Bab 12

3.3K 115 8
                                    

Bab 12

"Kau pahal muncung semacam ni woi," tanya Airil sambil memandu. Dari lepas tengok wayang terus masam tak cakap apa-apa. Masuk je kereta terus pakai seatbelt.

"Plan aku tak jadi..." ujar Hazreel sambil menyilangkan tangannya tanda protes. Mukanya tidak menunjukkan satu reaksi langsung.

"Plan apa lagi ni... Jangan cakap plan kau, kau pergi beli tiket cerita seram untuk kau sakat budak tu," teka Airil.

"Ye, memang aku beli tiket cerita seram. Mana tahu dia peluk, pegang aku ke." Itu yang difikirkan oleh Hazreel semasa dalam pawagam tadi.

"Jadi? Apa yang tak jadinya?"

"Masalahnya dia tak takut cerita hantu!"

Hazreel teringat semula kejadian semasa di pawagam tadi.

"Cikgu beli tiket cerita apa ni?" soal Eimir pada Hazreel. Tertanya-tanya cerita yang akan ditonton oleh mereka berlima nanti. Mika sudah mengerling anak matanya ke atas.

"Kau tak nampak ke tajuk kat kertas kau tu? Dah tak boleh baca dah? Ke nak aku bacakan?" Sedas ayat kejam keluar dari mulut Mika. Sumpah sekarang dia tak ada mood. Benda boleh elak datang sama-sama, dia pergi panggil. Mika terus jalan dan pergi ke sebelah Rizwan.

Eimir diam saja mungkin terasa dengan kata-kata Mika. Bagi dia, dia macam tak buat apa-apa kesalahan. Justeru, Hazreel menjawap.

"Kita akan tengok cerita seram. 'The Conjuring: The Devil Made Me Do It'. Dah lama dah cikgu nak tengok sebenarnya." Airil di belakangnya sudah malas nak cakap apa-apa. Sebenarnya mereka berdua sudah tonton cerita ini. Saja nak tengok balik katanya...

Rizwan mendekati Mika lantas berbisik.

"Kau ni, cuba jangan tunjuk sangat perangai tak suka tu. Simpan sikit! Jangan buat malu aku. Lagipun hormat sikit, dia cikgu kita...,"

"Bla, bla, bla. Biarlah!" Mika menutup telinga tanda tak nak dengar bebelan Rizwan. Masuk je kami dalam bilik, banyak kerusi masih kosong. Cuma ada beberapa orang pasangan kekasih sahaja.

Mika yang sampai terus ambil sahaja tempat duduk mereka. Dah tak fikir siapa nak duduk sana, siapa nak duduk sini. Dalam kepala dia cuma cepat-cepat lah habis cerita ni. Rizwan terus duduk di kanannya. Sudah nampak peluang keemasan Hazreel terus duduk sebelah satu lagi.

Airil yang baru nak duduk di sebelah rakannya terbantut tindakkannya apabila Eimir dah duduk sebelah Hazreel.  Yang tinggal tempat duduk di sebelah Rizwan.

Semasa filem sedang ditayangkan, Hazreel sentiasa terfikir akan terjadi perkara-perkara yang romantik tentang mereka berdua, seperti kalau Mika takut terus dia berpaut pada tangannya.

'Haish, bestnya kalau jadi macamtu! Cepatlah Mika peluk tangan abang!' hati Hazreel teruja ingin mahukan pelukan dari Mika.

Hazreel hanya tersenyum memandang buah hatinya kalau-kalau dia takut dengan cerita seram. Setiap babak yang akan ada jumpscare, Hazreel pasti akan menoleh ke arah Mika. Kadang-kadang tersengih macam nangka busuk menanti pengangan hatinya.

'Hah, lepasni ada jumpscare!' terus dia berpaling ke arah Mika. Wajah yang hitam yang terkopek-kopek terus muncul di hadapan skrin. Boleh dengar suara orang lain menjerit dan peluk pasangan mereka.

'Hah, Mika cepat peluk abang! Abang dah sedia!' tapi apa yang membuatkan Hazreel hairan, Mika fokus melihat skrin tanpa bergerak walau sedikit pun. Hazreel cuba menoleh ke arah skrin. Betul dah cerita hantu. Dia melihat semula ke arah Mika.

'Aik, dia tak takut ke? Sepatutnya dia dah peluk, pegang aku dah...,' terdetik hati Hazreel untuk bertanya.

"Mika tak takut cerita hantu ke?" soal Hazreel dengan penuh tanda tanya. Jawapan yang dia harapkan ialah Ya, namun...

