Bab 25

2.1K 76 15
                                    

Bab 25

Malam, 8:41 p.m.

Hazfan POV

Aku menyirup air mangga yang aku order sebentar tadi sementara menunggu makanan sampai. Sama juga dengan Rizwan. Sekarang kami berada di Fiske Steakhouse. Keluar release tension la katakan, lepas jumpa dua orang tadi.

"Lepastu? Cikgu Hazreel buat apa kat kau?" soal Rizwan selepas aku menceritakan kejadian yang terjadi petang tadi.

"Dia takde la kata apa-apa. Lepas aku tampar muka si Eimir tu, takde pulak nak backup ke mamat tu. Tak yang aku peliknya kan. Macam mana dia boleh jumpa aku. Kau ada bagitahu kat Airil eh?" tuduh aku tanpa melulu.

"Eh kau, sedap baik punya mulut. Takdenya memang aku jaga rahsia kau. Yela, Malaysia ni tak besar pun. Kau mula-mula pindah Penang, lepastu tetiba duduk KL pulak. Memang senang la nak cari. Area KL ni memang area diorang kan?" jelas Rizwan padanya semula. Betul gak kan.

"Pastu takkan tu je? Dia tak cakap apa-apa?"

"Siapa?" Soal aku semula.

"Hazreel la. Takkan si Eimir tu," balas Rizwan.

"Takde, dia macam biasa la. Ikut je si Eimir tu. Eimir suruh terjun bangunan dia pun terjun. Baguslah diorang couple." Aku menjugil mata aku ke atas.

"Dia tu tak ada pendirian lah!" omel aku sambil menongkat dagu.

"Lah, yang kau nak risau pasal dia pasal?" Aku tergamam sekejap. Betul jugak kan nak risau pasal dia buat apa.

"Tak lah, aku cakap je. Dari dulu lagi, ikut je apa orang cakap. Dia tu takde lurus bendul. Cuma dia tak lawan dengan pendirian dia." Rizwan menangguk setuju.

"Ni, kau keluar dengan aku ni. Laki kau tau tak kau ke mana?" Rizwan mengeleng.

"Tak. Aku cakap je nak keluar dengan kawan."

"Hmm, baguslah. Ada laki yang memahami."

"Eleh, Farhan tu."

"Eh, Farhan tu abang aku je. Tak lebih dari tu!" Sibuk bersembang makanan pun tiba. Kami menjamu sambil bersembang tentang hal-hal dulu. Banyak jugak la gossip lepas aku tinggal sekolah.

Memang nama aku selalu disebut jahat la, anak laknat la. Tak tahu perangai diorang lagi anak laknat. Tengah-tengah menjamah, Rizwan tersedak dan tersembur.

"Kau makan elok-elok lah gila!" marah aku padanya. Makan macam takde mulut. Lantas dia memengang kepala aku memandang dia.

"Kau jangan pusing belakang!" Membulat dia memandang aku.

"Bodoh orang nampak la!" Aku melepaskan pegangannya tanganya dari kepala aku. Siapa belakang aku. Aku menoleh kepala melihat orang yang Rizwan katakan. Dengan aku-aku tersembur sekali.

"Macam mana laki kau dengan Hazreel boleh makan sini pulak!" Aku terus menyirup air agak mengurangkan rasa tersedak tadi.

"Mana aku tahu!"

..................

Hazreel POV.

Aku baring di atas sofa. Teringat kejadian petang tadi dimana perbalahan Eimir dengan Mika. Aku menyapu muka aku.

'Kau dah ada peluang tapi kau diam tak cakap apa-apa pulak! Tiba-tiba marah dia lagi keluar dengan Farhan. Memang budak tu benci lagi dengan kau lah la!' dengus aku. Marah dengan diri sendiri.

Lepas kejadian tu aku terus hantar Eimir balik rumah sewa dia. Aku balik rumah aku balik. Tunggu Airil tak sampai-sampai lagi. Perut lapar pulak, malam ni makan luar la.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now