🦊 12

380 71 0
                                    

Dari jauh aku nampak Stella keluar dari kereta Yedam. Muka tu bukan main seronok. Ada beberapa orang lalu disitu macam tengah bercakap something. Dari cara dia senyum bangga itu, aku tahu yang orang orang itu sedang ucapkan tahniah kepada dia. Mana taknya, semalam aku tengok dia post dekat Insta gambar dia dengan Yedam yang dah selamat bertunang.

Aargh! Menyampah pulak aku. Beg tangan diambil lalu aku melangkah keluar dari kereta. Aku rasa dia sengaja tunggu disitu, nak bagi semua orang yang lalu tu ucap tahniah dekat dia. Yedam pula dari tadi lagi dah pergi.

Kereta di lock. Aku nampak dia berjalan kearah aku. Hish! Kalau tak ingat aku pakai heels, dah lama aku lari sebab aku tahu niat dia datang dekat aku. Nak mengejek akulah tu.

"Hai bitch!"

Aku tak pandang muka dia. Langkah diteruskan tanpa menghiraukan dia.

"Kenapa monyok je muka. Hmm yang hodoh nampak lagi hodoh" katanya lagi.

Aku buat tak tahu. Rasa macam nak cepat cepat sampai kelas. Semak aje minah ni.

"Hey bitch! Kau ingat eh. Yedam tu milik aku. Kami dah pun bertunang. So kau boleh blah kot"

Aku berhenti lalu pandangnya. Kalau ikutkan hati, macam aku nak cakar muka dia. Lagi lagi mulut dia tu. Tapi dekat sini ramai. Jadi aku tahan.

"Kau tengok muka aku kisah? Hey bitch! Kau bertunang ke kahwin ke, Yedam tu tetap player lah. Kau dah siap belum hati kau tengok dia bawa balik perempuan nanti"

Muka dia terus berubah lain. Dia angkat tangan untuk pukul aku tapi aku sempat tahan.

"Kau blah sebelum aku pukul kau!"

Dengan hati yang panas dia melangkah pergi. Hish! Pagi pagi lagi buat mood aku swing. Aku pandang jam tangan. Hari ni aku kena pergi jumpa mentor aku iaitu sis Iris. Dan aku sudah lambat lima minit.

Sampai di library aku melihat sis Iris tengah buat kerjanya. Aduh! Rasa bersalah pulak buat dia tunggu. Tanpa menunggu aku terus pergi ke meja dia. Haraplah dia tak marah aku.

"Sis sorry sebab lambat" kataku separuh bisik.

Tapi dia tayang senyum. Haih! Sis. Dah la cantik, murah senyum pulak tu. Untung siapa yang dapat sis.

"Takpe sis maafkan"

Fuh! Lega aku. Tak sangka aku dapat mentor yang baik.

"So Ningning nak sis ajarkan apa?" soal dia.

Oh aku baru teringat. Ada beberapa perkara yang aku kurang faham dalam course fine art ni. Salah satunya nak naikkan markah dalam assingment atau projek.

Selepas aku bagitahu dia satu persatu, dia mula tunjuk ajar. Yang mana aku perlu perbetulkan. Yang mana aku perlu tambahkan supaya dapat markah lebih dan banyak lagi.

"Ningning lega sangat sebab dapat mentor macam sis. One of best student pulak tu" kataku dengan excited.

"Sis biasa biasa aje Ning. Tak ada apa yang perlu dibanggakan"

Dia kemas kemas buku dia. Aku turut buat benda yang sama. Kelas aku akan bermula sekejap lagi. Cuma satu kelas hari ni. Pukul 3 nanti aku dah boleh cau.

"Thanks for today sis" kataku dengan ikhlas.

"Sama sama. Nanti kalau ada apa apa datang aje jumpa sis. Kalau sis tak ada dekat U, pergi aje terus dekat kedai bunga sis"

Aku mengangguk. Baik lah sis Iris ni. Dah lah cantik. Hish! Geram aku. Bila dia senyum nampak lesung pipit, terus hilang cantiknya, comel pula yang muncul.

"Anyway I love your dimples sis"

Dia terus cover pipi dia. Aku tergelak. Comel pulak sis ni.

...

Babygirl | BANG YEDAMWhere stories live. Discover now