Bab 31

3.1K 74 18
                                    

Bab 31

Mahu luluh jantung Hazfan melihat wajah kesayangannya pula yang terdampar di katil hospital. Selepas siasatan, disahkan bahawa Hazreel kemalangan dan mendapat kecederaan di kepala akibat terhantuk pada stereng kereta.

Bahagian badan yang lain masih selamat akibat dia memakai tali pinggang keledar. Namun, punca kemalangan masih tidak diketahui. Keretanya hanya remuk di bahagian depan.

"Hazfan kuatkan semangat. Hazreel takkan apa-apa. Semuanya akan baik-baik je," nasihat Airil pada Hazfan. Hazfan yang dari tadi tersedu-sedu mula mengatur nafas semula.

"Rizwan macam mana pulak? Dia dah sedar ke?" Dua orang yang dia sayang, dua-dua terdampar di hospital, siapa lagi akan hilang dalam hidup dia kalini

"Rizwan tak apa-apa. Polis dah ambil tindakan pada pengurusan hospital. Sekarang semuanya selamat. Kita doakan diorang semua okay," lembut suara Airil menenangkan Hazfan.

............

5 hari sudah berlalu, Rizwan sudah pulih seperti sedia kala. Sihat walafiat la katakan. Sekarang mereka berdua di Starbucks. Beli air, rehat-rehat. Bila fikir balik kejadian yang diorang timpa ni, dah boleh buat satu novel.

Bahkan mereka pun tak sangka perkara seteruk itu boleh jadi dalam hidup mereka.

"Ye, nak order apa?" tanya salah seorang pekerja di kaunter Starbuck.

"Amik Green Tea Cream Frappucino Venti Tambah Caramel Upside Down & Frappe Chips  satu. Kau pulak nak apa?" soal Hazfan selepas dia memesan minuman.

"Ahh, amik Caramel Cream Frappucino Grande Tambah Hazelnut Syrup , Chocolate Chips & Extra Caramel Drizzle satu." Pekerja itu mengangguk.

"Itu saja? Semuanya RM37.50. Nak letak nama apa ye?"

"Letak je Abu dengan Atan," ujar Rizwan berseloroh.

"Oi, tak semengah." Pekerja itu tersenggih lalu ikut saja apa yang disuruh. Mereka mengambil tempat duduk sementara menunggu.

"Kau sekarang apa jadi dengan Airil. Bahagia nampak?"

"Bahagia la. Dia jaga aku baik punya, siapa je tak cair. Aku yang memang muka jantan ni pun terpukau tengok dia." Dengan bangga Rizwan menceritakan pengalaman dia bersama Airil.

"Hmm ye la, memang kau je pasangan bahagia."

"Abu! Atan!"

"Ha pergi amik!" suruh Airil.

"Eh kau la pergi amik! Letak nama pelik-pelik," marah Hazfan.

"Amik jelah! Banyak pulak bunyi kau!" Bertengkar tak sudah tapi itulah sahabat sampai mati.

..................

Selepas mendapat minuman mereka, mereka kembali ke kereta. Ada jugaklah Hazfan bungkus makanan untuk dibawa balik.

"Banyak makanan kau bungkus. Bawak gi hospital ke?" soal Airil tiba-tiba ingin tahu.

"Haah, dia kat hospital tak nak makan, tak sedap katanya. Nak jugak aku masak, aku lah rajin masak kalau dah duduk sorang-sorang. Lambat lagi lah. Itu aku bungkus ni," terang Hazfan panjang lebar sambil menunjukkan bungkusan makanan pada Rizwan.

"Lepas aku hantar kau kat cafe kau, aku terus pergi hospital lah. Airil kat cafe kan?" sambung Hazfan lagi.

"Haah, dia ada sana." Terus Hazfan menghidupkan enjin kenderaan dan bertolak ke Cafe RiA.

Cafe baru Rizwan dah bukak. Masa Rizwan tak sedarkan diri, Airil ada juga tolong uruskan cafe tu, dalam masa yang sama, dia teruskan pekerjaan dia sebagai pengajar dan dia jugak yang jaga Rizwan. Banyak betul jasa laki dia ni.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now