bab 5

3.9K 137 10
                                    

Bab 5

Mika tercungap-tercungap mengambil nafas. Harap tak jumpa dengan cikgu tu lagi. Tapi betul ke dia cikgu. Selama aku sekolah ni tak pernah nampak pun.  Mungkin dia baru je kot masuk memandangkan aku yang jarang datang sekolah.

"Afan!"

"Mak kau!" luruh jantung Mika apabila rakannya Rizwan mengejutkan dia dari belakang. Terkekeh-kekeh rakannya menahan ketawa melihat reaksi Mika tadi.

"Ish, kau ni. Terkejut aku!" marah Mika semula pada rakan-rakannya itu.

"Sorrylah, macam tak biasa. Kau kenapa tercungap-tercungap semacam je ni?" soal Rizwan di hadapan mejanya.

Rizwan Yahya atau dipanggil Rizwan merupakan rakan baik Mika semenjak dari tingkatan satu lagi. Bentuk badannya yang sempurna dan kulitnya yang bertona hitam manis menunjukkan lagi maskulin seorang lelaki. Manakan tidak atlet sekolah katakan.

Rupa? Jangan cakap. Dekat sekolah ni kebanyakkan lelaki kat sini berupa dan sedap dipandang. Cuma perangai je perlu diubah sedikit.

"Takdelah. Buatnya aku heart attack. Kau nak tanggung?!"

"Eleh, heart attack. Ini heart attack kau!" Rizwan mengapai kepala Mika lalu digosok rambutnya kuat sehingga serabai.

"Apa kau ni!" Rizwan pula tak habis-habis menyakat rakanya itu.

"Rizwan dah la tu. Kesian Afan ni...," ucap Eimir di sebelah Mika.

Eimir ataupun nama penuh Eimir Zydin juga merupakan kawan Mika dari dulu. Mereka baru kenal dua tahun iaitu semenjak tingkatan empat dan masuk tahun ini. Mika tak tahu bagaimana mereka boleh berkawan, tapi disebabkan sikap polos Eimir, dia sering dipinggirkan oleh rakan lain.

Dia dari keluarga yang berada, padanlah dengan namanya yang unik dan jarang didengar orang. Rupanya yang comel juga menjadi tarikan orang ramai. Wajahnya setanding dengan wajah Mika, tetapi mereka berdua mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

"Tah kau ni! Cubalah berhati mulia macam Si Eimir ni!" bentak Mika pada Rizwan.

"Macam tak tahu perangai aku macam mana." Rizwan cuba membangkang kata-kata Mika tadi. Sedar tidak sedar, cikgu kimia mereka sudah tiba. Mereka mengambil tempat duduk segera dan pembelajaran kelas bermula seperti biasa.

........

Dalam kelas, Mika tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya. Dia asyik teringat tentang mamat tadi yang dilanggar dia.

'Haritu aku curah air sabun dekat dia. Harini aku langgar dia lagi. Apa tak kena dengan nasib aku?' bisik dia dalam hati. Bila difikirkan kembali kejadian tadi, boleh buat aku gila.

Dia melihat tapak tangan kirinya. Tangan yang tak sengaja mendarat di bawah pusat cikgunya itu. Tak sangka pulak dia, mamat yang dia langgar haritu ialah cikgu dia sendiri.

Mika meramas rambutnya kasar. Penat asyik berfikir kejadian tadi. Sampai tak sedar gurunya melihat dia.

"Hazfan? Kamu dengar ke tidak apa yang saya ajar ni?" Segera Mika berdiri dan meminta maaf kepada cikgunya itu.

"Maafkan saya cikgu. Sa-saya sakit kepala sikit..." Mika cuba buat alasan sendiri untuk lepas dari kesalahan. Tak sangka cikgu percaya dan menyuruh dia mencuci muka.

..........

"Urgh!" Mika membenamkan mukanya ke meja. Tak dapat fokus dia dalam kelas tadi. Sekarang waktu pertukaran kelas.

"Kau okey ke tak ni?!" tanya Rizwan lantas meletakkan tapak tangannya ke dahi Mika.

"Nak kata demam tak demam. Kau asal ni?" soal Rizwan serius.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now