Bab 3

4.3K 117 6
                                    

Bab 3

Mika POV

Cepat-cepat aku berlari balik ke rumah semula. Malu pula bila teringatkan kembali kejadian tadi. Banyak persoalan yang timbul dalam fikiranku, macam... siapa lelaki tadi. Gaya dia terlampau sempurna. Eh, kenapa aku nak kena fikir pasal mamat tu pulak.

Aku perlahan rentakku. Penat berlari. Walaupun badan aku fit, tak bermakna aku boleh lari dengan jangka masa lama. Badan aku jadi macam ni semua sebab hasil berkerja. Sampai di perhentian bas, aku duduk sementara.

Malas rasanya nak balik rumah. Kalau aku balik, mesti Si Syaitan tu jadi penunggu tunggu aku balik. Aku ramas rambut aku kasar. Sungguh aku tak mahu balik rumah. Bilalah ayah tiri aku tu nak pergi dari rumah tu...

Aku meneruskan perjalanan aku semula. Penat tapak kaki ni berjalan, kadang aku terfikir. Kenapa aku tolak pelawaan lelaki tadi? Haih~. Mengeleuh sekarang pun tiada guna. Nasi sudah jadi bubur. 
Terhinjut-hinjut aku berjalan dan kini aku sudah tiba di rumah. Rumah aku macam rumah kampung. Ye, lebih kepada rumah papan dan berkayu.

Pintu rumah tutup, tingkap pun tutup. Motor dia pun takda. Dia dah keluar? Yes! Cepat-cepat aku berlari masuk dalam rumah dan menuju ke bilik. Aku mencapai kotak simpanan aku yang selama ni aku simpan secara senyap-senyap. Kalau bapak tiri aku tahu, habis semua duit ni.

Tiba-tiba, pintu bilik aku ditendang. Aku terkejut lalu dengan pantas aku menyembunyikan kotak simpanan aku di bawah katil. Susuk tubuh ayah tiri aku, Yusuf betul-betul dihadapan pintu. Dengan mukanya yang mencuka. Keningnya dikerutkan sehingga menampakkan urat dahi. Giginya diketap menahan amarah.

Terus dia menuju ke arah aku dan mengengam pengelangan tangan aku dengan kuat.

"Kau pergi mana tadi!" jerkah dia padaku. Tangannya masih mengengam tanganku. Semakin lama semakin kuat gengam dia.

"Sa-Sakit, yah...." Aku cuba untuk melepaskan diri tapi kekuatan aku tak setanding dia. Rambut aku pula ditarik kasar.

"Aku tanya kau pergi mana tadi! Duit aku mana! Aku nak duit aku!" Wajahnya kian merah. Dia cuba tahan supaya tidak meletus.

"M-Mika takda duit, yah. M-Mika tak ada duit...," ucap aku dengan terketar-ketar. Takut kalau sesuatu jadi pada aku.

"Kau dah pandai menipu sekarang.... Pandai kau menipu aku kan!" ucap dia dengan persis psiko. Dia mula mengusap seluruh wajahku. Air mata yang aku tahan, kini mula jatuh.

"Takut?" soal dia seakan-akan risau terhadap aku. Aku mengangguk kepala. Senyuman sinis dia beri.

"Aku benci dengan orang penipu!" Dia tarik rambut aku sehingga ke ruang tamu. Aku hanya mampu untuk mengaduh kesakitan.

"Yah, tolong yah! Mika tak buat lagi yah!" Aku menampar tangan ayah tiri aku sehingga dia lepaskan cengkamannya. Air mata aku galak jatuh mengalir laju melewati pipi. Dia melepaskan cengkamannya. Terus aku melutut, merayu memohon maaf.

Air mata aku jatuh, tak dapat aku tahan lagi. Aku tak kuat untuk hadap semua perkara ni. Tak sempat aku seka. Dia kemudian duduk mencangkung memandang aku. Sekali lagi dia mencengkam pipiku.

"Aku nak duit. Mana semua duit yang kau kerja tu!" tengking dia sekali lagi. Aku cuba melawan dia untuk sekali. Aku menepis kuat tangannya.

"Ayah pegi lah mintak dekat Pakcik Rashidi tu!" bentak aku padanya.

"Sebab aku tak dapat kat dia lah, aku mintak dekat kau, Bodoh!" balas dia kejam pada aku. Sikit pun aku tak nampak belas kasihan dari wajah dia. Keadaan diam untuk seketika.

Dia terus menuju ke bilik aku. Aku dengan cuak pantas mengekori dia. Dia yang masuk bilik aku terus selongkar semua barangan milik aku.

"Orang takda duit yah!" Aku segera mematikan tindak-tanduknya dari menemui kotak simpanan aku tapi semua gagal bila dia jumpa aku sorok bawah katil. Dia buka dan terus mengambil segengam dan mahu dibawa pergi.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now