🦊 08

421 67 2
                                    

Sampai di kelab malam, dia terus masuk tapi dia tak jumpa kelibat Ningning. Dia cuma nak nampak Stella and the gang. Jadi dia dah boleh agak kenapa Ningning cakap macam tu tadi. Dia berlari ke arah Minhee.

"Bro kau ada nampak Ningning?" soal Yedam.

"Tadi dia ada dengan aku, lepas tu aku nampak dia pergi ke arah toilet. Muka dia macam takut takut"

Tanpa menunggu dia terus pergi ke arah toilet. Sampai di kawasan itu, dia nampak ada beberapa orang lelaki di depan toilet. Mereka macam tercari cari seseorang.

"Wassup bro bro. Ada apa ni?" soal dia.

Aku tak sangka yang Stella perempuan kejam macam tu. Bodoh kau Ningning. Sepatutnya kau pukul lagi teruk biar dia serik sikit. Berani dia upah lelaki untuk serang aku. Argh! Sial! Macam mana aku nak balik ni. Tak kanlah aku kena tidur dengan mop lantai kot malam ni. Mana dengan ruang kecil lagi.

Sumpah aku takut sekarang ni. Sebab aku tahu mereka semua lelaki. Sudah tentunya mereka kuat. Aargh! Kau tunggu nasib kau esok Stella. Berani kau main main dengan aku.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki datang. Belum sempat aku menjerit, dia terlebih dahulu tutup mulutku. Dia buat isyarat diam. Aku mengangguk. Dia tarik tangannya semula.

Yedam. Dia sudah datang. Aku terus peluk tubuhnya. Bila dia muncul, terus aku rasa lega.

"Saya takut awak"

Dia usap kepalaku dengan lembut. Tubuhku juga dipeluk dan belakangku diusap.

"What happen babygirl?" soalnya.

"Stella...dia...dia upah lelaki lelaki tu untuk...untuk..."

Aku tak mampu nak cakap sebab aku dengar sendiri Stella arahkan semua lelaki lelaki itu untuk tangkap aku dan aku mereka punya malam ini.

"It's okay babygirl. I'm here"

Dia usap belakangku. Kedengaran tapak kaki semakin dekat dengan kami. Kami sama sama pandang sebelum bibirku ditindih dengan lembut. Pinggang aku dirangkul dengan kemas. Dari ekor mataku, dapat kulihat ada seorang lelaki tengah pandang kami. Tidak lama selepas itu dia pergi.

Sebaik saja lelaki itu pergi, aku tolak tubuh Yedam. Kali ni aku tak salahkan dia. Mungkin ini cara untuk buat lelaki itu tidak tahu yang akulah perempuan mereka cari.

"Ekhm! Dorang dah pergi kot. Jomlah" kataku.

Akward bodoh sebab dia kiss aku agak lama.

"Wait saya tengok dulu"

Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan. Kemudian dia angguk kepadaku. Kami terus keluar ikut jalan belakang. Memandangkan aku agak lembab, dia tarik tanganku supaya lebih laju.

"Wo! Hold up bro!"

Aku dengar seorang lelaki tengking. Automatik aku bersembunyi dibelakang Yedam.

"Yes dude?" soal Yedam.

"Girl yang kau bawa tu kami punya malam ni"

Eii gerun aku dengar. Sejak bila aku jadi hak mereka ni.

"Really? Kalau macam tu dipersilakan ambil"

Yedam tarik aku ke sebelah dia. Wait what? Seriuslah?! Aku tak naklah bodoh. Salah seorang daripada mereka datang bersama senyuman miang ke arahku. Aku undur ke belakang lagi.

Belum sempat dia pegang tangan aku, Yedam terlebih dahulu tendang lelaki itu hingga tersungkur. Terkejut aku.

"Get in the car!" arah Yedam.

Tanpa menunggu aku buka langkah untuk masuk kedalam keretaku. Tapi ada lelaki lain tangkap aku.

"Hands off her motherfucker!" tengking Yedam.

Dia datang lalu pukul lelaki yang tangkap aku ini. Lepas lelaki tersungkur, aku terus lari masuk dalam kereta. Dari sini aku nampak Yedam tengah bertarung dengan empat orang lelaki.

Dan aku tak sangka Yedam mahir berlawan. Tapi walau macam mana pun, mereka empat orang lawan Yedam yang cuma seorang. Sesekali aku tengok dia kena pukul jugak. Kesian dia.

...

Babygirl | BANG YEDAMWhere stories live. Discover now