Bab 1

9.8K 246 31
                                    

Bab 1

"Mika, nanti jangan lupa angkat barang kat belakang, bawak masuk stor tau," kata Rashidi selaku boss aku. Aku cuma mengangguk tanpa bercakap sepatah.

"Ouh, lagi satu lepas kau susun barang-barang yang kau tengah buat ni, pegi luar lap pintu kaca tu," arah dia lagi sekali. Aku pandang muka boss aku, sikit pun dia tak pandang aku. Dia sibuk menelaah telefon dia.

Bagi kerja pun beragaklah, aku sorang buat semua benda ni. Takkan tak ada simpati langsung. Aku cuba hendak bersuara tapi...

"Tapi boss, takkan saya sorang je..." Terus pandangan dia kalih pada aku. Berkerut dahinya apabila aku kata begitu.

"Kau ada nampak orang lain dalam kedai ni? Tak ada kan. Kalau kau nak kerja, buat cara nak kerja. Takpayah tunjuk kesian sangat!" bentak dia lalu terus masuk ke dalam bilik stor.

Aku membuat riak muka mencuka. Poyo betul. Macam aku sorang je hidup dekat kedai kau ni. Kalau aku dapat kerja lain. Dah lama aku tukar kerja. Dapat kat kedai kau ni, aku dah bersyukur dah, cuma dapat boss macam kau buat spoil mood.

Lepas saja aku susun barang terus aku ke belakang untuk mengangkat barang. Ada satu kotak besar, dua kotak kecik. Banyaknya.

"Haihh~" Mengeluh pun tak ada guna. Kerja tetap kena jalan. Lumrah seorang pekerja ada kala jadi kuli, ada kala jadi raja itupun kalau boss takda. Aku menseseng lengan baju lalu mengangkat kotak-kotak tersebut dan dibawa ke stor.

Kerja kat kedai pun susah apatah lagi kerja dekat syarikat besar-besar tu. Masa aku bawa kotak-kotak itu, muncul suatu serangga berwarna coklat. Cukup benci aku dengan haiwan ni.

"Lipas! Ya Allah!" Terlepas pegangan kotak tadi dari tangan aku.

Bang! Kuat bunyi ia menghempas lantai. Matilah aku.

"BUNYI APA TU!" laung boss aku dari biliknya. Jangan dia masuk sini sudah!

"TAK ADA APA-APA! NAMPAK LIPAS JE TADI!" laung aku semula. Dia diam tak cakap apa-apa. Cepat-cepat aku kemas nak hilangkan bukti sebelum dia masuk. Kalau dia nampak ni. Memang potong gaji.

Pap! Pintu dibuka. Terus aku berdiri menghadap dia dengan cepat.

"Bunyi apa tadi," tanya dia sambil mengerutkan dahinya. Bengis sangat muka tu. Aku mengeleng-ngelengkan kepala berulang kali sambil berkata takda apa-apa berlaku.

"Hmm, cepat pegi lap pintu kaca depan tu! Terhegeh-hegeh buat kerja!" Dia menutup pintu kuat nak tunjuk protes. Sabar Mika, better kau cari kerja lain lah nanti.

Terus aku mengambil alatan pembersihan, ambil gel sabun tambah kan sikit dengan air panas dalam baldi kecik dan ambil kain. Kedai nak mewah, spray pun takda. Tak tahu nak cakap apa. Aku duduk sekejap untuk berehat.

Aku buka telefon untuk melihat jam pukul berapa. Dah pukul 2:27 petang, budak sekolah dah balik dah rasanya ni. Nak kene berlakon lagi ke? Tak kesah lah. Dia mengambil topi dan masknya di dalam beg dan segera dipakai.

Terus dia melangkah laju ke pintu untuk membersihkannya dan dalam masa yang sama juga ada seorang pemuda lelaki yang ingin masuk ke kedai tersebut. Akibat tidak perasan, Mika tidak sengaja terlanggar dan habis air cucian tadi terkena baju pemuda tersebut.

"Ya Allah, bang! Sorry bang!" Segera Mika jatuhkan barang-barang yang dia pegang tadi. Habis basah baju pemuda tersebut dengan air cuciannya lagi-lagi air tu air panas.

Mika dah gelabah taktahu nak bagi reaksi macam mana dah. Pemuda tadi bangun dan mengelap bajunya yang basah.

"Abang, abang okay tak? Air panas lagi tu. Ya Allah, apa aku buat ni. A-Abang tunggu kejap saya amik kain!" Terus aku berlari masuk ke dalam untuk amik kain. Dan aku keluar semula untuk lap badannya yang basah.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now