🦊 19

363 62 2
                                    

Tiada apa yang menarik hari ni. Semuanya hambar. Masuk kelas pun tak boleh fokus. Dan hari ni tiga kali aku terserempak dengan Yedam. Tapi dia cuma buat tak tahu. Dia buat macam aku tak wujud langsung dekat U ni. Of course lah rasa nak menangis.

Kau kena ingat Ningning. Tak lama lagi dia akan jadi milik Stella sepenuhnya. Kau kena belajar move on dari sekarang. Kalau tak hati kau lagi sakit nanti.

Lepas tamat kelas, disinilah aku. Di kedai bunga milik sis Iris. Bukan untuk minta tolongnya tapi cuma untuk melawatnya. Sebab aku tak pernah singgah kedai bunga dia sebelum ni.

Sebaik saja buka pintu, aku melihat beberapa pelanggan sedang menunggu order mereka. Mataku mencari kelibat sis Iris. Aku rasa dia ada dekat belakang. Jadi aku memutuskan untuk ke belakang. Rasanya takpe kot walaupun ada tulis staff only.

"Hai sis!" sapaku dekat dia.

Lupa sekejap pasal Yedam. Aku perlukan ketenangan sekarang ni.

"Oh hai! Ningning. Ada apa datang sini? Ningning ada chat sis tapi sis tak balas ke?"

Aku nampak dia ambil telefonnya yang berada diatas meja. Aku cuma senyum.

"Tak ada lah sis. Ningning cuma singgah nak jenguk sis. Kan sis cakap kalau free singgah kedai sis"

Dia bernafas lega. Aku melihat sekeliling ruang belakang ini. Sangat kemas dan cantik. Semua bunga tersusun rapi. Seluruh ruangan ini bertemakan warna putih. Dekorasi pun sangat cantik.

"Sis nak Ningning tolong apa apa tak?" soalku.

Bosanlah pulak.

"Tak payahlah. Ningning datang sini sebagai tetamu sis" balasnya.

Aku nampak tangannya lincah menyusun bunga. Dan ada juga beberapa bunga yang dah siap.

"Tak salah kan kalau Ningning tolong sis?"

Aku kelip kelip mata. Dia menggeleng kepalanya. Aku nampak dia mengambil apron. Still aku boleh nampak muka comel tak puas hati dia. Maybe aku berjaya pujuk dia.

"Pakai apron ni dulu"

Bibirku dikoyak. Senyum lebar ditayangkan. Apron disarung pada tubuh.

"Bunga bunga yang siap ni, pergi hantar pada customer dekat depan"

Aku mengangguk. Ada tiga bouquet semua. Semuanya aku pegang sekaligus. Dan semestinya aku berjaga jaga supaya tak rosak. Aku melangkah ke depan. Aku tak tahu bunga ni milik customer yang mana satu.

Tapi tidak lama selepas itu mereka datang dekat kaunter. Bunga mereka diambil dan dibayar. Aku berjaya selesaikan kerja yang dikasi oleh sis Iris. Mataku terpandang seorang lelaki hensem. Tubuh bak model. Pakai kemeja. Pastu lengan kemeja diangkat sampai suku lengan.

Agak agak lelaki ni dah berpunya belum? Eh kesitu pulak kau Ningning. Lelaki itu semakin dekat. Lagilah nampak hensem dengan rambut hitam pekatnya itu.

"Excuse me, awak pekerja baru Iris?" soal dia.

Dengan cepat aku menggeleng.

"Taklah. Saya junior sis Iris" jawabku.

"Oh yes! Ningning?" soal dia lagi.

"Betul tu"

Aku pun tak tahu macam mana dia tahu nama aku. Tapi nevermind lah.

"Iris banyak cerita pasal awak. Oh lupa pulak saya. Saya Junkyu merangkap tunang Iris. Iris ada?"

Aku mengangguk.

"Ada dekat belakang"

Bapak ah! Aku tak tahu pun yang sis Iris dah tunang selama ni. Dapat tunang yang hensem bak model pulak tu. Memang sepadan dengan sis Iris yang cantik plus comel tu. Jealous aku.

"So how's?"

Aku tayang muka tanda soal. Tak faham maksud dia.

"Your relationship with that bastard"

Lagilah aku tak boleh brain. Siapa yang dia maksudkan. Setahu aku, aku tak ada special relay dengan siapa siapa.

"I mean Yedam"

Baru aku faham. Tapi macam mana dia tahu? Tak kanlah sis Iris yang bagitahu. Rasanya aku tak ada cerita apa apa pun pada sis.

"Tak habis habis dengan perangai buaya dia" bebel dia lagi.

...

Babygirl | BANG YEDAMWhere stories live. Discover now