Bab 26

2.3K 81 26
                                    

Bab 26

Hazfan membuka matanya. Tengok di luar, matahari sudah terbit. Empuk katil yang dia baring. Selalunya kalau tidur, esok mesti sakit pingang. Dia mula mengeliat. Masih lagi mamai dengan katil lembutnya, segera dia mengiring ke kiri.

Terasa badannya dipeluk seseorang.

"ARGH!!!"

"ARGH! MIKA KENAPA! PENCURI KE?!" Disebabkan jeritan Hazfan, dengan-dengan Hazreel terkejut. Bantal yang Hazfan baring selama ni, bantal lengan milik Hazreel. Di tendang Hazreel hingga jatuh dari lantai.

Terus diselubungkan badanya dengan selimut.

"Cikgu buat apa kat saya!"

"Aduh, Mika kenapa ni?!" aduh Hazreel akibat ditendang Hazfan. Hazfan masih belum faham, dia memerhatikan sekelilingnya.

"Kenapa kita boleh ada dalam bilik ni? Kita dekat mana ni?! Cikgu buat apa kat saya!" soal Hazfan dengan cuak.

"Mika. First, Mika still pakai baju. Second, ni hotel. Last, abang tak buat apa-apa pun." Dipereksa badannya. Betul dia masih berpakaian. Syukur yang daranya masih belum diambil.

"Ha-Habistu. Kenapa cikgu peluk saya!"

"Eh-Eh. Malam tadi dia yang sedap peluk kita. Sambil bantal pun guna lengan kita," jawap Hazreel yang masih terduduk di bawah.

"Mana ada!" Hazfan masih lagi menafikan.

"Memang la Mika tak tau, Mika tidur masa tu. Mika tak sedar. Sedap peluk masa tidur. Abang je tak boleh tidur kena jaga nafsu." Segera Hazreel bangun dari lantai.

Dengan seluar pendek milik Hazreel, Hazfan secara tak sengaja tertacap pada 'morning wood' dia. Terimbau juga kali pertama dia tersentuh cendawan Hazreel masa zaman sekolah dahulu. Dia yang memakai singlet juga seluar pendek menarik Hazfan melihatnya.

Hazreel yang ternampak Hazfan memandangnya terus tersengih.

"Tengok apa tu?" Wajah Hazfan kian memerah. Lantas dia membalingkan bantal pada Hazreel.

"Aduh!" Tapi nasib Hazreel sempat menangkap ia.

"Kenapa tak pakai seluar!" Hazfan menekup mukanya mengelakkan matanya tengok sekali lagi.

"Lah, semalam okay je?"

"Abang, semalam saya tak ingat apa-apa!" Terkeluar gelaran 'abang' dari mulut Hazfan membuatkan Hazreel terkesima.

"Abang?..." Hazfan tersedar dari kesilapannya.  Perlahan Hazreel cuba naik ke katil.

"Abang eh, Mika?" Dengan segala kekuatan yang ada, Hazfan segera berdiri mendekati Hazreel lalu menolaknya keluar dari bilik.

"Abang keluar! Tak! Cikgu. Cikgu keluar. Mika nak mandi. Tak. Saya nak mandi!" Tersasul-sasul mulut Hazfan. Dengan kudratnya menolak Hazreel, namun Hazreel menahan lalu berpusing menghadapnya.

"Mandi sama-samalah." Sekali lagi Hazreel berjenaka dengannya.

"Takde. Keluar!" Ditolak Hazreel keluar lalu Hazfan segera menutup pintu. Hazreel pula dengan wajahnya nakal terus memulas tombol. Namun dia terlambat kerana Hazfan mengunci pintu.

"Mika, bukak pintu sayang... Sayang!" Hazreel mula ketawa. Tak tau dah gila atau dirinya terasa bahagia semula. Dia sandarkan dirinya di pintu. Gelak tawanya masih belum hilang.

"Siapa Sayang!" Tiba-tiba jeritan Hazfan di belakang pintu kedengaran.

"Mika sayang abang tak ni?" Hazreel berkata di belakang pintu, namun Hazfan masih mendengar suaranya. Hazfan juga turut membelakangi pintu tersebut.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now