Bab 18

2.7K 102 44
                                    

Bab 18

Hazfan POV

Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi, sekolah dalam 7.20. Hmm, sempat kot kalau aku tak lengahkan masa. Aku terus mengapai beg dan kasut disarung.

"Selalu aku nasib malang, entah apa la nasib aku harini. Harapnya semua takkan apa-apa...," omel aku sendiri.

"Senyum Hazfan. Senyum!" Aku menepuk-nepuk pipiku agar rajin untuk memberikan senyuman. Lantas kaki ku bergerak menuju ke sekolah.

.......... 

'Apa hati aku tak sedap je ni...," monolog aku sendiri. Aku terus memengang dada ku. Sejak aku sampai dekat sekolah, rasa semua serba tak kena. Dari pak guard depan tu pun aku dah rasa tak sedap. Apa jadi ni?

Ketika aku melajukan pergerakan ke kelas, makin ramai mata-mata yang memadang. Aku nak ke kelas. Namun...

"Hazfan!" Muncul seseorang dihadapan aku secara tiba-tiba.

"Mak kau terkejut!" Aku mengusap dadaku. Hu semangat. Nasib tak ada sakit jantung. Cikgu Kabir di hadapan ku. Jelas matanya merenung tajam. Cikgu disiplin la katakan. Tapi apa salah aku?

"Pergi bilik pengetua sekarang...," arah dia dengan menyilangkan kedua-dua tangannya.

"Tapi..."

"SE. KA. RANG!" jerkah dia di hadapan muka ku. Gerun sekali terus aku ke bilik guru. Pagi -pagi dah marah-marah. Patut tak kahwin sampai sekarang.

Betul Yang aku jangkakan, hari ni nasib tak baik. Sampai saja di hadapan bilik guru, aku terus mengetuk pintu. Dengar suara dari dalam memanggil aku untuk masuk.

Sejurus pintu di buka, terlihat guru besar, Encik Mail dan di sampingnya Cikgu Kabir. Manakala yang sedang duduk di hadapan mereka berdua, cikgu Hazreel. Terus perlahan aku melangkah masuk.

"Duduk.. " Terus aku nengambil tempat duduk bersebelahan cikgu Hazreel. Aku memadang mukanya lalu kening diangkat menandakan pertanyaan 'kenapa ni?'

Hazreel mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Saya tak nak bercakap banyak. Sekarang ni, gambar kamu berdua dah tersebar luas dalam kawasan sekolah SAHAJA." Serta merta dia memusingkan laptopnya dan terpampang di skrin gambar Hazreel yang sedang menongkat dinding dengan aku di antaranya.

Kecut muka aku juga muka dia. Siapa yang nampak masatu?!

"Jadi ada apa-apa nak cakap?" soal Encik Mail.

"Encik sebenarnya dah salah faham. Kami tak buat apa-apa, masa tu dia nak jatuh dan saya cuba sambut. Itu je Encik...," terang Hazreel pada mereka berdua.

"EH, KAU TAK PAYAH BOHONG LAH! KAU CAKAP JELAH YANG KAU NI SONSANG. SAMA MACAM BUDAK NI! AKU TAK BOLEH TERIMA ORANG SONSANG KAT SEKOLAH NI! JAHANAM LA KAU!"   pekik cikgu Kabir. Dengan telinga-telinga aku sekali bingit. Encik Mail menahan dia dari melepaskan amarah.

"Tapi cikgu, saya dengan cikgu Hazreel memang tak buat apa-apa. Betulah apa yang cikgu explain tadi. Saya nak jatuh dan Cikgu Hazreel sambut. Tak lebih dari tu! Cikgu percayalah!" ternaik oktaf suara aku sedikit.

"Haih~. Dengar. Disebabkan saya ingin menjaga nama baik sekolah, saya perlu ambil tindakan. Sama ada awak, Encik Hazreel diberhentikan kerja atau awak, Hazfan diberhentikan sekolah. Saya tak nak nama saya naik disebabkan oleh tak buat kerja. Saya beri awak berdua masa sehingga esok pagi. Terima kasih dan boleh keluar sekarang...," ujar Encik Mail lalu meneruskan kerjanya semula.

"Encik Hazreel, awak tunggu lepas ni. Hazfan, awak boleh kembali ke kelas," sambungnya lagi. Hazfan cuma mengangguk lalu meminta izin untuk mengundur diri.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now