Bab 22

2.1K 78 21
                                    

Bab 22

Hazfan berjalan menuju ke rumahnya. Sumpah terlalu rindu untuk melihat syurganya. Namun apabila sampai di perkarangan rumah, dia ternampak beberapa buah kereta.

"Siapa tu?" Alih-alih mereka membuka booth lalu mengeluarkan bagasi-bagasi. Hazfan yang hairan lekas menuju ke rumahnya.

"Eh, pakcik buat apa ni? Kenapa bawak barang-barang ni masuk rumah saya?" tanya Hazfan sambil menghalang mereka masuk.

"Eh, tak ini rumah Pakcik," jawap pakcik itu semula.

"Tak! Ini rumah saya! Saya duduk sini! Baik pakcik sekeluarga balik sebelum saya call polis!" bentak Hazfan. Satu-satunya harta yang tinggal dalam hidupnya seharusnya dia jaga sebaik mungkin.

"Macam mana ni bang?" soal isteri pakcik itu.

"Budak ni tak betul agaknya. Eh kau baliklah!" marah pakcik itu semula. Ditariknya tangan Hazfan lalu ditolaknya ke tepi.

Hazfan dengan cepat merangkul tubuh badan lelaki itu supaya tidak dapat bergerak.

"YA ALLAH BUDAK INI!"

"Abang dah la bang!"

"MIKA!" jerit seseorang. Terpaling muka Hazfan mendengar empunya suara tersebut. Farhan lekas turun dari motornya mendapatkan Hazfan.

"Maafkan saya ye encik, puan." ujar Farhan sambil menuduk ke arah mereka berdua.

"Kau jaga budak OKU ni betul-betul. Takdelah menyusahkan orang!" rengus pakcik tadi sambil berbaur sindiran. Sekali lagi Farhan meminta maaf lalu dicapai tangan Hazfan dibawa ke motor. Hazfan memberontak cuba membuatkan Farhan melepaskan tangannya.

"Abang dah cakap jangan keluar rumah kan? Kenapa degil sangat ni? Kenapa tak dengar cakap abang?"

"Abang rumah Mika tu bang!" kata Hazfan sambil menunding ke arah rumahnya.

"Jom balik!" Terus Farhan memakai topi keledarnya. Dia menghiraukan kata-kata Hazfan.

"Abang! Satu-satunya harta yang mak bagi! Rumah tu!" Air mata Hazfan mula bertakung. Sebak baginya disebabkan tinggallan ibunya diambil orang lain.

"Mika, dengar cakap abang. Jom balik."

"TAK NAK!" dengan kuat Hazfan menarik tangannya lalu cepat berlari menuju ke rumahnya semula. Farhan terkejut lalu lekas turun dari motor tanpa menongkat.

"Mika! Itu bukan rumah Mika lagi dah! Rumah tu dah kena jual! Ayah Mika lari dari bayar hutang! Ayah setuju untuk jual rumah ni untuk langsaikan hutang-hutang dia! Sebab tu abang jaga Mika sekarang. So please, dengar cakap abang " Terkedu Hazfan mendengar kata-kata Farhan. Tapi itulah kenyataan. Walaupun perit dia tetap kena telan.

"Habistu barang-barang dalam rumah tu?" tanya Hazfan dengan suara yang serak. Farhan mengelengkan kepalanya tanda semua sudah diambil.

Farhan perlahan mendakap Hazfan erat. Banyak sudah yang dia alami untuk seseorang yang berusia 17 tahun. Dibuang sekolah. Tiada rumah. Tiada ibu bapa. Banyak perkara yang dah terjadi.

"Mi-Mika.... tak kuat!" Jatuh lagi air mata Hazfan. Dia membenamkan mukanya pada dada Farhan. Farhan perlahan mengosok belakang badan untuk menenangkan dia.

"Apa salah Mika bang! Apa salah Mika!"

"Shuhh, Mika takde salah apa-apa..."

"Habistu, kenapa semua ni jadi dekat Mika. Mika tak larat!" Badannya terasa lemah.

"Kita balik eh. Lagipun kita kena pindah harini. Barang-barang kat rumah sewa tu semua dah angkut lori," kata Farhan sambil memengang kedua-dua bahu Hazfan memberikan dia semangat sedikit.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now