Bab 13

3.1K 114 4
                                    

Hazfan POV

"Cukup fotogenik tak tempat ni?" soal Rizwan setelah kami tiba di destinasi berikutnya. Ikutkan sajalah kemana aku ni nak pergi. Lagipun aku jarang sama sekali keluar. Yela duduk dengan 'Ayah' aku tu, hmm setahun sekali pun belum tentu dapat. Bukan setahun, 5 tahun sekali pun belum tentu

"Bolehlah, asal ada. Eimir kau okay tak?" tanya aku pada Eimir. Dia kelihatan letih betul. Introvert la katakan. Cepat penat kalau guna semua tenaga yang dia ada, kene cas la bila balik nanti.

"Lepas tangkap-tangkap gambar kat sini kita balik la ehh?!" pujuk aku sambil belaga pipi denganya.

"Boleh eh?" tanya aku sekali lagi untuk dapat kepastian dia...

"Uhm yelah..."

"Dan sekarang... JOM TANGKAP GAMBAR!"

"Wei kejap!"

"Eh!"

Aku terus menarik tangan Eimir dan Rizwan dibawa ke merata tempat yang sesuai untuk dijadikan sebagai memori. Lepas satu-satu gambar yang diambil.

Sedang aku sibuk ber 'posing' dan cameraman aku si Rizwan, sekali lagi Eimir ternampak kelibat cikgu Hazreel dengan cikgu Airil. Sekilas saja pandang lepastu hilang. Aku yang nampak dia pelik, terus bertanya.

"Kau ni okay tak Eimir?"

"Tadi aku rasa, aku nampak cikgu Haz dengan cikgu Airil. Kat sana," tunjuk Eimir ke arah yang dia nampak mereka. Kepala aku turut tertoleh sekali. Namun apa yang aku nampak cuma dua orang couple sedang berpegangan tangan.

"Tak ada pun. Kau penat sangat kot ni..."

"Tak betul ada kat sana!" pintas Eimir yang dia yakin dia nampak mereka berdua. Aku terus membawa dia pergi minum, penat sangat la tu. Sedang kami berjalan, sekali lagi aku terlanggar orang.

"Ya Allah, sorry!"

"Eh, takpe-takpe. Lah, Mika rupanya." Ah sudah jumpa lagi dengan dia ni. Terus pandangan aku alihkan ke arah lain. Keras betul badan dia ni.

"Macam dah jodoh pulak kan. Dulu jumpa pun Mika langgar abang. Dekat sekolah pun Mika langgar abang. Kat sini pun sama," celoteh dia sambil menghamburkan gelak ketawa.

"Abang?" soal Eimir pada aku. Aku terus mengelengkan kepala.

"Dia yang bahasakan diri dia 'abang' bukan aku..." jelas aku pada Eimir. Eimir hanya meng'oh'kan saja.

"Bukan cikgu kata nak gerak balik ke?" tanya Rizwan pula.

"Memang nak gerak balik, tapi macam tak jadi. Dah cuti kan, takkan nak duduk rumah je," pintas Airil memberi jawapan. Kami bersembang-sembang buat sementara waktu. Hazreel pula tak lekang senyuman dari wajahnya.

Matahari yang panas mula redup ditutupi awan. Mendung saja cuaca hari ini, tak gelap tak panas. Banyak picisan picisan gambar telah diambil disimpan sebagai kenangan. Yang sorang cikgu tu pulak sibuk je nak masuk sekali.

"Mika jom tangkap gambar berdua jom!" Panggil Si dia. Ketika itu aku sedang berehat dengan Rizwan sambil minum air. Aku menolak permintaannya sebab aku dah penat. Kesian cikgu Airil kene jadi camera man buat sementara waktu.

"Eimir jom tangkap gambar dengan cikgu!" Eimir menyahut panggilan cikgu, terus berdiri di sebelahnya.

Normal POV

Hazfan ketika itu tak lekang dari menjeling mereka berdua dari jauh. Tak tau apa yang dirasakan oleh dia saat ini. Air kotak yang disedut olehnya kemik, diremukannya lagi kotak kosong itu. Rizwan memerhati saja tingkah laku Hazfan.

"Kau kenapa gila, sedut kotak macam sedut nyawa orang. Apahal?" Hazfan yang terleka kembali ke alam nyata.

"Kenapa apa?" soal Hazfan semula.

"Kau tak jealous ke?"

"Jealous kenapa pulak?"

"Tu." Rizwan menjuih bibirnya kepada mereka bertiga yang sibuk dengan gelak ketawa. Apa yang digelak sangat tak tau la.

"Takdelah. Biarlah diorang nak happy happy." Secara tak sengaja Hazfan menjugilkan mata pada mereka. Rizwan tahu yang Hazfan menipu cuma dia tak nak masuk campur dalam urusan ini.

"Eighh! Jom lah balik! Takde mood lah!" Tak semena-mena Hazfan naik berang. Terus ditinggalkan Rizwan seorang diri.

"Oi, Hazfan!"

.................

"Kami gerak dulu la cikgu. Macam dah lambat sangat dah ni," ucap Rizwan sebelum meminta diri. Hazfan dari tadi diam tak bercakap. Eimir pula tak hilang senyuman dari wajahnya.

Pening kepala Rizwan memikir pasal diorang ni lah. Complicated betul cinta diorang ni.

..................

Selang beberapa hari selepas kejadian itu, hubungan Hazfan dan Hazreel tidak seperti dulu. Hazfan cuba elak untuk bertemu atau bertentang mata dengan Hazreel. Tapi Hazreel sebagai cikgu yang mengajar dia buat dia tak boleh larikan diri.

"Seperti yang sedia maklum, kita akan adakan peperiksaan minggu hadapan. Siapakan diri untuk ujian akan datang... semua boleh bersurai," ucap Hazreel kepada anak didiknya. Mereka mengemas barang-barang dan sedia untuk pulang.

"Study sama-sama macam biasa?" tanya Rizwan pada Hazfan. Hazfan mengangguk, itulah perkara yang biasa mereka buat apabila ada ujian akan datang. Ketika Hazfan dan Rizwan mahu beredar. Eimir datang ke meja Hazreel.

"Cikgu, terima kasih untuk harini. Saya janji dengan cikgu, saya akan dapat nombor 1 dalam ujian akan datang," ujar Eimir dengan penuh yakin.

"Kalau dapat nombor 1, cikgu ada bagi hadiah tak?" Soal dia lagi.

"Ermm, macam ada, tapi Eimir kenalah dapat nombor 1. Jangan bagi orang lain." Hazfan melihat dari jauh mereka berdua dari jauh. Tertanya-tanya juga dia, habistu selamani kenapa Hazreel beri ayat-ayat manis pada dirinya.

"Rizwan..." panggil Hazfan. Rizwan menoleh kearahnya.

"Aku nak study sendiri je..." Terus ditinggalkan Rizwan berseorangan. Agak terkejut jugak melihat Hazfan sebegitu. Dia kalihkan semula pandangan nya terhadap dua orang itu. Pelik dia lihat perangai Hazreel.

'Apa yang dia cuba nak buat sebenarnya.' bisik hati kecik Rizwan.

Bersambung....

Ps : Maaf pada mereka yang menunggu. Tahu agak lama diam. Jangan risau cerita ni memang takkan tergantung. Cuma update nya la yang lambat. Terima kasih kepada yang Vote. Bertambah terima kasih kepada yang komen. Maaf tak sempat nak reply.

Sebab sekarang DOM masih busy dengan pembelajaran. Sebelum tu, DOM nak ucapkan selamat menyambut ibadah puasa😊

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now