Bab 17

2.7K 93 26
                                    

Bab 17

"EHHH!" Alamak! Sekujur tubuh yang aku kenal masuk ke dalam bilik ini. Terangkat keningnya bila Hazfan memanggil empunya badan itu 'abang'.

"Kau kenapa tiba-tiba panggil aku abang?" ujar Rizwan selaku kawan baiknya sambil tangan kirinya membawa buah tangan yang diletakkan dalam plastik. 

"Ha?! Mana ada aku cakap 'Ah, Lapar!' ha," nafi Hazfan. Namun sudah terang lagi bersuluh perkataan yang keluar dari mulutnya tadi amatlah berbeza.

Lantas Rizwan mencampakkan buah tangannya tepat pada tangan Hazfan.

"Aduh!"

"Tak payah nak aduh sangatlah. Kau bukan sakit pun. Tu cikgu yang kat bawah tu yang sakit sebab kau tau," marah Rizwan padanya. Ingatkan dia datang sebab nak lawat kawannya namun sebaliknya yang terjadi.

"Apa kau ni! Aku kan tengah tak berapa nak sihat!" Rizwan yang tadinya duduk terus berdiri mengetuk kepala Hazfanm. Tidak sempat pula Hazfan hendak mengelak.

"ADUH! RIZWAN!"

"Aku yang sepatutnya marah kau, kau tahu. Kau ni keras kepala tau tak. Ego. Bila 'si dia' yang dibawah tu, yang tengah masak sup nak bagi kau makan buat baik dengan kau, kau buat apa? Kau ada layan perangai dia? Lepastu kau expect yang dia akan pandang kau? Ha. Cuba-cuba la mulut tu, ni mulut ni cakap 'Terima kasih'," Kata Rizwan sambil mencuba untuk menarik bibir si Hazfan.

"Ha, geram la aku. Lepastu, asal kau tak cakap dengan aku yang bapak kau nak jumpa kau?" tanya Rizwan lagi.

"Mana aku tahu...," belum sempat menghabiskan kata-katanya terus pula Rizwan menyampuk dan mengajuknya.

"Mana aku tahu. Eh! Cikgu dah cerita kat aku yang kau balik ikut jalan lain. Nak menipu aku lagi!" sekali lagi Rizwan menarik mulutnya kerana menipu.

"Tak payah la!"

"Asal diam? Sedar dah salah kau? Ke tak sedar-sedar lagi!"

"Dah-dah aku sedar. Kalau nak orang sayang aku, aku kena sayang orang," ucap Hazfan.

"Ha tau pun," ucap Rizwan sambil mencekak pinggang.

"MIKA!" panggil Hazreel dari bawah berlari ke tingkat atas membawa pelbagai jenis makanan.

"Mika, Mika. Ni abang ada masak sup. Kalau Mika tak makan sup, ni abang ada masak bubur. Pastu, jap air ada kat bawah." Hazreel meletakkan makanan tadi di atas kabinet kecil di sebelah tilam lalu terus berlari turun ke bawah.

Dapat apa yang dicapainya berlari pula dia ke tingkat atas.

"Mika, Mika. Ni abang ada beli susu. Kalau Mika tak minum susu, abang ada buat Milo. Kalau Mika tak minum Milo. Nanti Mika cakap je Mika nak air apa nanti abang belikan." Tercungap-cungap Hazreel mengambil nafas sambil bercakap. Terselah wajah gembiranya namun dia cuba untuk menahan agar tidak nampak kebudak-budakkan.

Rizwan mengangguk pada rakannya lalu perlahan meninggalkan mereka berdua. Perlahan pintu ditutup. Klik!

Hazreel masih lagi tercungap-cungap memandang buah hatinya itu.

"Terima kasih... abang," kata-kata yang ingin Hazreel dengar sejak dulu lagi, ikhlas keluar dari mulut Hazfan. Sebaris gigi putih ditunjukkan di wajahnya

"Sama-sama...
.
.
.
.
.
.
sayang."

............

Ye, selepas kejadian tu hubungan aku dengan cikgu semakin baik. Ada saja perkara yang hendak dibualkan namun di sekolah kami berdua berlagak biasa saja dan pasal ayah aku.... Cikgu dah buat report polis dan mereka sedang jalankan siasatan.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now