Bab 23

2.2K 84 34
                                    

3 tahun berlalu dengan pantas. Hazfan kini hidup bersama dengan Farhan. Hazfan bukan lagi seperti dulu yang berusia 17 tahun. Meningkat usia 20 tahun, ketinggian dan saiz badan juga meningkat. Badannya lebih terbentuk dari yang sebelum ini.

Kerja angkat barang la katakan bersama-sama juga dengan Farhan. Pada mulanya Farhan menolak untuk Hazfan berkerja tapi selepas dipujuk berulang kali. Hanya perlu mengalah sahaja.

Farhan bukan lagi yang dulu. Apa yang terjadi dulu semuanya atas dasar cemburu. Kini dia tiada lagi saingan.

"Abang! nak makan apa-apa tak!" jerit Hazfan dari dapur. Tangannya sibuk memotong bawang dan cili. Lama dia menunggu mohon balas dari Farhan namun tiada jawapan.

'Tv dengar macam terbukak. Orangnya pergi mana?' Malas mahu mengeluarkan suara, Hazfan meletakkan pisaunya lalu menuju ke ruang tamu. Terlihat susuk tubuh Farhan yang berbaring di sofa sambil tanganya ralit bermain game.

"Abang..." Hazfan berdiri tercongok depan dia. Reaksi Farhan cuma mengangkat kening sahaja.

"Tv terbukak. Tangan main game. Baik ditutup kan je tv ni! Orang tanya tak menjawap. Ha. Makan la game tu sampai kenyang..." Hazfan mula membebel. Semenjak dia duduk dengan Farhan, baru dia tahu perangai sebenar dia. Farhan ialah seorang lelaki yang perlukan jagaan. Kalau tak hancur rumah.

"Eh, sayang. Jangan lah." Segera Farhan meletakkan telefonnya di tepi. Dia biarkan ia terpasang.

"Hmm, main la game tu dulu. Dah habis kang cakap," ujar Hazfan sambil berlalu pergi ke dapur. Tersengih Farhan sedikit lalu menyambung permainannya. Bukan nak kata kongkong jangan main game. Faham je perangai lelaki kaki game ni, tapi berpada-pada la sikit ye.

Ketika Hazfan sibuk mengisar Bawang dan juga cili. Pingang dia dirangkul Farhan. Sejujurnya Hazfan terkejut namun dia biarkan saja. Dah lama dia tak rasakan sentuhan lelaki.

"Dah habis main game dah?" Farhan mengangguk.

"Mika masak la lauk favourite abang. Lama dah abang tak makan," pinta Farhan. Segera Hazfan melepaskan pelukkan lalu bergerak ke peti ais.

"Alamak, udang takde la pulak. Tinggal daging dengan ikan je," ucap Hazfan kepada Farhan.

'Laki aku ni pulak mana suka daging dengan ikan. Mahu masam je la muka dia harini,' desis hati Hazfan.

"Abang makan daging kerisik tak? Kita makan tu dulu eh. Petang sikit nanti kita pergi beli barang. Beli lauk sekali." Hazfan cuba memujuk lakinya. Farhan mengangguk perlahan.

"Alah, abang kene try dulu. Baru tahu sedap ke tak. Okay?"

"Hmm, abang try makan."

...................

Macam biasalah dia tak makan, jamah lah sikit tak nak bagi aku kecik hati punya pasal. Dagingnya amik la seketul bawak masuk perut. Yang lain telan dengan air ja. Sayur hmmm, dah kalau daging pun tak makan sayur apatah lagi.

Farhan memandu ke arah ke Mall berhampiran. Alang-alang nak keluar ni tengok la sekali barang apa yang dah habis.

"Banyak ke barang Mika nak beli?" tanya Farhan sambil fokus memandu.

"Banyak la jugak, siap ada tulis ha nak beli apa." Hazfan menunjukkan kertas kecil ditanggannya itu. Farhan mengangguk faham.

"Kita ni macam suami isteri dah kan. Mika jaga makan abang. Abang pulak jaga Mika. Bila kita nak macamtu?" soal Farhan padanya.

"Aip. Takde-takde. Fokus je memandu tu!" Hazfan menolak dari menjawap soalan Farhan. Dia terus melayari Twitter miliknya. Waktu itu juga, telefonnya berbunyi. Segera dia menjawap.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now