🦊 24

357 62 0
                                    

Semalam aku pergi hospital untuk buat check up. Untung doktor cakap tiada apa yang serius. Mana tahu tulang retak ke. Naya aku. Lama lagi kot aku nak guna tubuh ni. Dan semalam macam okey lagi, hari ni dia dah mula rasa sakit dia. Nak bangun pun susah.

"My baby. Okey tak ni?"

Mummyku masuk kedalam bilikku dengan muka panik dia. Aku belum bagitahu yang Stella punca aku jadi macam ni. Tak naklah aku libatkan parents.

"Sakitlah mummy" aku sengaja merengek.

"Macam manalah boleh jadi macam ni. Careless betul anak mummy ni"

Mummyku sudah start membebel. Tapi aku perasan dia ada pegang bungkusan dress tadi.

"Mummy ada event ke?" soalku.

"Iye mummy ingat nak ajak kamu pergi sana. Company kawan daddy akan bertukar tangan lepas ni. Yedam. Kamu pernah jumpa kan hari tu"

Otakku tengah loading something. Dan sekarang baru aku faham kenapa Stella sengaja buat macam dekat aku. Dia sengaja bagi aku sakit supaya aku tak boleh join event tu. Apa yang bangang sangat si Stella ni. Kalau aku join pun, aku tak boleh buat apa apa. Kenapa dia takut sangat aku join event tu?

"Ningning ikut lah"

Tak boleh jadi. Aku kena pergi jugak. Teringin jugak nak tengok reaction Stella.

"Bukan tadi merengek cakap sakit" sindir mummyku.

Betul sakit. Tapi aku sanggup. Stella punya pasal. Aku tak nak dia hidup tenang lepas ni.

"Boleh lagi ni. Tapi kena berkepit dengan mummy lah"

Aku tayang muka tak bersalah. Mummyku menggeleng kepala.

Yedam melihat dua orang lelaki sedang berbuat sesuatu pada keretanya dari atas bagunan U nya. Bukannya dia tak tahu, dua orang lelaki itu diupah oleh mummy tirinya. Dia sudah boleh agak orang tua itu akan buat apa saja untuk menghalang dia pergi dari event itu.

Dia turun dan melangkah ke pintu bahagian belakang. Helmet disarung diatas kepalanya. Motosikal berkuasa tingginya dihidupkan. Dia terus pergi dari situ. Sampai di bahagian hadapan universiti, ada lagi dua orang lelaki tengah tunggu.

Cermin helmet ditutup, dia terus pergi dari situ. Nampaknya dia tak boleh balik rumah buat masa sekarang. Mummy tirinya ini sangat licik.

Sebenarnya aku 50-50 nak pergi event ni. 50% aku tak nak pergi sebab aku tak nak bersemuka dengan Yedam. Aku masih terasa dengan perbuatan dia semalam pada aku. Lagi 50 aku nak sakitkan hati Stella. Hmm kau kuat Ningning. Kau boleh lalui benda ni walaupun kau akan sakit hati nanti.

Dress berwarna hitam paras lutut diambil lalu disarung pada tubuhku. Rambut digayakan macam selalu. Aku biar lepas kebawah. Tak ada mood nak berlawa lawa. Make up pula cuma light. Warna bibir pun warna cerah. Kalau mood aku baik, aku akan pakai warna gelap yang betul betul merah.

"Ningning! Cepatlah!"

Mummyku sudah melalak dekat luar. Aku bangun dengan perlahan lalu berjalan keluar. Haih! Sakit pula bahagian pinggang belakang aku ni. Bertahan sekejap ya sayang. Last time aku menyusahkan kau. Lepas ni kita akan berehat.

...

Babygirl | BANG YEDAMWhere stories live. Discover now