Aku terjaga dari tidurku. Mata dikerling pada jam atas meja. Dah pukul 2 petang. Lama jugak aku tidur. Hidungku tercium bau something. Bau makanan. Terus perut berbunyi. Tapi siapa yang masak? Mummy ku tak ada kat rumah, oh Yedam! Aku lupa yang dia datang tadi.
Tak balik lagi rupanya. Aku cuba untuk bangun. Rasa sakit di perut sudah berkurang. Okeylah daripada tadi. At least aku tak payah jalan macam warga emas dah. Aku melangkah masuk kedalam toilet. Wajah dicuci.
Selepas siap semua, aku ambil unicorn kesayangan ku lalu keluar menuju ke dapur. Sampai didapur aku nampak Yedam tekun memasak sampai tak sedar yang aku datang. Comel je dia pakai apron macam tu. Aku sengaja langkah perlahan kearah dia.
"Awak!"
Aku tepuk bahu dia. Terangkat juga sikit bahu dia. Tapi aku expect dia akan terkejut lagi teruk dari tu tapi hampeh.
"Sukalah tu. Lain kali jangan buat macam tu lagi babygirl. Kalau saya angkat sudip ni sampai atas kepala awak, free aje awak dapat sakit babygirl"
Dia start bebel. Aku cuma ketawa. Walaupun dah cuci muka, tetap aku belum sedar sepenuhnya. Sudahnya aku pergi duduk diatas kerusi.
Didepan aku pula ada telefon Yedam. Walaupun dia silent, skrin telefon tetap menyala bila ada noti masuk. Kalau buaya darat macam dia, aku tak pelik kalau noti selalu masuk. Sempat aku kerling. Bermacam macam nama ada di skrin. Yang tak ada nama pun ada jugak.
Aku hanya menggeleng kepala. Tak berminat nak tahu. Memang jenis aku yang tak suka ambil tahu pasal orang lain. Punya pasal dorang lah.
Aku pandang Yedam yang tengah masak. Haih! husband material betul. Untunglah kau Stella dapat Yedam. Bila fikirkan itu hatiku jadi sedih lagi. Aku tak setuju kalau Yedam dan Stella disatukan. Huhu! Kenapa takdir aku sampai macam ni sekali. Sedih!
Tiba tiba telefon Yedam bergetar. Nama Stella muncul di skrin. Tadi aku tengok dekat noti juga banyak nama Stella. Ni bukan apa ni. Memang dah niat nak jadi queen control lah ni.
"Yedam fon awak. Ada someone call" kataku.
Dia pandang ku sekejap sebelum sambung masak. Lah! Dia ni. Tak nak jawab ke. Kalau tak nak aku nak off. Semak aku tengok.
"Awak tak nak jawab ke?" soalku lagi.
"Biarlah. Stella yang call. Malaslah nak jawab"
Aku cuma angkat bahu. Unicorn diletak diatas meja. Aku letak kepalaku diatas unicorn.
"Lagipun tengah dengan babygirl. Merajuk kang nanti, susah saya. Satu hal pulak nak kena pujuk" sambung dia lagi.
Aku cuma membuat muka. Saja nak bagi aku sakit hati. Tak nak pujuk tu sudahlah.
Tidak lama selepas itu dia hidangkan makanan yang dia masak diatas meja. Aku angkat kepalaku. Unicorn dipeluk semula.
"Look tak angkat call pun dah merajuk, inikan pula kalau saya angkat tadi. You're so cute babygirl"
Dia duduk dihadapanku.
"Yedam"
Aku rasa dah tiba masanya aku keluarkan soalan ini. Sebab aku tak nak jatuh cinta dengan dia lebih lagi. Aku tak nak hati aku sakit untuk kali kedua. Dengan orang yang sama pulak tu.
"Hmm"
Dia letak semangkuk sup didepan aku. Tapi aku tak hiraukan. Aku cuma nak dengar jawapan dia. Ini yang lebih penting.
...
YOU ARE READING
Babygirl | BANG YEDAM
Fanfic"Let's date again. Bring back our memory" "What if I won't?" "I'll do everything to make you say yes" "Let's see then" "You play hard huh" "I'm not the old Ningning, Mr Player" START - 06.08.21 END - 07.09.21 ©wifejunkyu