi" kata daddy si Stella.
Yedam melabuhkan punggungnya diatas kerusi sebelahku. Aku tak tahu apa motif dia. Sepatutnya dia duduk disebelah Ayden. Tapi dengan selamba dia duduk disebelahku.
"Mana boleh tak datang. Yedam kan anak daddy"
Para ibu bapa cuma ketawa dengan perangai Yedam. Tapi bagi aku kata kata itu sebuah sindiran untuk mummy tirinya. For me lah kan. Perception orang lain lain.
"Jadi memandangkan semua dah sampai, marilah kita berjamu selera" pelawa daddy Stella.
Kami semua mula makan. Para ibu bapa sudah mula topik masing masing. Mummy mummy dengan topik mereka manakala daddy daddy pula dengan topik mereka. While anak anak cuma diam.
Sedang aku makan, aku perasan Yedam sedikit bergeser pada aku. Tapi dia still fokus dengan makanan dia.
"You looks so pretty babygirl" bisiknya.
Hampir tersedak aku dibuatnya. Tak sangka dia berani cakap macam tu dekat aku. Depan mummyku pulak tu. Tapi aku rasa mummyku tak dengar sebab seronok berbual dengan kawan kawan dia.
"Please behave Yedam" bisikku semula.
Lama jugak kami menikmati makanan. Dan aku pun sudah kenyang. Tiba tiba Uncle Jinhwan bangun dari tempat duduknya.
"Sebenarnya malam ini ada benda penting yang saya dan juga Jaebum nak bagitahu"
Kami semua menanti nantikan apa yang akan Uncle Jinhwan sampaikan. Tapi aku perasan Aunty Nayeon macam tak puas hati. Sesekali dia melihat ke arah Yedam.
"Saya dengan gembiranya mengumumkan anak saya dan anak kepada Jaebum iaitu Stella akan bertunang tak lama lagi"
Semua terkejut kecuali Stella dan mummynya. Aku terus pandang Yedam. Hilang senyuman di mukanya. Terus aku rasa sebak. Jadi daddy ajak aku dinner sebab ni. Sebab nak tengok semua ni. Why daddy? Sanggup daddy sakitkan hati anak daddy.
Eh eh kau ni Ningning! Ingat! Kau dengan Yedam tak ada hubungan apa apa pun. Tak perlu pun kau nak rasa jealous macam ni. Lagipun kau dah biasa terluka macam ni.
"So macam mana? Setuju tak?" soal daddy Stella.
"Stella setuju!" cepat betul minah ni jawab.
Elok aje dia tayang senyum sombong pada aku. Kalau boleh tu dia nak menjerit sekarang jugak yang dia dah menang dan aku kalah.
"And Yedam?" soal Uncle Jinhwan.
Aku perasan Yedam tengah pandang Aunty Nayeon. Kemudian pandangan jatuh kepadaku. Dia pandang anak mataku.
"Yedam setuju"
Aku rasa macam nak meraung dekat sini. Jadi selama ni dia memang pilih Stella dari aku. Bodohlah kau Ningning. Kau expect dia nak kat kau ke? Dari dulu lagi dia cakap dia tak suka kau. Kenapa kau masih berharap?
"Wah! Lepasni company korang bergabung memang meletop kebabom lah kan" kata daddyku.
Jadi ini semua sebab company. Uncle Jinhwan dengan Uncle Jaebum nak gabung company dorang. Dan sekarang baru aku faham kenapa si Stella tak terkejut masa Yedam muncul. Sebab dia tahu semua.
...
YOU ARE READING
Babygirl | BANG YEDAM
Fiksi Penggemar"Let's date again. Bring back our memory" "What if I won't?" "I'll do everything to make you say yes" "Let's see then" "You play hard huh" "I'm not the old Ningning, Mr Player" START - 06.08.21 END - 07.09.21 ©wifejunkyu