Bab 24

2.1K 69 36
                                    

Bab 24

"Lusa abang ada interview kan? Takkanlah pakai baju macam ni," rungut Hazfan pada Farhan. Farhan secara tiba-tiba dapat tawaran bekerja di salah sebuah company biasa. Tidaklah company yang besar dan terkenal.

Walaupun Farhan hanya menetap di kampung namun beliau bergraduasi dalam jurusan teknologi pejabat. Dan tidak sangka dia dapat temu duga bekerja. Farhan menunjukkan baju kemejanya yang lusuh ketika dipakai zaman universiti dahulu.

"Tukar lah, beli baru. Lusuh dah baju ni." Hazfan membantah Farhan memakai baju tersebut.

"Tapi ni baju favorite abang, Mika yang beli."

"Ye, tahu Mika beli. Masalahnya baju tu dah kecik abang. Ye dulu abang kurus, sekarang ni abang dah berisi sikit. Tu perut tu, mana 'roti'? Tak nampak dah," seloroh Hazfan mengusik abang angkatnya.

"Berisi pun sebab masakan dia jugak. Tiga tahun mana tak naik badannya." Mereka berdua tertawa . Ya, bahagia ini yang Hazfan cari selama ini.

...................

Eimir mengurutkan kepalanya yang sakit. Selepas dia mendapat keputusan SPM, dia terus melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Selepas tamat belajar, dia mengambil masa untuk berehat.

"Eimir pikir apa sayang...," tanya Puan Ros, selaku ibu kepada Eimir. Eimir yang kini berusia 21 tahun masih lagi menjadi kesayangan ibunya.

"Tak ada apalah ma, pening je. Makan ubat nanti eloklah," ujar Eimir sambil menyirup air teh yang dibancuh oleh bibik di rumah mereka.

"Eimir, mama nak cakap sikit. Actually..."

"Mama kalau nak cakap pasal kahwin, Eimir tak nak."

"Eimir, ni untuk kebaikan Eimir. Eimir dah la tak kerja, itu takpe mama and papa boleh tanggung Eimir. For now, Eimir ikut je cakap mama," pujuk ibunya bersungguh.

"Ma, Eimir tak nak la ma! Jangan paksa Eimir."

"EIMIR, APA YANG SUSAH SANGAT KAMU NAK FAHAM! MAMA BUAT SEMUA NI UNTUK KAMU JUGAK! SENANG MASA DEPAN KAMU NANTI! Kerja dekar syarikat papa kamu tak nak. Asyik keluar rumah je. Apa kamu nak jadi ni!"

"EIMIR SERABUT LA MA! BALIK RUMAH KENA BEBEL! MANA EIMIR TAK PENING!" Terus dia mengambil barangnya bergerak ke pintu keluar rumah. Namun suara seseorang menghalangnya.

"Eimir!" Langkah Eimir terhenti. Perlahan dia menolehkan kepalanya ke empunya suara.

"Eimir nak kemana?" soal Tuan Syukri, papa kepada Eimir.

"Eimir nak keluar. Serabut!"

"Minggu depan, kalau Eimir belum ada perancangan untuk sambung belajar atau bekerja. Masuk syarikat papa," ucap papanya tegas sambil membaca surat khabar.

"Pa, awal sangat la pa!"

"Papa tak kira, tengok Along dengan Angah. Elok je..."

"Along?... Angah?... Memang dua nama tu je yang disebut-sebut dalam rumah ni! MEMANG ALONG DENGAN ANGAH JE LAH YANG PALING BERGUNA DEKAT RUMAH NI! SEBAB APA? SEBAB PAPA DENGAN MAMA TAK PERNAH LANGSUNG AMIK TAHU PASAL EIMIR!!!"

"SIKIT-SIKIT MENANGKAN ALONG, MENANGKAN ANGAH. YANG SALAH SEMUA EIMIR! EH SERABUT LAH!" Tanpa banyak kata dia terus keluar. Ketika dia sedang berjalan, tangannya mengeluarkan telefon dan buat panggilan.

"Hello, Abang. Amik Eimir kat tempat biasa,"

.....................

"Eimir gaduh lagi ke?" tanya Hazreel sambil memandu. Sekali sekala dia memandang wajah Eimir. Eimir mengangguk.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now