Bab 27

2.3K 71 20
                                    

Bab 27

Ketika mereka sedang membeli belah di mall, tiba-tiba Hazfan mendapat panggilan dari Farhan. Terus dia gesek ikon hijau.

"Hello? Ye abang," sapa Hazfan pada Farhan.

"Mika dekat mana? Dari semalam abang tunggu Mika balik. Mika pergi mana?" soal Farhan pada dia lagi.

Ketika itu juga Hazfan sempat menjeling ke arah Hazreel. Na mpak jelas riak wajah Hazreel yang tidak puas hati. Bibirnya dikemam, keningnya diangkat. Kedua-dua tanganya disilangkan. Namun, Hazfan langsung tak endahkan dia.

"Mika ada kat mall. Takpe nanti balik Mika cerita semua. Mika pergi dulu," jawap Hazfan dengan pantas.

"Hmm, ye lah. Elok-elok," balas Farhan semula.

"Bye!"

TUT. panggilan dimatikan. Hazfan meletakkan semula telefonnya di dalam poket. Ketika hendak mula berjalan, dia perasan bahawa Hazreel tidak mengikuti dia.

"Abang kenapa ni?" soalan Hazfan tidak dijawap, malah Hazreel langsung tidak memandang dia.

"Abang janganlah macamni..." pujuk Hazfan lagi. Sensitif pulak lepas dah bersama ni.

"Mika tahu kan abang tak suka dengan Farhan."

"Abang. Mika dengan Abang Farhan tu takde apa-apa pun lah. Mika anggap dia macam abang Mika sendiri," jelas Hazfan lagi tapi Hazreel masih tak nak percaya.

"Mula-mula abang, lama-lama suka." Lah mamat ni, siapa yang dah berumur sekarang ni. Umur dah masuk 28 tahun. Merajuk macam umur 7 tahun.

"Abang. Kalau abang nak Mika percaya abang. Abang kena percaya Mika jugak." Lepas kata-kata itu, Hazreel mula menurunkan egonya.

"Sorry sayang..."

"Hmm, tak pe. Mika faham. Orang yang berumur depan Mika ni sensitif sikit." Lantas mereka tertawa sedikit. Tiba-tiba, telefon Hazreel pula berbunyi.

Tertera nama Eimir pada skrin telefon dia. Terus dia memandang Hazfan dan mereka berdua saling bertatapan. Kening Hazfan dinaikan, lantas Hazreel mengangkat panggilan tersebut.

"Hello, Eimir."

"Abang. Abang dekat mana? Eimir rindu abang."

"Abang kat luar lah, Eimir. Eimir kenapa?" Hazreel cuba mengerling ke arah Hazfan. Kalini Hazfan pula buat perkara yang sama seperti Hazreel buat tadi. Mula terasa berdebar di dalam dada Hazreel, bahawa Hazfan akan memarahi dia selepas panggilan dimatikan.

"Eimir nak ajak abang pergi jalan-jalan."

"Sorry Eimir, abang sibuk ni. Abang pergi dulu." Terus panggilan Eimir dimatikan. Hazreel terus berpusing ke arah Hazfan.

"Sorry Eimir, abang sibuk ni. Abang pergi dulu." Hazfan cuba mengajuk percakapan Hazreel tadi.

"Ouh, dia buat boleh, orang buat tak boleh!" Hazfan mula menyakat Hazreel.

"Bukan macam Mika, abang..."

"Boleh pulak ber 'abang' 'abang' dengan Eimir tu?!"

"Sayang, jangan macam ni please..." Hazreel mula mengetahui kesalahannya. Sedaya upaya Hazreel memujuk kekasihnya.

"Ouh mula-mula Eimir, lama-lama sayang la, baby lah!"

"Mika, jangan macam ni. Abang takut." Hazreel mengenggam tangannya. Takut jikalau Hasfan akan mengamuk dan tinggalkan dia lagi.

"Amacam Mika bila marah. Takut tak?" Hazfan tiba-tiba tersenyum sambil memandang Hazreel. Hampir hilang separuh nyawa Hazreel bila melihat Hazfan marah tadi.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now