🦊 30 [END]

637 78 2
                                    

Yedam tak tahu apa kena dengan babygirl dia. Daripada semalam dia cuba untuk bercakap tapi tiada sepatah pun yang keluar dari mulut perempuan itu. Naik serabut dia dibuatnya. Agaknya mood perempuan memang macam ni kot. Rasanya dia tak ada buat salah apa pun.

"Talk to me babygirl"

Dia masih belum berputus asa. Hari ini dia sanggup datang universiti awal semata mata nak jumpa Ningning sebelum perempuan itu masuk ke kelas.

"Awak jangan uji kesabaran saya babygirl. Kalau awak terus diam macam ni, masalah tak kan selesai"

Kesabarannya semakin tipis. Dia nak juga tahu apa kesalahan dia sampai kena friendzone macam ni. Tapi Ningning masih diam dengan muka dinginnya. Dengan selamba dia masuk kedalam kelasnya.

"Yedam. Kenapa ni?"

Yedam melihat gerangan yang menegurnya. Terus dia menghembuskan nafas beratnya.

"Adik kesayangan sis lah. Datang bulan agaknya" kata Yedam dengan tak puas hati.

"Biasalah perempuan. Mood selalu berubah rubah. Yedam kenalah faham"

Yedam pandang sis Iris nya itu. Dia tayang muka tak puas hati.

"Untunglah Junkyu hyung dapat sis. Sis baik. Lemah lembut pulak tu"

Iris cuma senyum.

"Yedam pun beruntung dapat Ningning. Bagi sis, Ningning sangat baik orangnya. Comel lagi. Okeylah. Sis masuk kelas dulu"

Yedam melihat Iris sudah menjauh. Lantaklah. Kalau babygirl dia mogok tak nak cakap, dia pun akan buat benda yang sama. Asyik dia aje yang pujuk. Sekali sekala perempuan lah pulak yang pujuk.

Selepas tamat kelas pertama untuk hari ini, dia bercadang untuk makan dengan sahabat sahabatnya. Kalau nak cari Ningning, confirm confirm perempuan itu mengelak untuk berjumpa dengan dia.

On the way untuk ke kafe, di ternampak Ningning dengan happy nya berjalan dengan salah satu hotstuff universiti ini. Woo Kyungjun. Siapa saja tak kenal lelaki itu. Bukan setakat ada rupa, ada pakej bijak lagi. Kyungjun juga merupakan saingan terbesarnya.

Dan sekarang, lelaki itu tengah bergembira dengan babygirl nya. Hatinya panas sangat sekarang ni. Kalau ikutkan sekarang jugak dia nak tarik Ningning supaya jauh jauh dari Kyungjun tapi dia tak nak campurkan hal peribadi disini.

Hari ni merupakan hari yang special. Aku harap plan aku untuk hari ini akan berjaya. Aku tahu dia pasti sangat marah denganku tapi aku abaikan. Aku akan pastikan dia datang malam nanti walau dengan apa cara sekalipun.

Sekarang jam menunjukkan pukul 7 malam. Aku sudah siap semuanya. Aku hanya mengenakan pakaian simple. Seluar jeans dan juga kemeja putih. Angin waktu malam sangat sejuk sekarang. Jadi aku tak mampu nak pakai dress.

Selepas beritahu parents ku, aku terus drive ke tempat biasa kami lepak iaitu didepan laut. Sampai disini, aku parking kereta di tempat yang sama. Sekarang aku hanya perlu call Yedam suruh datang. Namanya di skrin ditekan. Lama aku tunggu, tapi dia tetap tak angkat.

Nampaknya dia betul betul marahkan aku. Aku tekan icon massage. Aku mula menaip bila dapat idea.

awak saya tak larat nak drive
boleh tak awak datang ambil saya
saya rasa macam nak demam

Send!

Aku harap dia baca mesej aku. Nampaknya aku kena tunggu dia. Disini pun tak ramai orang. Ada beberapa biji kereta saja. Itupun parking jauh dari aku. Maybe semua nak privasi ataupun nak tenangkan fikiran. Pemandangan laut pada waktu malam the best! Rugi kepada siapa yang tak datang.

Babygirl | BANG YEDAMWhere stories live. Discover now