🦊 28

391 60 1
                                    

Disinilah kami. Menikmati view laut pada waktu malam. Selepas event tadi aku tak terus balik. Minta izin dengan parents ku yang Yedam akan hantar aku balik nanti. Untung daddyku izinkan. Jadi disinilah aku bersama Yedam. Ada banyak benda yang aku nak tanya pada dia.

"Awak sure nak dengar alasan saya?"

Of course. Dah lama kot aku tunggu. Hampir setiap hari aku tertanya tanya kenapa dia sanggup buat macam tu dulu.

"Mestilah. Saya tak nak salah faham ini berterusan. Saya tahu awak bukan lelaki yang kejam. Semuanya bersebab"

Dia pandang aku kemudian tanganku diambil lalu digenggam dengan erat. Senyuman manis ditunjukkan kepadaku.

"Awak betul. Sama ada sebab itu baik atau buruk. Dan semua tergantung pada awak untuk judge nanti. But for me, alasan saya ni alasan yang akan buat awak bertambah benci dengan saya. Tapi by hook or by crook, saya kena cakap jugak dekat awak"

Aku dah prepare hati aku. Dan aku harap apa yang dia cakap tu tak betul. Aku tak nak benci dia lagi.

"First of all, saya bukan lelaki yang suka mainkan perasaan perempuan"

Aku cuma senyum hambar. Aku tahu dia betul betul maksudkan.

"I know" jawabku.

"Dari awal saya kenal awak, awak bukan lelaki macam tu. Saya juga terkejut bila nampak awak berubah jadi macam tu. Tapi saya percaya, awak ada alasan awak sendiri"

Kali ni aku pandang wajah dia. Dia juga buat benda yang sama.

"So tell me. Kenapa awak buat macam tu?" soalku.

"Saya mengaku, I was a coward back then. I am afraid of people's judgments against me"

Rasanya sedikit sebanyak aku dah faham maksud dia.

"That time saya marah sangat dengan diri saya. Kenapalah hati saya boleh jatuh cinta dengan awak. Even awak nerd masa tu, saya tetap suka awak"

Dia betul. Aku juga tak sangka yang dia akan suka dengan aku sebab kami seperti langit dengan bumi. Aku memang nerd habis dulu dan dia pulak salah seorang hotstuff dekat sekolah. Sangat mustahil untuk aku tak crush dekat dia.

"Tapi saya takut kalau kawan kawan saya tahu yang kita ada relay. Saya takut dengan pandangan mereka terhadap saya. Dan awak juga sudah semestinya akan jadi mangsa mereka. Jadi untuk mengelakkan semua itu berlaku, saya terpaksa ubah diri saya"

Sampai macam tu sekali. Jadi tak sepenuhnya salah dia. Walaupun dia coward, pada masa yang sama dia nak selamatkan aku dari kawan kawan dia. Selama ini bukan aku sorang yang terseksa, dia juga rasa benda yang sama.

"Saya jadi playboy sebab nak awak bencikan saya. Saya cakap dekat awak, bukan awak sorang perempuan yang saya suka tapi ramai lagi. Saya tipu awak. Sebenarnya awak seorang dalam hati saya time tu"

Terharu aku mendengarnya. Jadi cintaku tak bertepuk sebelah tangan.

"Kalau sekarang?" saja aku nak mengujinya.

Tapi lain pula jadinya. Kedua belah pipiku dicubit olehnya. Tak sakit tapi aku tak boleh terima orang main pipi comel aku.

"Nonsense question babygirl" sambungnya lagi.

"Yelah bagi awak nonsense. Tapi hati saya nak tahu juga"

Aku nampak dia senyum. Argh! Boleh gila aku macam ni. Selalu aje aku cair bila tengok dia senyum.

"I love you"

Aku rasa dunia seperti berhenti untuk seketika. Ya Tuhan happy nya aku malam ini. Rasa nak menangis tapi aku tahan. Aku harap aku tak bermimpi. Siapa aje yang tak happy bila lelaki yang dia sayang confess dekat dia macam ni.

"Kalau awak rasa tak cukup, saya akan cakap sampai awak rasa cukup"

Aku masih diam. Sejujurnya aku terus terkelu bila dia confess.

"I love you Ningning"

"I love you babygirl"

"I love you my soul"

"I love you my love"

Okey rasanya dah cukup kot. Dia nak hati aku explode dekat sini ke.

"I love you sayang"

"Stop it Yedam" kataku.

"I love you baby"

Aku cuba cover mulut dia tapi dia tahan tanganku. Nampaknya aku kena guna cara terakhir untuk diamkan dia.

"I love you I love you!"

Eii aku tahu dia sengaja.

"I love-"

Dia terdiam apabila bibir kami bertemu. Yes itu cara terakhir untuk aku diamkan dia. Cuma sekejap sebelum aku lepaskan semula.

...

Babygirl | BANG YEDAMWhere stories live. Discover now