🦊 03

477 81 1
                                    

Seperti yang abangku cakap semalam, hari ni aku kena datang sendiri. Daddy siap bagi kereta lagi dekat aku. Kereta ni sangat mewah. BMW Z4 warna putih. Memandangkan aku sudah berubah jadi orang lain, aku terima. Aku dah tak nak jadi budak humble macam dulu. Semua orang pijak kepala aku.

So aku memutuskan untuk jadi perempuan yang paling sombong. Biarlah orang nak cakap apa pun. Sebaik saja sampai di U, aku mencari parking. Memandangkan aku sampai agak awal, masih banyak lagi parking. Beg tangan dekat seat sebelah diambil. Dan mataku tak sengaja melihat kereta orang sebelah.

Dia melangkah keluar bersama sunglasses hitamnya. Siapa lagi kalau bukan Yedam si buaya darat. Nasiblah cermin kereta aku gelap. Kalau tak belum apa apa lagi, dah terserempak dengan dia. Punyalah aku datang awal semata mata tak nak terserempak dengan dia.

Tidak lama selepas itu, aku nampak seorang perempuan keluar dari keretanya. Wow wow! Pagi pagi lagi aku dah dapat layan drama tak berbayar. Aku pandang cara dia layan perempuan itu. Baru perempuan itu nak pegang tangan atau lengannya, dia sudah mengelak.

Coih! Bukannya kau suka ke perempuan pegang kau macam tu. Berlagak baik pulak! Tendang kang baru tahu. Pagi pagi lagi dah buat aku naik darah. Dia sudah pergi. Aku keluar dari kereta dan terus menuju ke kelasku.

Memandangkan dia tengah dengan perempuan sekarang ni, aku dah tak perlu nak sembunyi sembunyi dari dia. Aku boleh berjalan ke kelasku dengan tenang.

Tapi belum sempat sampai kelas, lenganku ditarik oleh seseorang. Dengan cepat dia kunci pintu. Sekarang aku berada di sebuah ruang kecil atau lebih tepat tempat penyimpanan alatan cuci seperti mop lantai, penyapu sampah dan segala jenisnya. Nasib bersih.

"Hai beautiful!"

Aku membuat muka tak puas hati. Siapa lagi kalau bukan Yedam. Dia sorang je yang berani buat dekat aku macam ni.

"Tepilah. Saya dah lambat nak masuk kelas" marahku.

Aku cuba tolak tubuhnya. Tapi dia lelaki. Confirm lah kuat. Kudrat dia lebih kuat dari aku. Dengan selamba dia tampal kedua tangannya pada dinding. Biar aku duduk di tengah tengahnya.

"Ada lebih kurang 20 minit lagi sayang"

Eiiuw! Aku rasa macam nak muntah bila dia panggil aku sayang dengan suara macam tu.

"Tepilah! Panas tahu tak dalam ni"

Aku masih cuba untuk tolak tubuhnya walaupun aku tahu benda tu tak kan menjadi.

"Panas ke sayang?"

Dia sengaja dekatkan mukanya dengan aku. Seinci lagi memang bibirku selamat bertemu dengan dia. Tapi aku akan pastikan yang benda tu tak kan pernah terjadi.

"Let's date again. Bring back our memory" bisiknya pada telingaku.

Aku senyum sinis. Berani dia cakap macam tu dekat aku. Our memory kepala hotak dia.

"What if I won't?" sengaja aku nak naikkan darah dia.

Sebab aku tahu tak pernah ada seorang perempuan pun yang tolak dia sebelum ni. Jadi aku sengaja nak cabar dia.

"I'll do everything to make you say yes"

Argh! Suara dia. Boleh gila aku macam ni. No Ningning. Jangan tergoda dengan lelaki buaya macam si Yedam ni.

"Let's see then"

Aku beranikan diri bertentang mata dengan dia. Aku nak buktikan yang aku tak main main dengan kata kataku.

"You play hard huh"

Anak matanya jatuh pada bibirku. Dan semakin lama bibirnya semakin dekat denganku, dan akhirnya aku toleh ke sebelah. Mengelak selagi aku mampu. Kemudian aku pandang dia semula. Giliran aku dekatkan mukaku dengan dia. Pandang bibir dia seolah olah aku ingin menciumnya tapi dengan perlahan aku bergerak ke telinganya.

"I'm not the old Ningning, Mr Player" bisikku.

Aku pandang muka dia bersama senyuman yang paling sinis. Pinggangnya aku rangkul dengan kedua belah tanganku. Kemudian aku pindah tubuh dia ke sebelah. Dia cuma ikut macam patung mannequin.

Dan selepas itu aku terus keluar tinggalkan dia sorang sorang dekat situ. Aku menuju ke kelas dengan rasa puas hati.

...

Babygirl | BANG YEDAMWhere stories live. Discover now