"Ouh, tak. Saya suka cerita seram...," jawap Mika lalu sambung menonton semula. Berkecainya hati Hazreel bila dia dapat tahu perkara itu. Semua plan yang dia rancang tak menjadi.

Hazreel terkedu dan tak tahu nak cakap apa-apa. Tiba-tiba Eimir di sebelahnya bersuara.

"Ehm cikgu, boleh saya pegang cikgu? Sebab saya takut cerita hantu....," ucap Eimir perlahan sambil membuat wajah polosnya.

"Boleh-boleh, peganglah...," walaupun dengar macam terpaksa, tapi nak buat macam mana. Orang yang dia nak tak dapat, orang lain pulak yang dia dapat.

............

"Argh, bestkan cerita tadi?" kata Mika pada Rizwan. Badannya diregangkan setelah duduk untuk beberapa jam.

"Best la jugak... tahap keseraman bolehlah...," balas Rizwan sambil memberi pendapatnya. Hazreel terus keluar dengan wajah muramnya. Eimir dari tadi pegang lengan Hazreel.

"Dah kenapa sampai pegang-pegang? Seram sangat ke cerita tadi?" soal Mika pada Eimir.

"Awak tak takut cerita seram. Saya takut sikit," balas Eimir dengan suara manja.

"Mika apa cakap macam tu dekat Eimir!" Hazreel bersuara tegas.

"Wow wow, okay-okay. Chill guys. Kita keluar nak happy happy. Uhm so, lepas ni u guys nak kemana?" tanya Airil pada Mika untuk meredakan suasana tersebut.

"Uhm, tak tau lagi. Mungkin masih jalan-jalan tapi tak tahu nak kemana..."

"Okay, kalau macamtu. Why not kita cari something untuk kunyah-kunyah then baru pisah? Is it okay?" Yang lain semua mengangguk.

...........

Jalan, jalan dan terjumpa kedai Mcd yang hanya jual aiskrim sahaja.

"Aiskrim," ucap Mika teruja.

"Mika nak aiskrim ke? Takpe I belikan. U duduk sini..." Hazreel terus memotong percakapannya dan terus ke kaunter.

"You guys yang lain nak jugak tak?" soal Airil pula. Rizwan menangguk sahaja.

"Order sekali lah," cadang Rizwan pada Airil.

Setelah beberapa minit Hazreel datang membawa dua aiskrim coklat dengan wajah yang teruja.

"Ni untuk you, Mika." Ujar Hazreel sambil memberi aiskrim itu padanya.

"Terima kasih, tapi saya suka Vanilla."

"Ouh ye ke, sorry I tak sempat tanya tadi. Eimir you suka coklat?" tanya Hazreel pada dia. Eimir menganggukkan kepala tanda ya. Terus Hazreel memberi aiskrim itu pada Eimir. Tersenyum girang Eimir mendapat aiskrim itu.

Mika hanya buat tak endah, terus dia pergi beli sendiri. Malas nak layan mereka berdua. Hatinya sedikit terasa bila Hazreel beri dia aiskrim itu. Tapi dia hanya biarkan saja perasaan itu.

..............

"So you bertiga nak balik dah la kan?" tanya Airil sebab mereka berdua pun dah nak pulang.

"Em, mungkin tak kot. Sebab nak jalan-jalan lagi," kata Mika. Rizwan juga setuju dengan rancangannya. Manakala Eimir sudah penat.

"Tak nak balik ke? Saya penat la...," adu Eimir pada mereka berdua.

"Jalan jelah lagipun dah la tak jalan sama-sama." pujuk Mika tapi Eimir memang dah penat sangat dah.

"Hm yelah-yelah. Kitorang gerak dulu cikgu, terima kasih sebab belanja tiket wayang tadi," ucap Eimir diikuti dengan Hazfan dan Rizwan.

"So, kita pergi tempat fotogenik nak?"

..........

"Cerita hantu dia tak takut. Coklat dia tak makan. Aku baca dalam buku, tu semua cara untuk pikat orang kau tahu. Semua idea tak boleh pakai." protes Hazreel.

"Mungkin tu bukan cara untuk pikat dak si Mika. Setiap orang ada cara dia sendiri. Mungkin Mika tu just kena bagi perhatian pada dia?"

"Masalahnya dia tak hargai semua benda yang aku buat."

"Kau yakin dia tak hargai? Ada tanya dia?" soalan Airil membuatkan Hazreel mati kata. Ah semua tak penting. Kene mula cari plan baru untuk tarik hati dia!

Bersambung...

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now