Bab 11

3.3K 142 12
                                    

Bab 11

Hazreel POV

"Amacam kau dengan budak Hazfan tu?" soal Airil sambil duduk di atas sofa rumah milik rakan baiknya. Harini cuti sekolah, takde apa nak buat. Sebagai orang bujang lepak ajelah yang mampu.

"Yang kau nak ambik tahu kenapa? Jealous sebab takde partner?" perli aku padanya semula. Wajahnya sudah mula berkerut seribu.

"Takde maknanya gila nak jealous bagai. Lagipun kau dengan dia bukan official lagi pun, setakat suap menyuap, aku pun boleh buat...," balas Airil semula sambil menunjukkan rasa bongkak.

"Ouh, berlagak. Aku tahu lepas aku dengan Hazfan official, kau mesti dah ada partner. Amacam? Deal?"

"Deal! Ini Airil ni bos! HAHAHA. Tak sekarang ni macam mana hubungan kau dengan dia?" soal Airil semula kerana syak wasangka.

"Sekarang... dia selesa dengan aku, aku selesa dengan dia. Asal kau tanya?"

"Takdelah, aku ingat kau dah bagitahu dia hal sebenar. Nak tau gak lah reaction budak tu macam mana. Kalau kau bagitahu dia yang kau suka dia, macam mana reaction budak tu?"

"Kau jangan buat seram aku."

"Takdelah. Kalau aku jadi budak tu mungkin aku dah tak cakap dengan kau." Aku terus memandang wajah Airil. Airil pula sebelah engangkat keningnya tambahkan pula dengan wajah yang tersengih.

"Kalau kau nak menyakat aku, jangan topik ni la gila!" Aku terus baling bantal sofa padanya. Dia pula terus ketawa terbahak-bahak.

............

Hazfan POV

"Wei, jom gi wayang. Bosan siot harini. Nak tak?" soal Rizwan padaku. Eimir di sebelah hanya mengangguk. Sekarang kami berada di rumah Rizwan

"Korang dua ni biar betul? Salah orang kau tanya ni. Aku mana ada duit gila." bantah aku menolak pelawaan mereka.

"Kau ingat aku hamak sangat ke dengan duit kau tu? Kau ingat aku miskin sangat? Aku ajak kau maksudnya pakai duit aku gila. Simpan duit kau tu!" muncul ayat pedas Rizwan. Muka dia helok tapi mulut pun boleh tahan pedas jugak.

"Ish, apa ni Rizwan cakap kat Hazfan macamtu," marah Eimir padanya.

"Dah tu? Kau ingat aku hadap sangat dengan duit dia? Sekarang korang dua balik, siap. Pukul 2 tepat aku sampai rumah korang," arah Rizwan sambil menghalau kitorang balik.

"Naik apa gila! Kau bawak kereta, jahanam memang aku tak nak naik!"

"Eh, agak-agak la budak bawah umur bawak kereta. Naik driver ayah aku la gila. Dah blah!"

...........

"Korang nak tengok cerita apa nanti?" soal aku pada mereka berdua.

"Saya ikut je. Lagipun takde perancangan apa-apa. Tiba-tiba je keluar," ujar Eimir pula.

"Eih, keluar salah, tak keluar salah. Makan je la dulu, kang baru fikir. Makan cepat!" Aku menyuap nasi goreng kampung yang Rizwan order untuk aku. Untuk pengetahuan semua, kami di medan selera ya, bukan di mamak.

Tiba-tiba Eimir terlihat satu kelibat, kepalanya berpusing mengikut rentak.

"Kau dah kenapa?" sergah aku padanya.

"Tak bukan, tadi nampak macam..."

"Macam apa?" soal Rizwan kemudiannya.

"Hmm, takde papelah." Aku dan Rizwan tidak memberi sebarang reaksi.

...........

"Cerita apa yang best eh? Kau Eimir nak tengok cerita apa?" soal aku pada dia apabila sampai di mesin pembelian tiket.

"Entah la semua macam kurang memberi perhatian je." balas Eimir padaku. Rizwan pula dari tadi main henfon. Sabar je la aku, siapa dapat partner macam dia ni banyakkan bersabar, tapi nasib semua dia belanja.

