Bab 28

2.3K 71 10
                                    

Bab 28

"Mana gambar yang kau dapat?" soal Eimir pada petugasnya yang dia arahkan sebelum ini untuk memerhati gerak-geri Hazfan dan juga Hazreel.

Lantas pekerjanya meletakkan fail coklat di hadapan di atas meja. Eimir baru hendak mengambil nya lalu pekerjanya menghalang.

"Mana duit aku?" tanya dia.

"Nanti aku bagi lah! Kerja tangkap gambar macamni apa je aku boleh dapat? Siapkan kerja kau dulu. Kang aku bagi lah!" terus Eimir merampas fail tersebut. Perbuatannya dibiarkan.

Dibuka benang fail itu. Kemudian, keluarlah gambar-gambar Hazfan dan Hazreel bersama. Berubah terus air muka Eimir.

'Aku dah agak dah yang dia keluar dengan jantan sial ni!' desis hati Eimir. Diletakkan semula gambar tadi di dalam fail.

"Aku ada kerja lagi berat untuk kau," kata Eimir lagi. Namun pekerjanya mengeleng.

"Aku tak terima. Aku nak duit tu ada depan mata aku, baru aku terima." Eimir malas mahu bergaduh. Lantas dia mengeluarkan begnya dan memgambil satu sampul surat.

"Cukup?" dipereksa sampul itu dan kira-kira hampir RM 700 dalam sampul itu.

"Mana cukup 700. Lagi!"

"Kau settle kan kerja kau dulu, baru aku bagi!"

"Hmm, apa tugas dia?"
.
.
.
.
.
.
.
.
"Tamatkan riwayat Hazfan..."

.........................

Farhan menunggu kepulangan Hazfan ke rumah. Lama ditunggu tapi bayang dia tak muncul-muncul. Rindu bini la katakan. Esok lagi dia dah mula interview.

Tiba-tiba satu kereta memakir di pagar rumahnya. Keluar badan Hazfan dari perut kereta. Lantas Farhan mendekati Hazfan menyambut kepulangan dia.

"Baby! Lamanya baru sampai rumah!" Terbuntang mata Hazfan apabila Farhan memanggilnya gelaran baby. Hazreel yang baru keluar dari perut kereta hanya memandang sinis Farhan.

"Abang geram lah dengan pipi Mika!" Terus di gomol-gomol pipi Hazfan seperti budak kecik. Hazfan cuba menolak tapi Farhan tetap melakukannya.

Gengaman tangan Hazreel semakin kuat. Emosi cemburunya semakin meluap-luap. Tapi perlu sabar sebab dia percayakan Hazfan.

"Kenapa Mika tak cakap Mika kat mana? Boleh abang ambil Mika balik." Farhan perasan yang wajah Hazreel sudah berubah sepenuhnya. Dari tersenyum terus menjadi bengis.

"Mika. Mika masuk dalam dulu. Rehat-rehat, mandi apa semua," kata Farhan pada Hazfan.

"Abang tak masuk?" 

"Abang nak cakap sikit dengan Hazreel."

"Abang jangan cakap apa-apa pulak kat dia..." Farhan mengangguk lalu Hazfan mengucapkan terima kasih pada Hazreel dan terus masuk ke dalam rumah. Hilang saja kelibat Hazfan, Farhan berbicara.

"Comel kan Mika tu, dah besar tegap macamtu pun comel." Dengan serta-merta Hazreel mencengkam kolar baju Farhan lantas mengangkat penumbuknya. Farhan hanya tersengih.

"Kalau kau nak Mika, kau jaga emosi kau. Ini baru sikit tau aku manja dengan dia. Itu pun kalau dengan aku, kau dah macam ni? Kalau dengan orang lain aku tak tau apa jadi. Itu kalau Mika tu silap sikit, memang kau la kan jadi kaki pukul dia?" Hazreel terdiam dengan kata-kata tersebut.

Perlahan dia melepaskan kolar baju Farhan. Segera Farhan membetulkan bajunya yang dironyok tadi.

"Kalau kau nak dia, buktikan kat aku yang kau betul boleh jaga dia. Dan ingat satu perkara... Aku masih tak percaya dekat kau!" Segera Farhan berlalu masuk ke dalam rumah.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now