CINTA MILIK FAYYADH

51 10 1
                                    

❧ Review by nroseaisyh

❧ Penulis syyazy


Kelebihan :

Gaya cerita yang baik. Setiap keadaan diulas dan diolah dengan jelas membuatkan pembaca dapat membayangkan situasi dan keadaan cerita dengan sangat baik. Pengolahan cerita yang baik juga membantu pembaca untuk mendapatkan feel yang betul daripada buku tersebut dan seterusnya penghayatannya juga sampai ke jiwa pembaca dengan baik.

Emosi yang penulis letakkan pada watak juga cantik. Contoh pada babak Cinta Nur Athifa melakukan dosa di Bab 11, perasaan sesal Cinta dapat dirasai dengan begitu baik kerana pengolahan dan gaya penceritaannya yang baik. Selain itu, idea dan jalan cerita juga yang baik. Isu tentang keluarga, rakan, hubungan sosial dan juga topik keinsafan dimasukkan dan diselitkan dengan cantik dan elok. Pembaca dapat melihat pengajaran dan nilai murni cerita ini dengan jelas kerana ideanya yang ringkas dan tidak meleret-leret.

Kelemahan :

Ada dialog yang agak baku, tapi tak semua. Cumanya, walaupun tak banyak, ianya tetap mengganggu fokus pembaca untuk mendalami dan menghayati watak. Gunakan bahasa yang digunakan dalam kehidupan biasa untuk dialog supaya penghayatannya dapat dirasakan dengan lebih mendalam lagi.

Perkembangan cerita juga sedikit lambat. Minor event agak banyak sehingga boleh membuatkan pembaca lupa tujuan sebenar cerita. Walaupun ianya baik untuk mengembangkan perwatakan watak, namun perjalanan plot yang lambat berisiko membuatkan pembaca berasa bosan. Sebolehnya, fokus pada akar cerita supaya pembaca dapat kekal dengan buku itu untuk pembaca ketahui apa yang akan berlaku selepas itu. Jika terlalu banyak minor event, pembaca akan cepat bosan sebab pembaca kebanyakannya membaca untuk tahu pengakhirannya.

Kemudian, saya tak tahulah sama ada ini ialah kelemahan atau tidak, cuma bagi saya ianya seperti agak ralat. Pada bahagian Humaira mengalami keguguran pada Bab 16, situasi itu kelihatan terlalu tenang dan ianya seperti benda kecil. Jika wanita mengalami keguguran juga, dia masih perlu berpantang walaupun kandungan masih kecil lagi dan memakan makanan pedas boleh membahayakan ibu yang baru bersalin dan lepas keguguran. Pada bahagian itu juga kurang penghayatannya di samping membuatkan pembaca tertanya-tanya 'Eh? Gugur, lepastu macam tu je? Betul ke?' begitu. Mungkin penulis boleh melakukan research dengan lebih mendalam lagi tentang keguguran dan baik pulih bahagian tersebut.

Kesimpulan —

Buku ini mempunyai idea yang ringkas dan gaya penceritaan yang cantik, cuma major event agak dikaburi oleh minor event dan membuatkan perkembangan cerita agak terganggu dan lambat. 

𝙍𝙀𝙑𝙄𝙀𝙒 𝙎𝙃𝙊𝙋Where stories live. Discover now