Bab 29

1.9K 71 6
                                    

Bab 29

Hazreel dan Airil terus memecut laju sehingga ke rumah sewa milik Hazfan. Hazreel tidak kesah langsung akan kereta lain. Ini kalau ada lampu merah, memang terus dilanggarnya.

"Jangan bawak laju-laju gila. Aku nak hidup lama!" marah Airil di sisinya. Airil yang sudah memakai tali pingang pun boleh gerun dengan cara Hazreel bawak kereta.

"Aku call dia tak dapat wei. Telefon dia mati!"

"Kau rileks je dah lah! Maybe phone dia habis bateri. We don't know? Kan?" kata-kata Airil membuatkan Hazreel sedar yang dia terlalu risaukan Hazfan.

Ada betulnya jugak, mungkin diorang tak apa-apa, cuma Hazreel saja yang berlebih-lebih. Perlahan dia melepaskan pedal minyak.

..............

Sampai saja di rumah sewa milik Hazfan, Hazreel melepaskan tali pinggang keledar dan kelam-kabut dia membuka pintu kereta. Dengan wajahnya risau, segera dia melaungkan nama Hazfan dari luar.

Airil yang dari dalam kereta melihat saja gelagat temannya. Ada kala dia juga cuba mendail nombor Rizwan namun masih tidak diangkat.

"MIKA... MIKA..." Namun masih tidak berbalas. Sekali lagi dia mendail nombor Hazfan, badannya mula berpeluh akibat bahang matahari. Dia mula membuka butang lengan dan menariknya ke atas.  Panggilannya tidak terjawap. Sedikit lagi Hazreel ingin menghempaskan telefonnya, namun dia perlu bersabar.

"Hazreel!" panggil Airil dari dalam kereta.

"Apa?!"

"Aku rasa diorang dekat cafe dak Si Rizwan," kata Airil sambil menunjukkan GPS kedudukan Rizwan dalam telefonnya. Bergegas Hazreel masuk ke dalam perut kereta lalu memecut laju ke sana.

...............

"Sayang!" Hazreel terus menerjah masuk ke dalam cafe memanggil Hazfan. Diikuti oleh Airil di belakangnya. Hazreel memantau keadaan sekeliling, kelibat mereka berdua tiada.

"Kau kata diorang ada dekat sini?" soal Hazreel selepas tidak nampak bayang mereka berdua.

"Ada ni ha. Gps yang bawak kat sini. Telefon Rizwan ada dekat sini, maksudnya diorang kat sini la." Airil mengikuti Gps tersebut sehingga terjumpa telefon Rizwan di atas lantai.

Segera dia mengutip telefon tersebut. Menyedari perkara yang terjadi, mereka berdua tahu Hazfan dan Rizwan dalam bahaya.

"Rizwan! Rizwan!" Airil segera memanggil nama Rizwan. Berlari dia ke tingkat atas meluru mencari kekasihnya.

....................

Mata Rizwan mula terbuka, tersedar dari pengsan akibat suasana di sekitarnya mula panas. Bajunya sudah mula berpeluh sehingga menampakkan tompokan pada baju. Dia tersedar dengan keadaan kedua-dua tangannya diikat ke belakang. Malah kakinya juga diikat dengan tali.

Mulut nya ditampal dengan salotape juga dibalut dengan kain. Anak matanya mula membesar, sudah tidak tahu di mana diri dia sebenarnya. Bilik yang kecil dan usang. Ada sedikit cahaya matahari masuk menerangi bilik kecil itu.

"EMMM!!!" Jeritnya sekuat hati namun apakan daya, mulutnya masih ditutup.

"EMMM!! EMMMM!!" Sekali lagi Rizwan menjerit sekuat hati. Kalau boleh sambil keluar anak tekak sekali. Dia cuba untuk bertenang. Nafasnya mula diatur semula. Dia cuba untuk berdiri dengan menyandarkan badannya pada dinding.

Setelah itu dia melompat sehingga ke arah pintu, lalu menghentakkan badannya ke arah pintu tersebut sambil menjerit.

.............

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now