Bab 30

2.1K 70 11
                                    

Bab 30

"Ke-kenapa abang buat Mika macam ni abang... Kenapa!" Hazfan mula meraung pada Farhan. Kaki dan tangannya masih rapi diikat.

"Mika tahu kan cemburu abang macam mana. Abang cuba untuk lepaskan Mika, tapi bila abang fikir balik. Abang hanya ada Mika dalam hidup abang. Jadi abang tak akan lepaskan Mika, sayang..." ucap Farhan sambil mengusap lembut pipi Hazfan.

...............

Hazreel masih lagi mendail nombor telefon Hazfan namun masih tak ada panggilan. Dia sedang berdiri membelakangkan Rizwan yang terlantar di katil hospital. Airil pula setia menemani di sebelah Rizwan sambil memengang erat tangannya.

"Rizwan tak sedar lagi ke?" tanya Hazreel di sisinya.

"Belum lagi. Mungkin dia terkejut sebab semua jadi dekat dia," balas Airil semula.

"Sekarang ni, maklumat semua ada dekat Rizwan. Kena tunggu dia sedar je." Airil menangguk setuju dengan pernyataan Hazreel.

..................

Farhan mendail nombor yang tak dikenali. Lantas dia membuat panggilan.

"Hello, budak tu ada dekat hospital tu ke?" soal Farhan pada dia.

"Ye, dia masih di sini. Masih terlantar."

"Budak tu dah tau banyak maklumat, aku nak kau tarik nyawa dia tanpa syak orang lain faham!" arah Farhan.

"Faham..." Seketika panggilan dimatikan dengan segera.

Farhan dengan perlahan memadang ke arah Hazfan yang masih lagi diikat. Badannya basah akibat panas. Peluhnya mula mengalir ke pipi. Makanan juga belum sempat dia menjamah.

"Sayang duduk sini kejap, abang keluar beli makanan untuk Mika. Okay? Mika duduk sini kejap..." Farhan mula menghilangkan dirinya dari padangan mata Hazfan.

.................

Tersenguk-senguk Hazreel menahan mata dari tertidur menunggu Rizwan sedar. Airil pula masih lagi disebelahnya.

"Eh, esok kau kelas takpe ke kau tunggu sini?" soal Hazreel sebab mereka berdua sebagai seorang guru perlu laksanakan tugas masing-masing.

"Esok dengan lusa aku dah mintak mc, alhamdulillah la Encik Mail tu bagi mc. Kau jelah kene pergi kelas," ujar Airil lagi.

"Takpe bro aku faham. Aku gerak dulu la, kalau Rizwan dah bangun, call aku," kata Hazreel sambil membuat gaya telefon. Airil mengangguk faham.

...........

Hazreel menekan punat kereta lalu masuk ke dalam. Enjin keretanya dihidupkan. Seketika dia mengeluh.

"Abang harap sangat tak ada apa-apa yang jadi dekat Mika. Mintak tolong sangat-sangat." Selepas itu, dia memulakan pemanduan untuk pulang.

Langit malam mula dihiasi dengan lampu-lampu jalan. Muzik di cawang radio diperkuatkan supaya Hazreel tidak mengantuk semasa penanduan. Ketika dalam pemanduan, entah tiba-tiba kereta dari belakang pecut memotong keretanya.

Segera Hazreel mengelak dari terlanggar dan terbabas.

"Bodohlah, tak reti bawak kereta ke sial," marah Hazreel. Dan tiba-tiba kereta itu brek secara mengejut, dan lantas Hazreel segera menekan brek.

"Fxck la siapa yang bawak kereta ni!" Hazreel malas untuk basa basi, terus dia masukkan gear dan laju memotong kereta dihadapannya. Orang gila je bawak kereta macam tadi.

Setelah beberapa minit memandu, muncul kereta tadi semula memotong Hazreel dan tiba-tiba kereta tersebut mula bergesel dengan kereta miliknya. Hazreel mula hilang kawalan.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now