🦊 01

1.1K 92 5
                                    

Wah! Akhirnya sampai jugak di tanah airku. Rindunya aku dengan tempat lahirku. Sebaik saja aku jejak sini, aku dapat rasa hidupku akan baik walaupun disini banyak kenangan buruk. Aku akan cuba untuk tak ingat semua itu.

Oh ya intro. Namaku Ningning. Aku tinggal di Sweden sebelum ni. Ada kejadian yang menyebabkan aku memutuskan untuk tinggal disana. Tapi hari ni, aku perlu balik semula kesini atas arahan daddyku. Dia cakap ada benda penting yang dia nak bagitahu aku. Dan aku rasa maybe dah tiba masa untuk aku balik kesini.

Jadi disinilah aku. Di depan sebuah rumah agam yang sudah lama aku tak jejak. Hmm tak banyak yang berubah. Cumanya aku perasan daddy tambahkan water fountain dekat depan halaman. Hmm sangat cantik.

"My baby!"

Tiffany berlari lalu memeluk anaknya ketat ketat. Rindunya dengan anak dia yang sorang ni.

"Hmm balik pun kau minah"

Siapa lagi kalau bukan abangnya, Renjun. Kalau tak cari pasal memang tak boleh hidup agaknya.

"Sini meh aku peluk" kata Renjun sambil melangkah ke arah aku.

"Eeiii tak nak!"

Aku berlari keliling sofa. Dia still kejar aku. Dah kenapa abang aku ni. Betul ke tidak ni.

"Sinilah. Aku rindu kau ni"

Dan akhirnya dia dapat peluk aku. Eii geram aku dengan dia. Sejak bila dia berubah jadi sweet macam ni.

"Mana daddy?" soalku.

"Hmm macam biasa. Kerja lah"

"Okey kalau macam tu Ningning naik atas dulu. Nak rehat"

"Yelah. Jangan lupa turun lunch pulak"

Aku mengangguk terus naik ke bilikku. Wah! Rindunya dengan bilik aku dekat sini. Tak ada satu pun yang berubah. Semuanya masih sama. Dan entah ketika mana aku terlelap.

Yedam melangkah turun dengan laju. Boleh gilalah macam ni. Setiap hari kena hadap benda yang sama. Stres! Kenapa hidup dia perlu sampai macam ni sekali.

"Yedam tunggu!" tengking daddynya.

Tapi dia buat tak tahu. Dia teruskan langkahnya.

"Ayden cakap kamu pukul dia semalam. Betul?!"

Jinhwan sudah hilang kesabaran dengan anaknya yang sorang ini. Selalu aje buat masalah.

"Yedam dah besarlah daddy. Perlu ke daddy masuk campur urusan Yedam?"

Dan tak pasal pasal lima jari melekat pada pipi dia. Sebenarnya dia dah terbiasa dengan semua ini. Sejak mummynya meninggal, inilah layanan daddy terhadap dia. Tidak lama selepas itu dia nampak adik tirinya Ayden tengah senyum sinis ke arahnya.

"Kau tu lelaki, bodoh! Perlu ke kau mengadu dekat daddy aku!"

Kali kedua dia dapat tamparan dari daddy dia. Argh! Boleh gila macam ni. Tanpa menunggu dia terus keluar dari rumah itu. Audi RS7 grey nya dihidupkan. Dia terus menekan minyak dengan kasar. Tak peduli dengan kereta lain. Sekarang emosi dia tengah tak stabil. Keselamatan diri jugak diabaikan.

...

Babygirl | BANG YEDAMWhere stories live. Discover now