"Ei, cepatlah pilih!" Sergah Rizwan pada kami berdua.

"Kau sabar sat boleh tak? Cerita dah la tak menarik kau tahu?"

"Aku bayarkan. Apa masalah pilih jela!" Aih mamat ni kang. Suka betul cari pasal.

"Memang la kau bayar, dah tu takkan tengok cerita bosan. Memang aku tido dalam tu nanti seumpama aku tido kat sini lagi bagus...," bebel aku padanya semula. Rizwan tidak mendengar, tapi dia terus menatap telefonnya.

"Tu bukan cikgu ke?" pertanyaan Rizwan membuat aku memandangnya semula. Eimir pula masih khusyuk memilih cerita.

"Mana?" Terjuih mulutnya menunjukkan ke arah Hazreel.

'Haduh, macam mana boleh dia ada dekat sini pulak!!!!'

"Eh? Cikgu!" Jerit Eimir dari jauh memanggil Hazreel.

"Ehh kepala otak kau. Pi panggil dia pasaipa?" marah aku pada Eimir.

"Ehm, sorry..."

Hazreel dan Airil menoleh kepada empunya suara. Senyuman manis terukir apabila melihat mereka bertiga. Tapak kaki cepat menuju ke arah mereka.

"You guys pun ada kat sini?" soal Hazreel pada mereka.

"Haah, saja jalan-jalan. Lagipun bosan duduk rumah," jawap Eimir dengan pertanyaan tadi.

"Ehh, Mika pun ada?" Ya Allah, aku dah habaq jangan guna nama tu, dia pi guna jugak!

"Mika?" Rizwan menoleh ke arah aku. Aku cepat-cepat geleng kepala ke arahnya. Aku tak tahu pape Rizwan! Sumpah aku tak tahu pape!

"You guys nak tengok cerita apa?" tanya Hazreel.

"Uhm kitoran...."

"Kitorang tak jadi nak tengok, sebab takde cerita yang menarik kan? Jom la gi makan kat kedai tu." Belum sempat Eimir menjawap aku dah potong. Terus keluar idea syaitan untuk lari dari mamat ni.

"Hazfan, kan kita datang sini nak tengok wayang. Lepastu kita baru je lepas habis makan tadi." Ya ampun, selenge la pulak kawan aku sorang ni! Dia tak dapat tangkap langsung ke apa yang aku cakap!

"So? You guys nak tengok cerita apa? Why not kita tengok sekali. All on me. Okay?" pelawa Hazreel. Rizwan dan Eimir pastinya mengangguk, aku jela tak berapa nak angguk sangat.

Hazreel dan Airil pun terus menuju ke kaunter pembelian tiket. Beberapa minit kemudian, mereka kembali semula.

"So this is your ticket. Dalam 10 minit lagi movie start. Nak tunggu dalam dulu ke?" Tanya Hazreel.

"Boleh lah tunggu dalam dulu..." balas Rizwan.

"You guys boleh jalan dulu," Hazreel memberi laluan pada kami dan aku yang terakhir di belakang. Sempat dia berbisik di telinga aku.

"Mika duduk sebelah abang ye? Abang jaga Mika...," Tersenyum dia memadang aku. Aku pun balas juga, tapi dalam hati ni penuh dendam kesumat.

Terus ku pijak kakinya dan aku tekan-tekan kuat-kuat. Mampus kau!

"Argh!" aduh Hazreel. Airil terkejut melihat kelakuan aku.

"Terima kasih cikgu!" Terus aku masuk ke dalam pawagam. Hazreel masih lagi mengurut kakinya yang baru lepas kene pijak.

"Kau ni, suka orang ke suka harimau. Garang semacam aku tengok," tanya Airil disebelah Hazreel.

"Sakit do dia pijak. Main-main eh sayang...," terus Hazreel jalan masuk walaupun terhinjut-hinjut tinggalkan Airil sendiri.

"Kalau dah suka, semua bedalnya." Geleng kepala Airil melihat sahabatnya itu.

Bersambung....

Ps: Vote la kalau menarik!!



Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now